Sunday, February 28, 2010

My kampung...Felda Lui Timur

Erm, kali ni sy nk kongsi sikit tentang kampung sy yg nun jauh di Negeri Sembilan. Rindu plak dekat rumah bile cerita tntg kampung ni...wawa...Mcm mane la Abg ham, Safuan dgn Nyet2 dkt sane eh? .Agak2 korang penah tak dengar sebelum ni tentang Felda Lui Timur?Selalunya bile sy tny kwn2,diorg pasti akan kerutkan kening, tnd yg diorang tak tau langsung dekat muke bumi ni de name tmpt yg mcm tu..tp sy bangga dilahir dan dibesarkan di sana walaupun kami bukan orang Negeri Sembilan jati. Baiklah berbalik kepada isu utama yang akan sy ketengahan pada penulisan kali ni..wah,dah mcm nk buat penulisan ilmiah plak.kali ni sy nk cerita sikit tentang Felda Lui Timur dekat u all sume.Kepada yg dah tahu,tak mengapa... dan kepada yang tidak tahu,maklumat ni mungkin berguna tuk korang walaupun korang rase tak penting.

Baik, tuk pengetahuan sume...Felda Lui Timur adalah tanah rancangan Felda kedua yg dibuka dalam Gugusan Lui lepas Felda Sungai Lui. Ia terletak kira-kira 30Km dari Pekan Bahau dan tidak berapa jauh dengan Pekan Kemayan yg berada dalam Daerah Bera,Pahang. Pembukaan kawasan ladang seluas 2927.87 hektar bermula pada 1976 dengan tanaman getah. Pengurus yang mule2 pentadbir di Felda Lui Timur ialah Encik Kassim Bin Yaacob. Beliau berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada tanggal 5.12.1978, Felda Lui Timur telah menerima kemasukan peserta dari pelbagai negeri untuk menjadi peneroka. Sy difahamkan abah dengan mak sy mule menyertai dan memasuki Felda pada tahun 1981 iaitu seusia abg sy yang kelima. erm,kalu di kira2 sekarang sudah mencecah 29 tahun...satu tempoh masa yg agak lama. Rata-rata peneroka Felda Lui Timur berasal dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor dan beberapa negeri lain.

Peneroka akan diberikan sebuah rumah serta peralatan pertanian seperti sabit, cangkul dan Parang. Mereka juga dibekalkan dengan benih pokok buah-buahan untuk ditanam di kawasan kediaman. Apa yang menarik...Felda Lui Timur ni didiami oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Alhamdulillah, walaupun wujud jurang perbezaan antara ketiga-tiga kaum ni,tp masyarakat di sana sngt harmoni.

Sy difahamkan, kehidupan peneroka felda pada peringkat awal adalah sangat mencabar. Ada jugak peneroka yang tak tahan dan keluar daripada menyertai Felda. sy masih ingat bile mak ckp...masa tu nak makan pun susah. betul2 harapkan bantuan adik-beradik dan saudara-mara yang lain tuk teruskan hidup. Mak cakap, kalu tak de beras nak makan...pinjam dengan jiran sebelah rumah. Kalau jiran pun hadapi keadaan yang sama, kami pulak yang tolong diorang. Sy bersyukur sebab jiran-jiran sangat memahami. Terima Kasih kepada cik mokri, apak,Pak Jang, Cik apek, Cik Mat Diah, Cik Koboi dan yang lain2...

Pada peringkat permulaan, kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik belum disalurkan lagi kepada peneroka. Jadi, mereka ni terpaksa menggali perigi atau mencari anak sungai yang berhampiran bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Pada waktu malam pula, pelita minyak tanah akan dinyalakan untuk menyinari kegelapan malam. Selain itu, beberapa buah rumah yang belum diduduki digunakan sebagai Sekolah Rendah dan tadika buat sementara waktu. Bagi anak-anak yang bersekolah di peringkat Menengah, mereka terpaksa bersekolah di Sek.Men Dato Mansor,Bahau atau SMK Kemayan,Pahang. Kemudahan jalan kampung ketika mereka baru sampai hanya diturap dengan tanah merah atau batu gravel. Mak cakap, bila musim panas...debu berterbangan apabila dilalui oleh kenderaan hingga masuk ke dalam rumah. Walaubagaimanapun,sume kisah sedih tu...sudah berlalu...sekarang peneroka dah menikmati kesenangan hidup. Kalau korang datang ke Felda Lui Timur,nak cari rumah felda yang lame pn dah susah. Majoriti penduduk felda lui timur sudah memiliki rumah batu dan rata-rata mereka sudah mempunyai motor dan kereta.