Tuesday, July 27, 2010

4 point

4 point yang sangat berguna, simple dan murah. Hanya dengan melakukan beberapa aktiviti kita mampu memperoleh manfaat daripadanya.

4 point menguatkan badan :
  • makan daging
  • memakai haruman
  • kerap membersihkan badan/mandi
  • berpakaian daripada kapas

4 point melemahkan badan :

  • banyak minum air ketika makan
  • sentiasa cemas
  • banyak makan bahan yang masam
  • banyak bersetubuh

4 point menajamkan mata

  • memandang warna hijau - pepohon
  • duduk mengadap kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • berpakaian bersih

4 point merosakkan mata

  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat

4 point menajamkan fikiran

  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi
  • bercakap dengan orang yang soleh
  • bergaul dengan para ulama

Monday, July 19, 2010

8 Anugerah dan orang-orang yang memilikinya

Umar R.A telah berkata, maksudnya :

  • barang siapa yang meninggalkan cakap berlebihan akan dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

  • barang siapa yang meninggalkan pandangan berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukkan hati.

  • barang siapa yang meninggalkan makan berlebihan, akan dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.

  • barang siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan dianugerahi kepadanya kehebatan di dalam dirinya.

  • barang siapa yang tinggalkan gurauan dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasa.

  • barang siapa yang meninggalkan cinta dunia, dianugerahi kepadanya cinta akhirat.

  • barang siapa yang meninggalkan kesibukkan mencari aib orang lain dianugerahi kesempatan untuk memperbaiki aib diri sendiri.

  • barang siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidik keadaan Allah SWT akan dianugerahi keselamatan dari iktikad dan munafik.

Maha Suci Allah, besar sungguh nikmat dan kurniaan yang diberi olehNya. Kita sebagai manusia, sering kali memandang enteng perkara ini. Antara sedar atau tidak kita sering melakukannya dalam kehidupan seharian. Baik urusan yang melibatkan aktiviti harian mahupun pergaulan sesama manusia. Justeru, ayuh sama-sama kita rebut peluang ini supaya mampu menjadi orang yang memiliki 8 anugerah terhebat ini.

Sunday, July 18, 2010

Kerja dan manusia

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...
Alhamdulillah, bersua kembali untuk kesekian kalinya. Cuti semester telah pun berakhir. Maka bermulalah semester baru dengan penuh semangat dan keazaman. Terasa pantas benar masa berlalu. Usia semakin menginjak dewasa. Syukur, cuti yang lalu tidak berlalu dengan sia-sia.

Berkerja di Vision Avanue
Benar kata orang, bila sudah berkerja, baru kita akan tahu bagaimana susahnya nak mendapatkan duit. Ada yang kerja setengah hari sahaja tapi, pulangannya lumayan. Namun, tak kurang juga yang bekerja dari pagi sampai ke petang. Tapi, wang yang diperolehi tak setimpal dengan usaha dan tenaga yang digunakan.Inilah lumrah kehidupan. Ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh penjajah,memaksa manusia untuk saling bersaing. Jadi tak hairan la kalau hari ni kita dapat jumpa pelbagai ragam manusia yang mana masing-masing lebih berusaha menjaga kepentingan peribadi berbanding kepentingan bersama.

Kesempatan bekerja di Vision Avanue, iaitu sebuah kedai cermin mata milik seorang bumiputera menyedarkan saya akan pentingnya nilai sebuah ilmu. Saya kagum dengan keberanian Kak Anis menceburkan diri dalam bidang optometri. Di Malaysia, pengetahuan masyarakat berkaitan bidang optometri sangat rendah. Jarang benar kita dapat melihat orang melayu yang menceburkan diri dalam bidang ini. Cuma kebelakangan ini, bidang optometri mula giat diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Jangan silap membuat penilaian, bukan semua pekerja kedai cermin mata yang rata-ratanya berbangsa cina tahu berkaitan kesihatan mata. Bahkan antara sedar atau tidak kita sering merujuk sesuatu tidak pada tempatnya. Contohnya, kita bertanya tentang punca rabun warna kepada pembuat cermin mata yang secara jelasnya mempunyai pengkhususan dalam aspek teknikal yakni pembuatan cermin mata. Kecualilah si pembuat cermin mata itu juga merupakan seorang optometri.

Alam pekerjaan menyedarkan saya akan pentingnya sikap hormat pada orang lain walaupun mereka bukan orang yang berilmu. Manusia tidak dilahirkan bodoh cuma ia diberi kebijaksanaan yang berbeza. Pada minggu pertama saya bekerja di sana, saya diperkenalkan dengan seorang pemilik butik yang saya kira seorang yang berpendidikan dan agak berada. Pandangannya agak sinis semasa kali pertama kami berjumpa. Mungkin ada sesuatu yang bersarang dibenak fikirannya. Timbul perasaan rendah diri, kerana saya hanyalah pembantu jualan jika dibandingkan dengan dirinya. Argh...biarlah perasaan itu berlalu. Tiada sapaan mahupun senyuman daripadanya. Hina sangat ke mereka yang jadi pembantu jualan ini? Sekiranya mereka ditempat kita, tentu mereka tidak mahu diperlakukan sebegitu.

Hari berganti hari. Pemilik butik berkenaan kembali semula ke kedai Kak Anis. Kami bertemu kembali untuk kesekian kalinya. Pada hari itu juga, pertama kali saya berinteraksi dengannya. Dia mula menyedari saya tidak bercakap dalam loghat Penang. Kemudian, soalan demi soalan diajukan kepada saya. Apabila saya menyatakan bahawa saya bekerja part time dan masih belajar, reaksinya serta merta berubah. Senyuman mulai terbit daripada wajahnya. Perbualan menjadi semakin mesra. Dia melontarkan kekaguman kepada saya kerana bijak menggunakan waktu cuti dengan sebaiknya.

Persoalan yang timbul, perlukah ada double standard dalam menjalinkan sesebuah perhubungan. Mungkin realiti ini dialami oleh sesetengah orang. Tidak dinafikan, mereka yang tinggi itu sentiasa disanjungi. Namun perlu juga dingat,bahawa kita tidak akan sentisa berada di atas. Tidak salah pun sekiranya kita tunduk memandang ke bawah berkongsi kesusahan bersama mereka yang serba kekurangan. Sekiranya kita merasakan perbuatan itu boleh menjejaskan reputasi dan imej kita, maka renungkanlah kata-kata ini " Mungkin sesuatu perbuatan itu baik pada penilaian manusia tapi tidak semestinya baik pada penilaian Tuhan" Jadi,yang mana mahu kita kecapi?Nilai di sisi Allah atau manusia???renung-renungkanlah. Wallahualam.