Monday, April 15, 2013
Cara memasak rumpai laut
Alhamdulillah syukur, masih diberi peluang untuk terus bernafas, menghirup udara yang segar. Kali ini saya nak post tentang cara-cara penyediaan rumpai laut. Saya yakin pasti ramai yang tidak tahu bagaimana hendak memasaknya.
Langkah-langkah
1. Basuh rumpai laut sebanyak 2/3 kali basuhan seperti membasuh beras
2. Rendam rumpai laut selama semalaman.
3. Selepas rendam, basuh semula rumpai laut tersebut bersama-sama dengan asam keping
* Rumpai laut berbau hanyir, jadi ia perlu dibasuh sebersih-bersihnya.
4. Masukkan rumpai laut ke dalam bekas, dan boleh dimasak. Cara memasak rumpai laut adalah seperti memasak agar-agar. Kita perlu bijak menganggarkan sukatan air. Jangan meletakkan kuantiti air yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan rumpai laut tidak akan menjadi keras apabila selesai dimasak. Tips mudah yang selalu saya gunakan, kuantiti air mesti sama dengan kuantiti rumpai laut.
5. Rumpai laut boleh dimasak bersama dengan daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir yang terdapat pada rumpai laut
6. Masukkan sedikit garam dan gula (mengikut selera masing-masing)
7. Campurkan sedikit perisa untuk menyedapkan lagi rumpai laut anda. Contohnya pati sunquick.
Selamat mencuba.
Friday, April 12, 2013
Rumpai laut
Saya percaya ramai daripada kita yang sudah mengenali apa itu rumpai laut. Rumpai laut mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dua tahun kebelakangan ini. Saya difahamkan rumpai laut ini mengandungi banyak kolegen yang mana ia baik untuk kesihatan kulit manusia. Namun tiada kajian sainstifik dijalankan untuk memastikan kesahihan maklumat ini.
Adat wanita, apabila mengetahui sesuatu bahan itu baik untuk kecantikan pasti akan timbul perasaan untuk mencuba. Tidak terkecuali saya. Harga pasaran rumpai laut mengikut pemerhatian saya, purata sekitar 100gram RM 20 - 30. Harga yang agak tinggi untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Jom, tengok beberapa keping gambar yang sempat saya tangkap sewaktu proses penyediaan rumpai laut.

Rumpai laut warna ungu yang perlu direndam semalaman. Langkah penyediaannya
seperti memasak agar-agar. Walaupun nampak mudah, pastikan kita menggunakan
sukatan air yang tepat.
Inilah hasilnya. Rumpai laut yang telah dimasak. Rumpai laut ini boleh disimpan di dalam bekas yang besar atau bekas kecil seperti bekas dadih. Alhamdulillah setelah mencuba
untuk kali yang ketiga, akhirnya menjadi juga agar-agar rumpai laut saya.
Bau rumpai laut agak hanyir dan perlu dibasuh beberapa kali. Terdapat beberapa kaedah untuk menghilangan bau hanyir rumpai laut antaranya dengan memasaknya bersama daun pandan. Selain itu, alternatif lain adalah dengan membasuhnya bersama asam keping. Anda juga boleh memakan rumpai laut bersama-sama dengan pati " sunquick". Selamat mencuba :)
Saturday, March 9, 2013
Pejuang SMKA
Dalam suasana kita berhadapan dengan kemelut pencerobohan Ladah Datu, tahniah diucapkan kepada pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus memastikan keamanan negara. Andalah wira kami, pejuang sejati. Tahniah juga buat pejuang kecil kami, anak-anak SMKA Bandar Penawar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Walaupun tidak bergelar sang juara, namun anda tetap pejuang di hati kami. SMKA Bandar Penawar telah berjaya menewaskan SMK Tanjung Dato untuk merangkul tempat ke-3 pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah Pengerang 2013.
![]() |
| langkah bermula |
![]() |
| Kesebelasan utama yang diketuai oleh Aqlan dibawah bimbingan En Hamid |
![]() |
| penyokong setia yang tidak berganjak dari tempat duduk sejak perlawanan bermula |
![]() |
| Sorakan beserta doa sebelum perlawanan |
![]() |
| Wajah-wajah gembira dan ceria. Setelah berpenat lelah, inilah hasilnya |
![]() |
| 1....2.....3......kita lambung dia. Lambung...jangan tak lambung
|
Friday, March 8, 2013
Boikot Produk Israel
Setiap hari kita dipaparkan dengan berita kekejaman Zionis terhadap masyarakat Palestin .Semoga sinar kemenangan akan muncul buat bumi Palestin. Amin ya Allah... Mungkin salah satu cara praktikal untuk kita terlibat bersama dalam jihad Palestin adalah dengan memboikot produk keluaran mereka. Caranya dengan memulaukannya dan beralih kepada barangan tempatan atau selain daripada sekutunya. Dengan izin Allah, mungkin usaha kecil kita ini mampu melemahkan ekonomi mereka.
Antara produk yang menyumbang kepada kekuatan Israel
Antara produk yang menyumbang kepada kekuatan Israel
![]() |
| Baskin Robbin |
![]() |
| Levis |
1. McDonalds
2. Pizza Hut
3. Chilies
4. Coca- cola
5. Pepsi
6. Baskin Robbins
7. Dominos pizza
8. Mirinda
9. 7-up
10. Sprite
11. Fanta
12. Adidas
13. Calvin Kline
14. Nike
15 Admiral
16 Duncan
17 Everyday
18 Energizer
19 Ford
20 A&W
21 Avon
22 Parker
Ini adalah beberapa produk yang perlu diboikot, banyak lagi yang tidak tersenarai. Semoga Allah memudahkan urusan kita.
Saturday, March 2, 2013
Reformasi Generasi Muda bermula
Tahniah buat pasukan bahas dan forum SMKA Bandar Penawar atas kejayaan memecahkan dominasi SMK Ayer Tawar dan SMK Bandar Ester dalam Karnival Bahasa Peringat Daerah Kota Tinggi tahun 2013. Kejayaan anda pencetus semangat kepada kami, guru-guru muda. Reformasi generasi muda bermula.
Doakan kejayaan kami yang bakal bertanding diperingkat Negeri pada 19-21 Mac 2013 ini.
![]() |
| Wakil SMKA Bandar Penawar Syed Ibrahim, Muhamad Naqiuddin, Mohd Nor Zariq, Mohamad Kamari dan Nur Farahain |
![]() |
| Pasukan Bahas SMKA Bandar Penawar yang berada di bawah bimbingan Cikgu Nor Fazilah berjaya memecahkan dominasi SMK Ayer Tawar dan SMK Semenchu. |
Tuesday, February 26, 2013
Sejarah membosankan?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Mesti setiap daripada kita pernah melalui pengalaman belajar sejarah. Apakah perasaan anda pada waktu itu? Seronok atau bosan? Rata-ratanya apabila diajukan persoalan ini mereka menyatakan bahawa sejarah terlalu banyak fakta. Banyak perkara dan peristiwa perlu dihafal dan ingat. Sungguh membosankan. Namun tidak kurang juga yang sangat meminati mata pelajaran ini, antaranya termasuklah saya.
Guru sejarah
Menjadi guru sejarah sememangnya menjadi cabaran terbesar, terutamanya apabila berhadapan dengan generasi-generasi hiburan hari ini. Guru perlu merangka pelbagai kaedah menarik untuk menjadikan subjek tersebut tidak membosankan. Antara kaedah yang sering saya aplikasikan di dalam kelas adalah melalui aktiviti pembentangan.
Pelajar sebagai guru
Kaedah pembentangan di dalam kelas oleh pelajar bersifat " student center". Guru bertindak sebagai pembimbing manakala segala aktiviti di dalam kelas dikendalikan oleh pelajar sendiri. Kaedah pembentangan menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif. Namun begitu, saya akui kaedah ini agar sukar untuk dilaksanakan pada kelas yang kurang cemerlang. Aktiviti pembentangan menjana kecerdasan pelbagai pelajar yang merangkumi verbal linguistik, kinestetik, visual ruang dan sebagainya. Pelajar akan diberi peranan sebagai guru. Mereka akan mengendalikan sesi soal jawab, dan aktiviti berkumpulan. Lazimnya, guru akan menggulung pembentangan yang dilaksanakan pelajar serta menjawap beberapa persoalan yang dilontarkan oleh pelajar yang gagal diberikan oleh kumpulan pembentang.
Kaedah pembentangan berkesan dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar. Dalam masa yang sama turut menggalakkan penglibatan guru dalam aktiviti pembentangan. Pelajar yang tidak terlibat, akan diberikan kepada beberapa kumpulan. Selesai sesi pembentanga, aktiviti LDK akan dilaksanakan, Beberapa aktiviti seperti "kotak muzik, puzzle dan kuiz mungkin dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dengan lebih aktif. Sedikit cenderahati akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berusaha pada masa akan datang. Pendekatan yang diguna pakai oleh guru pada hari ini perlu lebih kreatif dan pelbagai. Jom katakan " SAYA SUKA SEJARAH "

Sunday, February 24, 2013
Snogurt
Pengalaman pertama menikmati kelazatan snogurt tidak kurang hebatnya. Saya peminat yogurt dan suka sesuatu yang masam. Segar untuk dirasai. Disebabkan pemintaan kawan-kawan, saya singgah sebentar di Snogurt cawangan Kota Tinggi. Suasana lengang, dan hanya kami sebagai pelanggan. Terasa lebih selesa untuk membuat pilihan.
Percubaan pertama, saya pilih kombinasi manggo peache ditambah dengan wild beries. Kemudian, diletakkan bersama mashmallow, dan taburan coklat kecil. Memang membuka selera. Sedap dan mengiurkan.
Jadi, inilah hasilnya. Alhamdulillah habis dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Syukur atas nikmat yang Allah berikan.
Friday, February 22, 2013
Petang di Tanjung Balau
Selamat pulang ke tanah air buat Cik Faz yang baru sahaja usai mengerjakan umrah. InsyaAllah semoga Allah menjemput saya pula untuk ke sana menjadi tetamuNya. Diri sentiasa berdoa untuk menjadi insan-insan yang dipilih.
Cik Faz balik ke Bandar Penawar dengan ditemani oleh kakak-kakaknya yang baik hati. Jadi sebagai tetamu, kami dengan berbesar hatinya telah membawa mereka berjalan-jalan di sekitar Kota Tinggi.
Tempat pertama ialah ke Tanjung Balau. Jom, layan sekejap panorama keindahan Tanjung Balau.

Sesampai sahaja di Tanjung Balau, kami disambut dengan bendera merah. Tanda amaran, bahaya jika mendekati pantai. Angin bertiup kencang dan ombak besar. Gerun rasa dihati.
Ombak besar dipantai mengenangkan saya pada peristiwa negeri Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Saya merenung seketika laut yang terbentang luas. Betapa besar keagunganMu ya Allah. Tidak terbayar nikmat yang diberi. Kecik menjadi kawan besar menjadi lawan.
Hasrat hati hendak ke pantai dengan lebih dekat. Tetapi disebabkan angin yang terlalu kuat, pasir-pasir halus terbang mengenai mata. Hati sedikit terkilan sebab tidak dapat menikmati saat indah itu. Lantas kami segera beransur ke daratan semula. Singgah sebentar dipondok rehat, sambil melihat panorama lautan membiru dari jauh. Kagum dengan ciptaan Allah. Memang itu tujuan utama saya. Melihat kebesaran Allah
Cik Aimy dan Cik Syikin :)
Sebelum balik, sempat singgah sebentar menikmati kesejukan ais-krim. Memberi sedikit rezeki kepada penjual yang saya tengok lama menanti pelanggan. Mungkin kedatangan kami menggembirakan hatinya. Walaupun tidak banyak tetapi mampu memberi rezeki untuknya pada hari itu. Terima kasih Cik Aimy yang sudi belanja kami makan ais-krim . Moga Allah memberkati kita.
Friday, February 1, 2013
Fahami kitaran haid wanita
Assalamualaikum..
Petang ni aku bw kat blog kwn2 n aku jumpa 1 entry yang aku rasa best jugak.Iaitu cara kiraan waktu subur dan kitaran haid.Aku yang kureng sikit pasal waktu subur ni pun baca sampai habis dan aku rasa macam senang nak faham.Kalau ade rakan2 yang macam aku yg tak pandai nak kira pusingan haid bolehla baca entry ni.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat empat fasa dalam kitaran haid.Fasa pertama (Hari 1 - hari 4)Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan.Fasa kedua (Hari 5-13)Ini dipanggil Follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.Fasa ketiga (Hari 14)Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.
Fasa keempat (Hari 15-28)Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.

Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler). Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari).Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)

OKAY. DAH FAHAM?
Bilakah Waktu Subur?Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya.Bilakah waktu tepat ianya berlaku?Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.
Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler). Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari).Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)
DAH PANDAI KIRA? Seterusnya..
Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu.Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriatOleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Ngeh ngeh ngehSelain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (kahkahkahkah!) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari.
sumber : http://ayucintakamu.blogspot.com
Tuesday, January 22, 2013
CIK BB Part 2
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah selesai semua tugasan untuk hari ini. Walaupun kerja masih banyak yang perlu diselesaikan.Terima Kasih yang Allah atas nikmat kesihatan yang KAU berikan kepadaku. Jadi, hari ini saya nak share gambar CIK BB kesayangan saya.
CIK BB riang berenang-renang di balangnya
Kesian dekat CIK BB tak de kawan
Sekian persembahan CIK BB untuk hari ini. Semoga bertemu lagi
Monday, January 21, 2013
Lawak lucah
Assalamualaikum. Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk hari ini. Walaupun banyak kerja perlu diselesaikan tetapi InsyaAllah jika niat kerana Allah mesti semuanya dipermudahkan. Jadi untuk entry hari ini saya nak sentuh sikit pasal jenaka dalam kehidupan.
Saya bukan seorang yang serius dan sangat sukakan suasana ceria. Saya perasan kebelakangan ini apa sahaja rancangan baik filem atau program yang berunsurkan lawak lebih mudah diterima masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mungkin sukakan suasana yang santai. Setelah penat lelah memberi tumpuan pada kerja, pulang ke rumah mesti perlukan hiburan yang boleh menenangkan minda.
Saya juga pasti rata-rata dalam kalangan kita, pernah menonton rancangan " MAHA RAJA LAWAK" terbitan Astro. Kebanyakkan kita sangat menyukai program tersebut. Saya salah seorang daripada mereka. Namun jika anda perasan, banyak idea-idea yang diketengahkan oleh para peserta program tersebut banyak mengandungi unsur 18SX dan kurang pengisiannya.
Idea-idea yang ditonjolkan para peserta memang kreatif apatah lagi bukan semua orang mampu membuat orang lain ketawa. Namun, sekadar pandangan peribadi, jenaka berunsur lucah tak wajar dipandang enteng. Penonton yang menyaksikan rancangan tersebut bukan hanya orang dewasa sahaja malah turun ditonton oleh kanak-kanak. Saya merasakan tindakan lucah ini tidak disesuai ditayangkan kepada mereka. Adakah ini melambangkan mentaliti masyarakat semasa? Masyarakat yang sukakan budaya prono dalam kehidupan? Jadi tidak hairanlah jika hari ini kita dipaparkan dengan berita-berita pelik di dada-dada akhbar. Kes rogol, cabul, gangguan seksual ...tidak mustahil pencetusnya adalah melalui lawak jenaka.
Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu Nabil pernah mengendalikan rancangan lawak santai " Lu fikirlah sendiri Nabil ". Terus terang saya katakan jenaka yang dibawa Nabil bukan sekadar jenaka semata-mata namun jenakanya mengajak penonton berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Sindiran melalui lawak jenaka. Nah, kita sebenarnya mempunyai pilihan .
Apabila lawak lucah diagung-agungkan, pasti kelak akan lahir lebih banyak rancangan sebegini dalam program televisyen kita. Renung-renungkan.Saya mulai bimbang jika anak saya kelak akan melalui suasana ini. Adakah kita mampu melahirkan modal insan yang cemerlang akhlak dan pemikirannya.. Renung-renungkan.
p/s tahniah kepada Jozan

Saturday, January 19, 2013
Cik BB
Selamat datang tahun baru 2013. Lama dah rasanya tak update entry terbaru dalam blog ni. Kesibukan kerja membataskan saya untuk menulis. Alhamdulillah tahun 2012 selamat meninggalkan kita. Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut. Syukur ya Allah dengan warna-warna kehidupan yang KAU berikan ini.
Saya bukan nak bercerita tentang kenangan 2012, tetapi kali ini saya hendak kongsi moment indah saya dengan CIK BB. Mesti tertanya-tanyakan siapa CIK BB tu.
Baru-baru ni, saya telah membeli seekor ikan laga. Jadi saya telah menamakan teman baru saya ni dengan nama CIK BB. Dulu saya pernah bela seekor ikan laga, tapi mungkin di sebabkan penjagaan yang kurang baik, ikan laga yang saya panggil LAPPY mati. Saya tinggalkan hobi memelihara binatang dekat 3 atau 4 tahun sejak NYET-NYET dengan LAPPY saya mati. Sedihnya hanya ALLAH yang tahu.
Jadi, semasa awal tahun 2013 saya berhasrat nak memulakan semula hobi kegemaran saya ni, iaitu memelihara binatang. Jadi saya telah membeli CIK BB di sebuah kedai sekitar Kota Tinggi dengan harga RM 4.00. Jika dikira-kira semua kos untuk menjaga CIK BB lebih kurang RM15.00. Hobi yang tak perlu keluarkan duit yang banyak.
Sekarang, hidup saya ditemani oleh CIK BB di sisi. Terima kasih CIK BB kerana menceriakan hari-hari saya. Pulang kerja, bila tengok CIK BB berenang - renang, sejuk je rasa hati.
CIK BB SAKIT
Sebelum ini, saya membersih dan menggantikan balang air CIK BB seminggu sekali. Namun saya mula perasan, apabila CIK BB kelihatan gelisah dan murung. CIK BB tak aktif seperti selalu. CIK BB tak makan pallet yang saya beri. Saya dapati di badan CIK BB terdapat bulu-bulu putih kecil seperti kulat. Hati saya mula risau.Kenapa CIK BB???
Kemudian, tanpa membuang masa saya menggunakan cik google untuk mencari beberapa maklumat berkaitan penjagaan ikan laga. Kesilapan yang dapat dikenalpasti ialah saya tidak menukar air CIK BB selalu. Sepatutnya saya perlu menukar sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Tips lain, tidak boleh terlalu kerap memberi makan, sebab nanti perut ikan akan kembung.
Belajar daripada kesilapan. Selepas kejadian tersebut, saya lebih kerap menukar air CIK BB. Debu-debu putih pada badan CIK BB sudah hilang. CIK BB berenang dengan gembira dan aktif. Saya merancang untuk cari balang yang lebih besar sedikit supaya CIK BB dapat meneroka lebih banyak ruang.
Terima kasih CIK BB...

Sunday, October 14, 2012
RATU CANTIK ARAB SAUDI
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.
Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau.
Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.
Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.
Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.
Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?
Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.
Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. - Agensi
SUMBER : BERITA HARIAN
Saturday, October 13, 2012
TUJUH GOLONGAN VIP DI AKHIRAT
Rasulullah
s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam
sepotong hadis baginda yang bermaksud ; “ Didekatkan matahari pada hari Kiamat
kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau
akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut
kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi
peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke
pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke
mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi )
Pada saat ini,
manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan
tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat
berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah.
Walaubagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah
s.a.w untuk mendapat ‘grand stand’ berbumbung pada saat genting itu. Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda yang bermaksud ; “ Tujuh golongan
yang Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan
yang diberikan oleh Allah”.
Mereka ialah
:
1)
PEMIMPIN YANG
ADIL
Golongan ini
diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon
untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin,
diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan
meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah
dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan
tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi
Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’
al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam
kepimpinannya.
2)
REMAJA YANG
MEMBESAR DALAM KETAATAN
Usia remaja
amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui
rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa
ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti
mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti
yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka
sendiri. Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada
remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti
seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi
pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing
oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa naugan
Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan
‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.
3)
PENCINTA
MASJID
Sepanjang
sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi
masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti
menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi
masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan. Golongan ini mempunyai 5
sifat sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan
yang kukuh kepada Allah dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat,
menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab
agama, melainkan hanya kepada Allah.
4)
DUA INSAN YANG
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Berkasih
sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan
atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya
samada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya,
atas dasar apakah kasih sayang itu dibina ? Sekiranya kerana wajah yang jelita,
harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih
belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti. Perasaan mengasihi
kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam
mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga
menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan
agama.
5)
DIGODA
BERZINA
Golongan
kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah seorang pemuda yang digoda berzina
oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya sambil berkata
‘Aku takut kepada Allah !’. Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa
hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik lagi mengiurkan, di samping
pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak sebarang hukuman atau
tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan ‘line clear’ ini, anak muda
tersebut masih ada Allah di hatinya lalu dengan tegas membuktikan kegerunannya
terhadap murka Allah mengatasi gejolak nafsunya. Ia pasti bersama panji Nabi
Yusof a.s di akhirat kelak bersama para bidadari yang disediakan oleh
Allah.
6)
MENYEMBUNYIKAN
SEDEKAH
Ada insan yang
sentiasa berurusniaga dengan Allah. Pelaburannya sentiasa dijuruskan untuk
mendapat ‘profit’ akhirat yang kekal abadi lalu sentiasa bermujahadah untuk
mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah s.a.w mentamsilkan
bersedekah tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan. Tidak
pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling
sehingga menyebabkan nilai pahalanya begitu tinggi walaupun jumlah sedekahnya
kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah
yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pastinya melayakkan mereka di
akhirat nanti untuk bersama para hartawan dari kalangan para sahabat Rasulullah
s.a.w.
7)
MENGINGATI
ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA
Golongan
terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka
sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa
lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum tertunai. Si ayah dan
ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat,
si peniaga yang teringatkan tipu helahnya dalam melariskan jualan, si anak
mengimbau dosa-dosa terhadap kedua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang
akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi, semata-mata kerana
Allah.
Friday, October 12, 2012
Peribahasa
|
Nota Ringkas
1.
Peribahasa ialah susunan kata-kata yang
teratur, sedap didengar, dan mempunyai makna.
2.
Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan,
teladan, dan pengajaran. Oleh itu
peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau
ketika menyampaikan ucapan dan syarahan
3.
Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis :-
a) Simpulan
bahasa – akal budi, anak buah, cepat tangan, darah daging
b) Perbandingan
– angkuh seperti merak, jahat seperti hantu, keras seperti batu, lembut
seperti sutera
c) Perumpamaan
– Bagai berumah di tepi pantai, seperti rusa masuk kampong, umpama memerah
nyiur, santan diambil, hampas dibuang.
d) Pepatah
– asal sabut terapung, asal besi tenggelam, biar titik jangan tumpah, cubit
peha kanan peha kiri terasa.
e) Bidalan
– ada gula ada semut, ada rupa ada harga, menarik rambut di dalam tepung
f) Kata-kata
hikmah – bersatu teguh bercerai roboh, bulat air kerana pembetong bulat kata
kerana muafakat.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)