Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, July 19, 2010

8 Anugerah dan orang-orang yang memilikinya

Umar R.A telah berkata, maksudnya :

  • barang siapa yang meninggalkan cakap berlebihan akan dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

  • barang siapa yang meninggalkan pandangan berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukkan hati.

  • barang siapa yang meninggalkan makan berlebihan, akan dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.

  • barang siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan dianugerahi kepadanya kehebatan di dalam dirinya.

  • barang siapa yang tinggalkan gurauan dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasa.

  • barang siapa yang meninggalkan cinta dunia, dianugerahi kepadanya cinta akhirat.

  • barang siapa yang meninggalkan kesibukkan mencari aib orang lain dianugerahi kesempatan untuk memperbaiki aib diri sendiri.

  • barang siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidik keadaan Allah SWT akan dianugerahi keselamatan dari iktikad dan munafik.

Maha Suci Allah, besar sungguh nikmat dan kurniaan yang diberi olehNya. Kita sebagai manusia, sering kali memandang enteng perkara ini. Antara sedar atau tidak kita sering melakukannya dalam kehidupan seharian. Baik urusan yang melibatkan aktiviti harian mahupun pergaulan sesama manusia. Justeru, ayuh sama-sama kita rebut peluang ini supaya mampu menjadi orang yang memiliki 8 anugerah terhebat ini.

Sunday, April 18, 2010

Cara Berperasangka baik


Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu. Ucapkan dalam hatimu :


"Mungkin kedudukannya di sisi ALlah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada ALlah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada ALlah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada ALlah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Sumber : Muhammad Nawawi bin Umar al Jawi, Nasa'ihul 'Ibad, Bungkul Indah, Surabaya - Indonesia, hal 38, hal 12.

Rujukan : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Taman Ilmu, Cetakan ke-5, 2008 Semanggi-Surakarta,


* Peringatan untuk kita bersama, tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik pada orang lain. Adakalanya kita khilaf dan leka. Jadi, sebelum kita mahu membetulkan orang lain perbaiki diri kita terlebih dahulu. Wallamualam...


Saturday, April 10, 2010

hujan dan tanah





Alhamdulillah, hari ni saya sempat beli majalah solusi isu yang ke 18 yakni berkaitan membaca, "disebalik iqra" erm,tak habis baca lagi... tadi pun sempat la selak beberapa helai dan tengok isi kandungan untuk isu terbaru ni. Memang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Sebelum makan malam tadi saya sempat baca satu artikel yang ditulis oleh Ust Adlan Abd Aziz,tajuk artikel tu ibarat tanah dan hujan ...simple je tajuk dia.


Sebelum baca tu, terpikir jugak pe kaitan hujan dengan tanah ? konpius..konpius...kalau air dengan tanah selalu jugak dengar. Tapi bile dah baca artikel ni baru saya tau rupenya ada satu hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan perkaitan antara hujan dan tanah . Bunyinya lebih kurang macam ni " baginda mengibaratkan petunjuk dan ilmu itu sebagai hujan manakala hati-hati manusia pula seperti tanah. Baginda membuat perumpamaan hidayah dan ilmu itu seperti hujan lebat yang jatuh menimpa bumi manakala tanah di bumi ini diumpamakan sebagai manusia. Mudah je perumpamaan yang dibuat oleh Nabi S.A.W ni tapi mendalam maksudnya yang mengajak kte untuk sama-sama berfikir.


Baginda telah membahagikan tanah-tanah tersebut kepada tiga jenis (ciri2 manusia) tanah tersebut ialah :

1. Tanah yang terima air, lalu di atasnya tumbuh rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak

tanah jenis ni dapat diumpamakan seperti manusia yang memperoleh ilmu dan petunjuk. Mereka ni kemudiannya beramal dengan ilmu yang dimiliki itu. Bukan sekadar itu, ilmu tersebut dikongsi pula dengan orang yang berada di sekelilingnya. Bak kata pepatah pepatih orang putih "win-win situation" dua-dua pihak dapat manfaat.





tanah yang subur...sejuk je mata memandang


2. Tanah yang dibasahi hujan, ada air tapi tak ditumbuhi tanaman. Walaubagaimanapun air yang ada tu masih boleh dinikmati oleh orang lain.

tanah atau manusia jenis ni boleh jugak dikategorikan sebagai baik. Dia dapat ilmu tapi ilmu tu tak berkesan sangat pada dia tapi dalam masa yang sama dia sedar tanggungjawab dia dalam menyampaikan ilmu tu kepada orang lain. Jadi,orang lain masih dapat manfaat secara tidak langsung.



3. Tanah gersang yang ditimpa hujan, tanah itu tak mampu menakung air bahkan tidak pula ditumbuhi dengan rumput atau tumbuhan.

manusia jenis ni, orang cakap "
tak boleh pakai langsung"..dah la tak de usaha untuk mencari ilmu, mereka ni jugak tak dapat memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.




pokok pun takut nak tumbuh dekat tanam macam ni


Jadi, saya pun terfikir jugak saya ni jenis tanah yang macam mana? kategori pertama ke...kedua ke...ke tiga??? susah jugak nk jawap.Hanya diri sendiri je yang mengetahui kita jenis yang macam mana. Sebelum saya menulis blog ni sempat la saya bincang dengan kawan saya yang juga merupakan seorang nonmuslim. Alhamdulillah dia pun agak tertarik dengan artikel ini...islam itu indah kan? erm,lepas ni bile hujan turun menimpa bumi cuba kite renungkan kembali hadis nabi ni...sambil2 tengok hujan, kte muhasabah diri kite...selamat mencuba.


*teringat plak lagu sudirman "hujan "


Friday, March 26, 2010

Gog and Magog


Kemunculan Gog dan Magog atau juga dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj merupakan antara 10 petanda besar akan tibanya hari akhir zaman. Hari yang akan menjadi perhitungan bagi seluruh umat manusia di muka bumi ini, sama ada berjaya ke syurga atau ke neraka. Pada ketika ini pintu taubat sudah tertutup....bak kata org "tiada maaf bagimu"... Alhamdulillah, buku yang bertajuk "Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung " memang sangat menarik untuk dijadikan bahan pembacaan. Pengarang buku ni menghuraikan tentang kisah Yakjuj dan Makjuj dengan membuat perbandingan tiga kitab utama iaitu Al-Quran, Injil dan Inskripsi Yahudi. Kebanyakkan huraian yg dikemukan oleh pengarang diselitkan dengan bukti-bukti yang dapat dilihat dalam 3 kitab utama ini.



Sebelum tu,tau ke kita pe itu Yakjuj dan Makjuj ? Adakah mereka ini spesis manusia ? raksaksa? binatang ? atau sebaliknya ?....tuk pengetahuan semua, Yakjuj dan Makjuj ini merupakan keturunan manusia yang juga boleh dikategorikan sebagai orang babarian. Magog ini dikatakan berasal daripada keturunan Yafits, Yafet @ Japeth Bin Nuh di mana mereka ini pernah melakukan peluasan kuasa di kawasan Timur Tengah pada sekitar abad ke 8 hingga 4 sm. Mereka merupakan sebuah bangsa yang sangat kejam dalam sejarah peradaban manusia. Mereka juga dikatakan sudah wujud sejak zaman Zulkarnain lagi. Sebelum tembok Zulkarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan membuat serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhamad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.


karakter Yakjuj dan Makjuj


  • suka membuat kerosakan di muka bumi

  • suka merompak

  • merosakkan tanaman dan keturunan

  • mempunyai wajah yang lebar

  • bermata sepet

  • berambut merah,perang

  • mukanya seperti perisai yang dipukul

Turunnya surah Al-kahfi mempunyai perkaitan dengan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Iskandar Zulkarnain. Penurunan surah ini adalah bagi menjawab persoalan yang dikemukan oleh pendeta-pendeta Yahudi yakni " sekiranya Muhamad mampu menjawab soalan ini, Muhamad benar-benar nabi yang diutus...tetapi jika dia tidak mampu menjawabnya maka dia hanya mengaku diri sebagai nabi. Antara soalan yang dikemukan oleh pendeta Yahudi tersebut ialah :

1. tentang kisah pemuda yang disebut dalam surah al-kahfi,apa yg terjadi kepada mereka,kerana peristiwa yang berlaku ini amat menakjubkan.

2. tentang seorang pemuda yg berjaya menakluk timur dan barat yg juga dikenali sebagai Iskandar Zulkarnain

3. tentang roh,apakah itu roh?

Sebab tu la surah Al-Kahfi diturunkan untuk membantu Nabi menjawab persoalan yg dikemukan tu. Mana mungkin manusia biasa yang tidak tahu membaca dan menulis apatah lagi tidak hidup di zaman selepas peristiwa yang berlaku itu menjawap soalan yang dikemukan. Namun tiada yg mustahil semua tu bagi Allah.

terdapat pelbagai pendapat tentang siapakah lelaki yang telah menakluki timur dan barat ini...de yang berpendapat, Zulkarnain tu hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim yang mana pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair. Ada jugak yg mendakwa Zulkarnain tu adalah raja Parsi yang bernama Cyrus the Great dan de jugak yang kata Zulkarnain ialah Alexander the Great dari Macedonia. Teori terbaru yang muncul plak menyatakan Zulkarnain itu ialah Akhenaton , Raja Mesin pencetus monoteisme. walaubagaimanapun berdasarkan teks Al-Quran dapat difahami bahawa Zulkarnain itu merupakan seorang raja pembebas barat dan timur, dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan yang membawa kepada kejayaannya menakluki kedua-dua bahagian ini.

Sumber Islam menyebut pada akhir zaman nanti, gerombolan barbar Yakjuj dan Makjuj ni akan keluar dari seluruh tempat-tempat tinggi dan dataran-dataran tinggi. Mereka ni akan bermaharajalela dengan membuat pelbagai kerosakan. Pada masa tu tiada siapa pun yang dapat melawan mereka ni. Allah memerintahkan mereka yang beriman supaya menghindarkan diri daripada Gog n Magog ni dan pergi ke tempat yang aman. Berkat doa seorang hamba Allah iaitu Isa Al-Masih, seluruh pasukan Yakjuj dan Makjuj terkena serangan wabak virus atau bakteria pada batang-batang lehernya sehingga seorang demi seorang mati.

Menurut pengarang buku Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung, dia menimbulkan satu persoalan kepada pembaca, adakah sejarah akan berulang? proses keluarnya Yakjuj dan Makjuj ini mungkin sama dengan peristiwa yang pernah berlaku dahulu yakni keluarnya bangsa Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan. Bangsa Mongol ini dikaitkan dengan salah satu bangsa Yakjuj dan Makjuj...mereka sinonim dengan gelaran bangsa babarian. Mereka telah menyerang China dengan menghancurkan tembok besar China. Kemudian mara ke Afghanistan, Pakistan, India...dan menguasai beberapa buah negara lain merangkumi Eropah. Sumber Islam menyebut mereka ini bukan Islam dan adalah komoniti kafir.

Diharap perkongsian ini walaupun sedikit dan masih banyak kelemahan namun mampu untuk memberi sedikit peringatan dan panduan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari-hari mendatang. Tanda-tanda kecil jelas kelihatan pada hari ini, tanda-tanda besar? wallahualam...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Saturday, March 13, 2010

Watak-watak syaitan sepanjang masa

(nidzamkadir.blogspot.com)

Ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh :


1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar.
Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana yang diceriatkan dalam hadis bahawa syaitan agar menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan agar menimbulkan soalan tentang siapakah yang menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).


2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan.
Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali. Apabila berwudhuk maka putuslah tali kedua. Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.


3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat”.- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. :الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya”. (Riwayat Bukhari).- Membaca ayat Kursi.- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.

4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim).Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.


5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih. Seorang lelaki menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala telah dipukul. Nabi s.a.w. menasihatkannya dengan sabdanya :لاَ تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِى مَنَامِكَ“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim).


6. Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan.
Sabda Nabi s.a.w. :وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَهُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ“Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia semampunya”. (Riwayat Muslim).Sebenarnya syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak di tutup. Sabda Nabi s.a.w. :إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيْهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ“Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah tangannya atas mulutnya kerana syaitan akan masuk”. (Riwayat Muslim).


7. Syaitan juga bertenggek atas batang hidung setiap manusia. Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana diriwayatkan sabda Nabi s.a.w. :إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيَاشِيْمِهِ“Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka bersihkanlah hidungnya tiga kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya”.

8. Syaitan mewaswaskan manusia.
Asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was was dalam hatinya. Pun begitu penyakit was was perlu diubati kerana ia berpunca daripada syaitan.


9. Was was yang paling utama ialah ketika solat.
Seorang sahabat mengadu masalah ini ketika solat kepada Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. :ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَب فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا“Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali”. (Riwayat Muslim).Biasa juga syaitan akan mengkhayalkan seseorang yang bersolat. Misalnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat di mana kunci itu berada. Oleh itu dia akan terfikir macam mana kunci itu berada di situ. Akhirnya dia tidak khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. :إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَلَبَّسَ عَلَيْهِ حَتَّى لاَ يَدْرِي كَمْ صَلَّى ، فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ“Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewaswaskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk”. (Riwayat Muslim).


10. Lupa juga berpunca daripada syaitan.
Firman Allah menceritakan kalam sahabat Nabi Musa a.s. :وَمَا أَنْسَانِيْهُ إِلاَّ الشَّيْطَانُ“Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan”. (Surah al-Kahfi : 63).Begitu juga ingatan Nabi Yusuf kepada teman penjaranya agar menyebut kisahnya kepada raja namun dia terlupa. Firman Allah :وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ“Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang disangkanya akan keluar dari penjara agar menyebutnya kepada rajanya lalu syaitan telah melupakannya”. (Surah Yusuf : 42).Akhirnya tujuan utama ialah agar lupa kepada Allah. Firman Allah :اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللهِ“Syaitan menguasai atas mereka lalu syaitan melupakan mereka daripada mengingati Allah”. (Surah al-Mujadalah : 19).


11. Syaitan juga akan berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. Sabda Nabi s.a.w. :إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّوْنَ فِى جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ وَلَكِنْ فِى التَّحْرِيْشِ بَيْنَهُمْ“Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia beriman menyembahnya di tanah Arab tetapi masih mampu mewujudkan persengketaan sesama mereka”. (Riwayat Muslim).Oleh kerana itu, setiap muslim dilarang membuat apa-apa tindakan yang boleh menyalakan api permusuhan seperti mengacukan senjata kepada muslim yang lain. Sabda Nabi s.a.w. :لاَ يُشِيْرَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَى أَخِيْهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ أَنْ يَنْزِغَ فِى يَدِهِ فَيَقَع فِى حَفْرَةٍ مِنَ النَّارِ“Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. Kemungkinan dia tidak menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang neraka”. (Riwayat Bukhari).

12. Akkhir sekali, syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini hanya sekadar beberapa peranan syaitan sahaja. Lebih umum apa yang digambarkan dalam satu hadis :إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيْسُ بَثَّ جُنُوْدَهُ فِى اْلأَرْضِ فَيَقُوْلُ : مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ. فَيَقُوْلُ لَهُ الْقَائِلُ : لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى طَلَّقَ امْرَأَتَهُ...لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى زَنَى... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى شَرِبَ الْخَمْرَ.... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى قَتَلَ...“Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya di bumi lalu bertitah : “Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim, aku akan pakaikan kepadanya mahkota”. Selepas itu ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia menceraikan isterinya”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia berzina”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia minum arak”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia membunuh”…(Riwayat Ahmad).

Wednesday, March 10, 2010

Pergaulan lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum warahmatullah....

Pergaulan Lelaki & Perempuan

Oleh: Dr Yusuf al-Qardawi, jilid 5 & 6, Fatwa Masa Kini

Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram. Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik. Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu menjadikan kita seperti masyarakat barat.

Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:-
1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan.
Firman Allah: Maksudnya: " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…" (Surah An-Nuur:30,31)
2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak, iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Maksudnya: "…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…" (Surah An-Nuur: 31) Perkara ini adalah berdasarkan kepada tafsiran yang dibuat oleh beberapa orang sahabat mengenai maksud `apa yang lahir daripadanya' ialah muka dan dua tapak tangan. Di antara hikmat berpakaian sedemikian ialah seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; Maksudnya:"…cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu…". (Al-Ahzaab: 59) Iaitu bahawa dengan pakaian yang menutup aurat inilah kita dapat membezakan di antara wanita merdeka yang memelihara kehormatannya dengan wanita yang jalang. Wanita yang berpakaian sedemikian akan terselamat daripada gangguan, kerana pakaiannya yang begitu di samping akhlaknya yang baik menyebabkan orang yang melihat akan menghormatinya.

3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki:
a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang menggoda atau memberahikan. Firman Allah; Maksudnya: " Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzaab: 32)
b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib sebagaiman firman Allah: Maksudnya: "… dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…" (An-Nuur:31) Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t: Maksudnya:"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…" (Al-Qasas:25)
c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maa'ilaat (menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan jahiliah moden.


4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya seperti wangi-wangian dan sebarang `make-up' (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum lelaki.
5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;"…kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan." Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan kayu api duduk hampir dengan api yang sedang marak menyala. Lebih-lebih lagi jika bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat si suami. Ini jelas dalam suatu hadis: Maksudnya:"Jauhilah kamu daripada masuk kepada wanita." Sahabat pun bertanya:"Wahai Rasulullah! Bagaimana jika yang masuk itu adalah mertua? Lalu dijawab oleh Rasulullah: " Mertua adalah maut!" Makna maut disini ialah sebab kebinasaan kerana kadang–kadang mertua duduk dan berbual lama. Ini adalah suatu bahaya yang cukup besar.
6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting, perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak.








Monday, March 1, 2010

Tips bercinta dengan Allah

Alhamdulillah, pertama sekali sy nk ucapkan banyak2 time kasih dekat bes pren sy..Azwan Syah sebab bagi pinjam sebuah buku yg sangat menarik. Buku tu bertajuk psikologi Cinta, karya Dato Dr Fazilah Kamsah yg berkolabrasi dgn Saudari Syaidatun Nazirah. Berbaloi baca buku ni dan banyak tips serta panduan yang diberikan perihal cinta. Buku ni, telah mengupas perihal cinta daripada perspektif yang meluas yakni cinta kepada Allah, Rasul, Ibu Bapa, dan hubungan yang berlainan jantina. Banyak kalu nk diceritakan....tuk kali ni sy nak kongsi beberapa tips yang terdapat di dalam buku ni iaitu tips bercinta dengan Allah.

Tips bercinta dengan Allah
1. Sentiasa mengutamakan urusan Allah dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu

2. Sentiasa mengingati dan memikirkan tentang Allah pada bila-bila masa sahaja

3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah

4. Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik daripada Allah

5. Berusaha untuk memperoleh kusyuk dalam solat

6. Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran

7. Berbuat kebaikan dalam kesempatan yang ada

8. Hindari perbuatan jahat dan buruk.

9. Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana( akan binasa), tetapi cinta kepada Allah bersifat Baqa(kekal buat selama-lamanya)

Oleh tu, diharap...tips yg dah sy berikan ni dapat dijadikan panduan dan amalan buat kita bersama. Kite selalu ingat Allah bile time susah,tp Allah sentiasa bersama kita,walau susah mahupun senang. Marilah kita mencari cinta yg boleh membawa kita mencinta Allah.amin...