Mac 3, 10 9:45am
Guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan."Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani malam semalam.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar."Ini sebagai satu cabaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.Dalam program selama 45 minit itu, Muhyiddin berkata beliau juga komited untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.
Katanya walaupun terdapat sekolah-sekolah yang tidak menpunyai prasarana sukan yang mencukupi seperti padang, ia bukan alasan untuk mengetepikan kepentingan sukan yang juga menjadi faktor penting dalam pembentukan siasah pelajar.Katanya sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama dari semua pihak termasuk dari badan-badan korporat, universiti dan juga masyarakat tempatan."Misalnya kita boleh memeterai perjanjian persefahaman dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya mereka boleh memberi tenaga jurulatih untuk membimbing guru-guru sukan di sekolah.Dalam soal memperkukuhkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris,katanya, seramai 362 orang tenaga pengajar dari United Kingdom, Australia dan Kanada akan dibawa masuk untuk mengajar Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan mulai tahun depan.- Bernama
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Guru belum bersedia mengajar pendidikan seks di sekolah
Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.
Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid. "Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar," katanya.NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.
Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: "Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar."Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu."Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya.- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)