Wednesday, July 18, 2012
Bersangka Baik
Derita sahabat baru
Mungkin perasaan ini sukar untuk saya gambarkan, kerana saya belum melaluinya. Berpisah dengan orang tersayang dengan kondisi kesihatan yang kurang memuaskan. Meninggalkan suami dan anak yang jauh daripada pandangan mata. Perkara ini terpaksa ditempuhi oleh sahabat baru saya. Tempoh perkenalan yang singkat belum membantu saya untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Saya akui agak kurang empati dengan masalah yang dihadapinya. Semoga dia terus tabah. Kata-kata sabar bukan semudah yang diungkapkan. Realitinya semua daripada kita mengetahui hakikat sabar, namun untuk menjadi seorang sabar itu perlukan mujahadah.Ya, mungkin situasi itu bakal saya tempuhi kelak.
Saya letih melihat sahabat saya berulang alik dari Utara ke Selatan tanah air. Setiap minggu! Kekuatan apakah yang kau miliki duhai sahabat? Berkorban untuk orang lain tetapi pengorbananmu tidak dihargai langsung. Semoga terus kuat dan cekal wahai sahabatku. Kami terima tempias penderitaanmu. Kata-kata yang kurang menyenangkan sering terngiang-ngiang di telinga kami menceritakan tentang dirimu.Firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286) Allah tidak menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Allah memilih dirimu kerana DIA tahu kau mampu melaluinya. Jangan pernah menyalahkan takdir.
Misteri
Hidup saya dan sahabat yang lain disulami misteri. Penyakit sahabat tadi menjangkit pada kami. Saban hari kami dihimpit dengan gangguan-gangguan aneh yang sukar dipercayai. Hikmah terbesar yang Allah beri, saya dan sahabat lain semakin berani. Kalau dulunya solat berasingan, tetapi kini solat berjemaah menjadi budaya rumah kami. Bacaan ayat-ayat Allah berkumandang setiap hari. Saya perhatikan, sahabat yang dulunya jauh dari Al-Quran mula menjinakkan diri dengan alunan ayat suci ini. Perbincangan perihal agama sering menjadi topik perbualan kami. Terima Kasih Ya Allah. Ujian yang kau berikan ini benar-benar menyedarkan kami tentang kekuasaanMU. Bersangka baik dengan apa yang berlaku menjadikan kita insan positif. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)
TERIMA KASIH ALLAH
Thursday, April 14, 2011
Hadiah bermakna.
Sahabat... Jadikan pemberianku teman sejatimu
Pengganti diriku
Daku mengkagumi ciptaan dan kekuasan Allah SWT
Dia menciptakan dirimu seorang wanita
yang begitu lembut luarannya.
Begitu halus tutur kata dan gerak lakumu
Namun disebalik kelembutan dan kehalusan itu,
Dia menjadikan dirimu seorang
yang begitu kuat... tabah dan taat.
Sesungguhnya aku amat cemburu akan dirimu.
gambar hiasanSunday, April 3, 2011
Keramat 2 April

Allah selamatkan saya....(2x)
Allah selamatkan Nur Syuhada
Allah selamatkan saya...
"'Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start fee..."
Jarak bukanlah penghalang kepada sebuah perhubungan. Walau jauh manapun kita, kenangan-kenangan lalu yang pernah dilalui bersama menjadikan kita semakin dekat. Terima kasih di atas segalanya. Moga Tuhan merahmati kamu dan saya.
Sunday, February 20, 2011
Kawan oh Kawan

Tapi, andai kita lebih suka berkawan dengan si penukang besi, fikir-fikirkan kesan baik buruknya. Mungkin untuk jangka masa pendek dia boleh buat kita gembira dan bahagia. Jangka masa panjang?
Saya berkesempatan melihat gambar sahabat-sahabat lama di Face book. Semua makin dewasa, matang dan mempunyai kerjaya sendiri. Namun saya agak terkejut dan terkilan dengan perubahan beberapa orang teman yang tidak seperti dahulu. Mungkinkah disebabkan oleh kejutan budaya atau faktor kawan itu sendiri? Moga masih ada ruang untuk kita sama-sama memperbaiki diri.
Doa ditetapkan hati dan pendirian

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)
Friday, December 3, 2010
Kasih Ibu

Tangannya lincah mengemas barang. Senyuman meleret tidak lekang di bibir. Hati tumpang gembira melihat keletah si teman. Mulut becoknya tidak berhenti-henti bercakap. Melahirkan rasa terujanya.
Aku rindu saat-saat begitu. Terbayang dibenak fikiran, wajah kedua ibu bapa yang setia menanti di depan pintu. Menunggu saat kepulangan anakanda tercinta. Diiringi tangisan dan linangan air mata gembira. Disambut mesra ayah dan emak dengan pelukan yang erat seolah-olah tidak mengizinkan anaknya pergi lagi. Sayu menusuk ke sanubari.
" Bila ko balik kampung ? " tanya si teman menghilangkan rasa sunyi yang bertandang.
"Entah la, aku pun tak tau bila nak balik. Tak ada arah tujuan ni. Nak balik kampung, mak aku pun tak de dekat sana. Keluhan ku lepaskan perlahan-lahan.
" Habis tu ? "
" Nantilah aku fikirkan, nak ke mana. Aku tak suka duduk rumah orang. Lagi-lagi tinggal lama-lama. Aku rindulah nak rasa macam dulu. "
" Rasa macam mana? "
"Rasa macam kau la, balik kampung. Habiskan cuti bersama mak dan abah. Makan masakan mak. Tolong Abah berniaga di warung burger . Rindunya..."
" Sabarlah, setiap yang hidup itu pasti akan pergi. Sedekahkan Al-Fatihah dekat arwah. Banyakkan baca Al-Quran. Semoga mak ko sentiasa sihat dan dipanjangkan umur ".
Amin Ya Allah, semoga kau kabulkan doa sahabatku ini. Memang itu yang aku harapkan. Semoga arwah Abah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
..................................................................................................................
Wajah mak muncul, melihatkan wajah tuanya. Wanita yang sangat aku kagumi. Seorang penyabar, rajin, pandai memasak dan sangat penyayang. Mak seorang yang sangat kuat berkerja. Pernah suatu masa mak sibuk, sampai lupa nak makan. Mak sibuk kerana kami. Sibuk mencari rezeki, mengerah tulang empat keratnya. Seawal pagi mak sudah bersiap sedia di dapur memasak kuih untuk dijual di warung abah. Jarang benar juadahnya tidak habis. Tambahan pula jika bulan puasa menjelma.
Mak...kau wanita yang hebat. Walaupun dirimu lemah lembut namun tegas dalam mendidik. Mak tidak suka melihat anaknya susah, lantaran itu semua kerja mak yang lakukan sendirian. Mak, aku kesal dengan diriku. Aku tidak mampu menjadi anak yang baik. Jika kau masih dikurniakan upaya dan kesihatan yang baik, aku akan pastikan kau tidak melakukan sebarang pekerjaan pun. Biarlah dirimu bersenang lenang pula kerna kau telah puas berasa letih sepanjang hidupmu.
Mak seorang yang tidak banyak bercakap jika dibandingkan abah. Boleh dikatakan mak wanita melayu sejati. Teringat kata-kata abah suatu ketika dahulu, bahawa dia sangat bersyukur mendapat isteri seperti mak. Abah akui dia seorang yang panas baran.Namun mak berjaya menjadi air yang boleh menyejukkan abah. Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah. Mereka telah dipertemukan untuk saling lengkap melengkapi.
..............................................................................................................................................
Mak jatuh sakit pada tahun 2004, sewaktu aku berada di tingkatan lima. Pada ketika itu kehidupan kami sekeluarga agak sukar . Semua kerja rumah dan tugas mak diambil alih olehku. Kakak jauh di Melaka sedang bekerja. Tidak tergamak kami mahu menyuruhnya berhenti. Memang benar, setiap musibah itu ada hikmah. Apabila mak dan abah sakit, kami kenal apa itu tanggung jawab. Apa itu berdikari. Masing-masing memainkan peranan. Bermula detik itu, aku mula belajar memasak. Walaupun tidak sehebat seorang Chef namun keluarga tak pernah komplen . Manakala Abang Ham pula ke kebun mencari rezeki buat kami.
Pesananku pada mereka yang punya ayah ibu, hargailah mereka. Walaupun emak tidak menyuruh kita melakukan kerja, bukan bermaksud kita perlu bersenang lenang. Pasti dia rasa bahagia andai kita membantunya. Emak tidak meminta lebih apatah lagi kepada anak-anaknya. Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita mengambil kesempatan ke atas mereka. Belajar untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab. Belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Perbaiki diri sementara masih ada ruang dan waktu.
p/s : Rindu pada kenangan lalu bersama mak dan arwah abah ^_^
Thursday, November 25, 2010
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Wednesday, November 24, 2010
Maaf
Saya juga menyusun sepuluh jari pada yang berkenaan sebab tak mampu menjadi teman yang baik. Tidak peka dengan perasaan kalian. Tidak peduli dengan rasa hati kalian. Memang saya bukan teman yang baik. Maaf, maaf dan maaf. Saya tak ada kekuatan untuk meluahkan perkataan itu di hadapan kalian. Lega dapat melepaskannya di sini.
Kalian memang insan yang baik. Rasa diri ini tak layak berteman dengan kalian. Bagai enggang dengan pipit. Kita jauh berbeza. Saya tak mampu menjadi orang lain. Maafkan saya. Kini hati saya rasa pedih, walaupun kesalahan itu saya yang lakukan. Maaf, saya bukan tidak suka kalian menjerit. Tapi tindakan tersebut sangat mengejutkan saya.
Saya rasa kerdil. Kamu sangat baik buat saya. A_sh_n...Kamu boleh dapat insan yang lebih baik daripada saya. Saya sering menyakiti hati kamu. Saya selalu menyusahkan kamu. Saya tidak hirau dengan perasaan kamu, dan sangat pentingkan diri sendiri. Maaf, maaf dan maaf. Terima kasih kepada kalian yang sudi berkongsi kasih dan sayang kepada saya selama ini. Moga Allah merahmati kita.
Wednesday, November 10, 2010
Arggghhh....

Hari ini saya bangun pagi dalam keadaan kepala yang sakit. Pening-pening lalat. Mungkin disebabkan terlalu banyak tidur. Alhamdulillah, mujur ada sahabat yang sudi memberikan khidmat bantuan percuma (tarik rambut). Teknik ini tidak boleh dibuat oleh sebarang orang. Kalau salah tarik bukan angin yang keluar, tetapi rambut yang tercabut. Silap-silap kepala pun boleh tercabut sekali. Dont try this at home ye ... pastikan anda benar-benar mahir dalam melakukannya. Sedap dan ringan sahaja selepas sesi rawatan dijalankan. Trimas Rosca ^_^...
Memang tidak dinafikan apa sahaja perkara, perbuatan atau barangan yang diambil secara berlebihan pasti akan mendatangkan mudarat. Begitu juga dengan tidur. Tidur adakalanya mendatangkan manfaat dan adakalanya membahayakan kesihatan. Walaupun saya selalu dengar tentang keburukan tidur berlebihan dan tidur selepas asar, tetapi saya masih lagi melakukannya. Sukarnya mengubat tabiat tu. Mudahan-mudahan masih ada kesempatan untuk memperbaiki diri.
Banyak tidur boleh mematikan hati. Bahkan juga boleh membuatkan badan terasa penat. Walaupun pada niat asalnya untuk merehatkan badan, namun apabila sudah berlebihan, lain pula jadinya. Masa terbuang begitu sahaja, sedangkan waktu tersebut dapat digunakan untuk sesuatu perkara yang lebih bermanfaat seperti beriadah ataupun bersosial. Sabda Nabi S.A.W
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Tidur yang sunat dilakukan adalah tidur sebelum masuknya waktu zuhur yang disebut sebagai Qailulah. Biasanya dilakukan dalam jangka waktu yang pendek sekitar 15 minit atau 30 minit sahaja. Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:
Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata,
"Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)
كُنَّا نُبَكِّرُ بِالْجُمُعَةِ وَنَقِيْلُ بَعْدَ الْجُمُعَةِ
Kami tabkir (bersegera datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan shalat Jumaat dan kami ‘qailulah’ setelah solat Jumaat. (HR. Al-Bukhari no. 905)
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”
Jadi, untuk mengelakkan cepat gila, mari kita sama-sama berusaha untuk tidak tidur berlebihan dan yang paling penting jangan tidur selepas asar. Nasihat untuk diri saya sendiri ni (^_^)....
Tuesday, November 9, 2010
Rahsia di sebalik berbekam

- Bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit.) Setiap orang memiliki toksid di dalam badan. Toksid – toksid ini berasal daripada pencemaran udara, makanan yang banyak mengandung zat pewarna, , penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.
- Berbekam dikenali sebagai cupping dalam Bahasa Inggeris dan Hijamah dalam Bahasa Arab
- Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud " kesembuhan ubat itu ada 3 hal iaitu minum madu, pisau hijamah ( bekam ) dan besi panas. Tetapi aku melarang menggunakan besi panas " (Riwayat Bukhari)
- jangan makan makanan berat sebelum berbekam (sekitar 2,3 jam sebelum melakukan proses rawatan)
- Adalah lebih baik, kita berpuasa sebelum melakukan bekam
- Jangan mandi selama 3 jam selepas proses rawatan
- Isnin dan Selasa
- Khamis
- tidak sesuai dilakukan pada hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad ( Nabi Ayub diuji dengan penyakit semasa hari Rabu )
- berbekam elok dilakukan di pertengahan bulan kerana pada ketika ini toksid-toksid di badan sedang berkumpul
- Dikatakan dapat merawat 72 penyakit antaranya seperti :
2. Tegang Urat
3. Darah Tinggi
4. Angin Ahmar
5. Jerawat
6. Sembelit
7. Buah Pinggang
8. Sakit mata
9. Sakit gigi
10. Jantung
- juga dapat memulihkan penglihatan yang kabur
- Membantu meringankan tubuh badan kerana salah satu punca rasa malas adalah disebabkan oleh darah kotor.
- Melegakan demam
- Ibu mengandung
- Wanita haid
- Berada dalam keadaan letih, lapar atau kenyang
- Masalah tekanan darah rendah
- Pesakit kudis
- Masalah kulit yang sangat serius.
* p/s : Kalu senggugut jangan gunakan seterika panas untuk di tuam pada perut ye (^_^)
Sunday, October 10, 2010
Yourgat Vs Ais krim
Aku berfikir sejenak. Rasanya masih ada urusan yang perlu aku selesaikan. Fikir dan terus berfikir. Lantas ku teringat akan pendaftaran nomber telefon bimbit di mesin ATM yang perlu aku lakukan. Bayangan kampus mula terbit dibenak fikiran. Ya...aku harus ke kampus. Belum sempat aku membalas persoalan si teman, dia mencelah lagi.
" Erm, saya nak ajak kamu ke kampus, tu pun kalau kamu nak. Saya tak paksa " katanya berterus-terang.
Timbul perasaan bersalah di hati. Aku teringat peristiwa dua hari lepas. Aku telah menghampakan permintaannya. Sungguhku kesal dengan kesalahanku yang lalu. Maafkan ku teman kerna buatmu begitu. Belajar daripada kesilapan dan enggan perkara yang sama berulang ku turuti permintaannya dan dalam masa yang sama aku juga mempunyai urusan di Kampus.
" Erm, ok jugak. Saya nak selesaikan urusan TAC saya tu." balas aku kepadanya
" kita pergi pukul dua nanti ek. "
Hati berlagu riang. Perhubungan kembali seperti sedia kala. Tiada lagi sengketa, tiada lagi marah, tiada muka masam mencuka dan tiada suasana sepi. Aku benci saat sebegitu. Bagai orang yang mati kutu. Ada sahaja yang tidak kena. Akan ku hargai saat bersama sementara masa masih ada, kerana kita akan berpisah jua akhirnya.
2.30 petang
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk ke Kampus. Perjalanan berjalan dengan lancar. Cuaca hari ini sangat baik bagai meraikan persahabatan kami. Bas berjalan menyelusuri jalan raya yang tidak sibuk. Kedai-kedai di Tanjung Malim banyak yang tutup pada hari minggu ini.
" Syuai, kamu nak tau tak, kami selalu melepak dekat bangunan atas ni tau." sambil menunding jari ke arah bangunan UPSI yang baru siap dibina.
" Nak tak saya bawa kamu tengok tempat tu? "
" Ok juga"
Bangunan UPSI
Suasana di kampus agak sibuk. Mungkin sebab minggu depan sudah bermulanya Konvokesyen UPSI yang ke-12. Urusan di ATM sudah pun selesai. Terima kasih Rosca sebab banyak membantu saya. Kemudian, kami bergerak ke Bangunan yang diceritakan oleh Rosca sebentar tadi. Wah, tempat itu memang menarik dan selesa. Aku dapat melihat pemandangan UPSI dari atas bangunan. Suasana sangat cantik dan baru ku sedar rupanya Tanjung Malim tidak kurang hebatnya.

Sedang leka menikmati keindahan ciptaan Allah. Tiba-tiba, kami terpaku dengan susuk tubuh kerdil yang sedang berjalan di bawah sana. Walaupun jauh di atas, namun kami dapat lihat insan serba kekurangan itu dengan jelas. Langkahnya mengambarkan ketabahan, yakin dan tidak putus asa. Bersyukur ku Ya Allah kerana diberikan sepasang kaki untuk berjalan. Aku sangat kagum dengan lelaki itu. Menggunakan tangan untuk berjalan, melangkah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Walaupun tidak sepantas manusia normal, namun kekurangan diri tidak menjadikannya sebagai satu alasan untuk pergi menuntut ilmu. Kekesalan ku lemparkan pada diriku. Sepatutnya manusia sempurna anggota badan sepertiku perlu lebih rajin daripadanya yang serba kekurangan. Namun aku leka dengan nikmat pemberian Allah. Tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Sering malas dan culas. Sedar tak sedar, manik-manik jernih terbit di kelopak mata. Suara berubah sayu. Ampunkan ku Ya Allah....Pelajaran yang aku perolehi sepanjang hari ini, bersyukurlah dengan apa yang Allah sudah beri kepada kita. Kadangkala kita rasakan kita seorang yang susah dan banyak kelemahan. Namun, antara sedar ataupun tidak, rupanya ada lagi orang yang susah dan serba kekurangan daripada kita. Perlukah lagi kita mengeluh dan merintih lagi?
Masa bergerak dengan pantas, jam sudah menginjak ke jam tiga. Sebelum pulang ke Kampus, kami sempat ke kedai, membeli sedikit barang untuk di bawa pulang. Seronoknya dapat menikmati yourgat dan ais krim di dalam bas. Dua rasa yang sangat berbeza. Tapi masing-masing ada keistimewaannya. Begitu juga antara kami, dua insan yang berbeza perwatakan tapi di satukan oleh sebuah persahabatan.
Friday, October 8, 2010
Perasa hidup
11.51 malam
Saling faham-memahami
Kunci sebuah perhubungan adalah sikap saling faham memahami. Kadang kala kita merasakan bahawa kita sudah cukup mengenali seseorang. Tetapi, semakin lama kita mengenalinya semakin sukar untuk kita memahaminya. Alangkah bagusnya jika suara hati kita mampu didengari. Tak perlu bersusah payah menyatakan perasaan yang terbuku di hati. Kita mahu orang menjaga perasaan kita, tapi antara sedar atau pun tidak kita juga seperti mereka. Sama-sama pentingkan diri sendiri. Manusia akan marah dan memberontak apabila keinginan atau kehendak diri tidak berjaya diperolehi. Unik dan hebat sungguh perasaan yang dicipta oleh Allah ini.
Belajar menghargai sesuatu.
Kita akan sedih dan belajar menghargai apabila sesuatu yang disayangi itu hilang. Manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dihajati. Tidak kisah bergolok-bergadai, tidak peduli soal malu, tidak kisah berapa banyak yang dibelanja asalkan apa yang dikehendaki mampu diperolehi. Mula-mula dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sangat berhati-hati. Takut ianya rosak atau sakit. Tapi lama kelamaan, bila sudah jemu dan jumpa sesuatu yang lebih baik, yang lama bagai melukut di tepi gantang. Ada atau tidak, sama sahaja. Bila yang lama sudah hilang atau rosak, baru kita sedar bahawa ianya sangat berharga. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, tapi yang baru pasti tidak sama dengan yang lama. Jadi belajarlah untuk menghargai.
Andai ujian dan dugaan ini adalah sesuatu yang baik, aku redha .Semoga ianya membuatkan aku menjadi insan yang lebih tabah dan sabar. Ku pegang kata-kata " apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian". Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui sendirian. Oleh itu, janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan. Tabahlah dalam menempuh ranjau dan duri kehidupan, kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba ke sasarannya. Cayok2 Syuhada....(^ ,^)
Friday, August 20, 2010
Sendirian...lebih baik?

langit tak selalu cerah
Siang malam tak berbintang
ini lah lukisan alam
Bersendirian
Teman
Cinta.
Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Kadang kala rasa bahagia. Kadang kala rasa sunyi ,walaupun hakikatnya cinta itu ada. Macam biskut pun ada jugak...kejap ada kejap tak ada. Kadang kala ianya hadir mewarnai hari-hari...cinta sahabat, cinta keluarga,cinta 'si dia '. Kadang kala cinta itu sepi seolah-olah hilang bersama angin. Tapi yang aku pasti,di kala aku kesunyian memang cinta daripadaNya sentiasa ada. DIA tahu aku sedih. DIA tahu aku gembira. Segala-galanya DIA tahu, kerana DIA Maha Mengetahui.
Sekiranya aku diberikan satu permintaan, aku berharap sangat dapat pergi ke sebuah tempat yang sangat mendamaikan. Tempat yang boleh menenangkan fikiran. Agak tidak logik kalau pagi-pagi buta ni aku dapat ke tempat sebegitu. Tapi, manalah tau permintaanku dikabulkan sewaktu di alam mimpi...amin moga diperkenankan. Ku cari damai di hati.
Sunday, July 18, 2010
Kerja dan manusia
Berkerja di Vision Avanue
Benar kata orang, bila sudah berkerja, baru kita akan tahu bagaimana susahnya nak mendapatkan duit. Ada yang kerja setengah hari sahaja tapi, pulangannya lumayan. Namun, tak kurang juga yang bekerja dari pagi sampai ke petang. Tapi, wang yang diperolehi tak setimpal dengan usaha dan tenaga yang digunakan.Inilah lumrah kehidupan. Ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh penjajah,memaksa manusia untuk saling bersaing. Jadi tak hairan la kalau hari ni kita dapat jumpa pelbagai ragam manusia yang mana masing-masing lebih berusaha menjaga kepentingan peribadi berbanding kepentingan bersama.
Kesempatan bekerja di Vision Avanue, iaitu sebuah kedai cermin mata milik seorang bumiputera menyedarkan saya akan pentingnya nilai sebuah ilmu. Saya kagum dengan keberanian Kak Anis menceburkan diri dalam bidang optometri. Di Malaysia, pengetahuan masyarakat berkaitan bidang optometri sangat rendah. Jarang benar kita dapat melihat orang melayu yang menceburkan diri dalam bidang ini. Cuma kebelakangan ini, bidang optometri mula giat diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Jangan silap membuat penilaian, bukan semua pekerja kedai cermin mata yang rata-ratanya berbangsa cina tahu berkaitan kesihatan mata. Bahkan antara sedar atau tidak kita sering merujuk sesuatu tidak pada tempatnya. Contohnya, kita bertanya tentang punca rabun warna kepada pembuat cermin mata yang secara jelasnya mempunyai pengkhususan dalam aspek teknikal yakni pembuatan cermin mata. Kecualilah si pembuat cermin mata itu juga merupakan seorang optometri.
Alam pekerjaan menyedarkan saya akan pentingnya sikap hormat pada orang lain walaupun mereka bukan orang yang berilmu. Manusia tidak dilahirkan bodoh cuma ia diberi kebijaksanaan yang berbeza. Pada minggu pertama saya bekerja di sana, saya diperkenalkan dengan seorang pemilik butik yang saya kira seorang yang berpendidikan dan agak berada. Pandangannya agak sinis semasa kali pertama kami berjumpa. Mungkin ada sesuatu yang bersarang dibenak fikirannya. Timbul perasaan rendah diri, kerana saya hanyalah pembantu jualan jika dibandingkan dengan dirinya. Argh...biarlah perasaan itu berlalu. Tiada sapaan mahupun senyuman daripadanya. Hina sangat ke mereka yang jadi pembantu jualan ini? Sekiranya mereka ditempat kita, tentu mereka tidak mahu diperlakukan sebegitu.
Hari berganti hari. Pemilik butik berkenaan kembali semula ke kedai Kak Anis. Kami bertemu kembali untuk kesekian kalinya. Pada hari itu juga, pertama kali saya berinteraksi dengannya. Dia mula menyedari saya tidak bercakap dalam loghat Penang. Kemudian, soalan demi soalan diajukan kepada saya. Apabila saya menyatakan bahawa saya bekerja part time dan masih belajar, reaksinya serta merta berubah. Senyuman mulai terbit daripada wajahnya. Perbualan menjadi semakin mesra. Dia melontarkan kekaguman kepada saya kerana bijak menggunakan waktu cuti dengan sebaiknya.
Persoalan yang timbul, perlukah ada double standard dalam menjalinkan sesebuah perhubungan. Mungkin realiti ini dialami oleh sesetengah orang. Tidak dinafikan, mereka yang tinggi itu sentiasa disanjungi. Namun perlu juga dingat,bahawa kita tidak akan sentisa berada di atas. Tidak salah pun sekiranya kita tunduk memandang ke bawah berkongsi kesusahan bersama mereka yang serba kekurangan. Sekiranya kita merasakan perbuatan itu boleh menjejaskan reputasi dan imej kita, maka renungkanlah kata-kata ini " Mungkin sesuatu perbuatan itu baik pada penilaian manusia tapi tidak semestinya baik pada penilaian Tuhan" Jadi,yang mana mahu kita kecapi?Nilai di sisi Allah atau manusia???renung-renungkanlah. Wallahualam.
Tuesday, May 4, 2010
Selamat Bercuti
Sunday, May 2, 2010
Risau
Wednesday, April 21, 2010
Exam lagi
Musim peperiksaan tiba lagi. Saat yang paling tidak disenangi oleh semua orang, terutamanya para pelajar. Baik di sekolah mahupun di Univesiti. Esok merupakan hari kedua saya menduduki peperiksaan akhir semester. Sekiranya ditanya tentang persiapan... bagi tempoh sebulan lagi pun belum tentu kita benar-benar bersedia. Walaubagaimanapun saya cuba yang terbaik. Insyallah, segala ilmu yang saya perolehi sepanjang semester ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu saya menjawap peperiksaan nanti.
Pelbagai perasaan timbul ketika ini, adakalanya rasa risau, cemas...kadangkala rasa cool, rilex dan adakala rasa teruja dan tak sabar mahu menghabiskan peperiksaan. Lagi cepat lagi bagus, tak perlu memeningkan kepala. Teringat pula kata-kata teman saya di dalam blognya, kita sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan di dunia, peperiksaan untuk menempuh alam barkzah dan di Padang Mahsyar nanti bagaimana? Setakat mana persiapan kita? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi soalan-soalan yang akan dikemukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir nanti? Sama-sama kita muhasabah diri kita.
Kepada mereka yang bakal mengundi dalam pilihanraya Hulu Selangor pada 25 April nanti, selamat mengundi dan laksanakanlah tanggungjawab sebagai warganegara. Buat lah keputusan yang bijak kerana keputusan anda bakal mempengaruhi masa depan negara. Mengundi juga merupakan salah satu peperiksaan dalam hidup. Kita yang akan menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Bezanya kita tidak perlu berhadapan dengan soalan yang mencabar minda. Namun, ingat..keputusan yang kita buat nanti bakal dipersoalkan di akhirat kelak, sekiranya pilihan yang dibuat adalah salah. Sekadar lantang bercakap dibelakang,dan sinis mengkritik tetapi tidak usaha untuk memperbetulkan keadaan tiada gunanya. Saya masih belajar dan tidak pernah berhenti untuk belajar. Jadi, molek kiranya kita sama-sama belajar daripada pengalaman yang lalu agar nasi tak jadi bubur. Bak kata pepatah melayu " Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Selamat mengundi dan selamat menduduki peperiksaan.
Sunday, April 18, 2010
Selipar oh selipar...

Perbualan dengan teman saya sebentar tadi mengingatkan saya kepada suatu peristiwa yang mungkin tidak dapat saya lupakan sepanjang saya bergelar seorang mahasiswi. Selepas menikmati makan malam, saya dan teman duduk sebentar di ruang tamu. Tiba-tiba si teman pun bertanya satu soalan kepada saya, "eh, erm...ko rasa apa peristiwa yang tak boleh engkau lupakan sepanjang ko duduk dekat sini?" Saya pun tertanya-tanya, kenapa la dia tanya soalan ni kepada saya? Saya pun mula mengerahkan otak untuk bekerja buat seketika...berfikir dan terus berfikir...persoalan teman saya itu membawa saya mengimbas kembali peristiwa dua tahun lepas, ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke Tanjung Malim.
2 tahun yang lalu
Pada ketika ini, kami enam sahabat bersama-sama ke pekan untuk membeli barang keperluan. Perasaan teruja dan gembira masih bersarang dalam diri masing-masing. Tak sabar nak memulakan kuliah, maklumlah pertama kali bergelar mahasiswi...bangga la kononnya. Selesai membeli semua barang keperluan, kami bersiap sedia untuk pulang ke Kolej. Hujan rahmat turun ketika itu mengiringi kepulangan kami...masing2 sibuk berteduh di bawah stesen bas Tanjung Malim sementara menanti ketibaan bas triton untuk pulang ke kolej.
tunggu punya tunggu...bas tak muncul-muncul,batang hidung bas pun tak kelihatan. Kami menanti dengan penuh sabar dan setia. Nak pulang menaiki kereta sapu kami tak berani...jadi terpaksa la menanti bas kolej. Betul la orang kata " penantian itu satu penyiksaan" Orang semakin lama semakin ramai...gusar di hati mula terbit. Saya bermonolog sendiri "dapat ke aku naik bas dengan keadaan hujan dan orang yang ramai ni? nampaknya kena berebut la kalau macam ni " saya menggeleng sendirian...
Akhirnya bas yang dinanti-nantikan pun tiba.Hanya Allah yang tahu bagaimana keadaan ketika itu. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke bas, dah macam semut kerumun gula...saya yang kecik dan comel ni ditolak dari belakang dan tersempit diantara ramai-ramai manusia. Saya cukup kesal dengan sikap pemandu bas yang sangat tidak perihatin dengan keselamatan kami. Seorang teman saya hampir-hampir digilis kakinya dengan tayar bas. Alhamdulillah, mujurlah tayar bas hanya bergeser dengan beg galasnya sahaja, tetapi..kesemua barang yang dibeli sebentar tadi jatuh bertaburan di atas tanah. Cuba anda bayangkan macam mana keadaan tu?
(kat sini la peristiwa tu berlaku)
Masa tu, baru saya tau macam mana manusia ni...macam-macam ragam dan karenah. Masing-masing mementingkan diri. Dalam keadaan kelam kabut dan sesak pada ketika itu, tanpa saya sedari, selipar saya telah dipijak orang dari belakang dan tertanggal daripada kaki. Saya tidak boleh melakukan apa-apa pada ketika itu, hanya mampu memandang ke bawah mecari-cari selipar yang hilang tu. Saya makin tersepit dan orang berasak-asak dari semua penjuru. Lucu bila memikirkan saya hanya memakai sebelah selipar sahaja pada masa tu. Kelibat selipar yang saya sayangi langsung tidak kelihatan.
Saya nekad pulang ke kolej dengan berkaki ayam. Pada masa tu, saya dah tak kisah dan peduli dengan kata-kata orang. Ada yang memandang dengan penuh persoalan, ada yang memandang sinis dan ada jugak yang tersenyum-simpul melihat keadaan saya yang hanya berkaki ayam. Namun, usaha saya berbaloi, saya berjaya juga menaiki bas walaupun dalam keadaan bersesak-sesak.
Tapi saya tak jadi pulang menaiki bas tersebut, saya akur dengan kehendak keadaan...saya turun daripada bas dan memberi laluan kepada yang lain. Mungkin ada hikmahnya, saya ingat hari itu saya memang akan pulang dengan kaki ayam, tapi Alhamdulillah memang sudah rezeki buat saya, selipar yang hilang tu berjaya ditemuai semula di bawah bas. Hanya Allah yang mampu balas jasa orang yang ambil selipar saya tu, hehe...macam cerita Cinderella plak. Mudah-mudahan lelaki yang tolong saya itu akan mendapat ganjaran daripada Allah.
Bila memikirkan peristiwa itu saya akan tersenyum sendirian. Selipar yang banyak meninggalkan kenangan buat saya itu pun, sudah putus setelah setahun lebih saya menggunakan khidmatnya. Walaupun tidak boleh digunakan lagi tapi memori saya dengan selipar tersebut tersemat dibenak fikiran. Selipar oh selipar...mana kan ku cari ganti ? Bila saya cerita kembali peristiwa tersebut kepada rakan-rakan, mereka ketawa dan menganggap ianya perkara yang sangat melucukan. Itulah antara beberapa corat-coret kehidupan saya sepanjang berada di Tanjung Malim ni..
Friday, April 9, 2010
Kenangan yang terindah
sam, rosca and me
makan time...yummy
Program Motivasi Bersama pelajar Sek.Men. Tek Teluk Intan
student Bim.dan Kaunseling yg tak diiktiraf...
ni la yang diorang buat...bukan kerja sia-sia ye
sambil menikmati keindahan ciptaan Allah, meluahkan isi hati...
berkongsi pengalaman dan yang penting mencari ketenangan.

empat sekawan yang tak pernah berenggang...berkepit je mereka berempat ni
ramai orang cemburu...huhuhu

posing dengan kek yang dihasilkan kami
walaupun tak mendapat tempat dihati juri tapi menang dihati kami
kegagalan hari ini bukan halangan untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan
syu, zie dan wani
rakan sekuliah yg sgt memahami dan gile2...lagi2 si wani budu
berkawan dari sem 1 sampai la sekarang...Alhamdulillah jodoh masih dipanjangkan
bersama...mudah-mudahan berkekalan hendaknya hingga akhir hayat
Detik itu semakin hampir
apa yang boleh aku kongsi dengan semua, semester ni agak mencabar sedikit...dihimpit dengan masalah peribadi, kehilangan orang tersayang dan lambakan tugasan...sangat-sangat memberikan tekanan. Hampir suatu ketika aku hampir putus asa dan mahu mengalah. Tetapi, Allah sayangkan aku...Allah masih kurniakan aku keluarga dan sahabat-sahabat yang sangat memahami. Bile di fikir-fikir balik, buat apa mengenang perkara yang lepas,past is past. Mulakan lembaran baru dan semangat baru untuk berjaya...cayok2 Syuhada. Disebalik kesusahan itu ada kemudahan dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.Kini aku rasai nikmat disebalik ujian itu.Syukurlah kerana Allah sentiasa memberi aku petunjuk agar aku tidak jauh tergelincir daripada landasan agamanya.
Sekarang ni kami semua sedang bersiap sedia untuk berjuang di medan peperangan pada tanggal 20hb ni. Ni bukan nak pegi ke Palestin atau Iraq ye...tapi kami akan berperang dengan kertas exam tuk final semester ni. Doakan kami semua berjaya. Walaupun dalam keadaan sibuk dan masa yang sangat mencemburui tapi Alhamdulillah sempat jugak aku mengupdate blog ni.Ni kalau Tuan Haji Ahmad Khair tau aku mencipta perkataan baru ni..mati aku dimarahnya...maaf ye Tuan Haji...erm...perkataan mengupdate bile ditukar kepada Bahasa Melayu disebut sebagai mengemaskinikan...erm,perkataan ni la sebenarnya aku nak tulis tadi tapi tak muncul-muncul plak dia. Ilham baru muncul dari benak fikiran la... Maklumlah dah pagi-pagi buta ni...
Hari ni emosi aku tak stabil la...kejap ok kejap ko..aku pun tak faham lah ape sebenarnya aku nak ni...dah macam orang sakit mental pun ade jugak. Nasib baik la dekat rumah kitaorang ni ade kaunselor tak bertauliah. Sempat la buat sesi kaunseling percuma tadi..thanks rosca pinjam telinga dengar luahan hati yang tah apa-apa tah ni. Moga Tuhan balas jasa kamu terhadap saya (ayat skema yang dah aku ucapkan pada dia secara live tadi) Buat rosca jangan nangis-nangis ye..saya doakan mak kamu cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala (harap-harap rosca baca la blog aku ni ).
Kalau nak diceritakan, banyak aktiviti yang aku sertai sepanjang semester ni...antaranya aku masuk pertandingan menghias kek, pertandingan makan Tuan Yuen dengan limau, perarakan maulidur rasul, explore race dan beberapa aktiviti lain. Semoga ianya menjadi kenangan terindah buat diriku sebelum aku meninggalkan universiti kesayanganku ini. Mudah-mudahan aku berjaya menjadi pendidik yang dapat berbakti kepada anak bangsa suatu hari nanti...satu tugas dan amanah yang sangat berat yang perlu dipikul oleh insan yang bernama Mualim dan Mualimah.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog aku ni. Apa yang baik, ambillah...walaupun sedikit, sekurang-kurangnya bertambah sedikit ilmu sedia ada yang dimiliki. Yang tak baik tu, jangan diikut tetapi jadikan panduan dan peringatan buat kita bersama. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan kekurangan serta kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah. Insyallah dengan izin dan rahmat daripadanya moga kita dapat berjumpa kembali pada semester yang akan datang. Hari-hari terakhir seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris sebelum melangkah ke alam pekerjaan....doakan yang terbaik...peace dan Assalamualaikum...
Wednesday, March 24, 2010
Nyet2...
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Malam semalam adik sy call bagitau kucing saya baru je mati...wawawa, sedih sgt. Lepas ni tak de lagi kawan saya dekat rumah, mesti sunyi je. Saya bela kucing tu sejak dia kecik lagi, sekitar tahun 2005 sampai la sekarang. Adik cakap dia mati dalam tandas sebab muntah darah. Saya tau kucing saya tu bukan kucing yang aktif, dia dah lame sakit...dia tak boleh main sangat,sebab nanti dia akan kepenatan. Walaupun kucing tu kucing betina tapi dia tak boleh beranak...kesian dekat Nyet2...
kehadiran Nyet2 memeriahkan suasana keluarga kami, teman mak dan arwah abah. Orang selalu tanya kenapa nama dia Nyet2? name dia agak lucu kan? nama tu mak yang bagi sebab masa kecik suara dia halus je dan berbunyi "nyet..nyet.." sebab tu la kami panggil dia nyet2. Dia comel sangat..ditambah plak dengan mata yang warna biru. Nyet2 tak rapat dengan orang yang dia tak kenal, kalau ada tetamu atau saudara mara datang mesti dia akan nyorok bawah katil.
Saya ni dah macam mak dia, kalau dia nak makan...sakit...nak tido saya yang kena uruskan. Dia tau bile saya sedih dan marah. Adik saya selalu cakap sy gile sebab cakap dengan kucing.Tapi saya tak kisah orang nak cakap ape ,walaupun dia binatang tapi saya tau dia faham pe yang saya cakap. Memang tak dinafikan binatang peliharaan tu boleh jadi terapi tuk kite, lagi2 bile time tengah marah atau tetekan. Saya akui benda tu, kadang bile nak marah...saya pegi dekat dia,main2 dengan dia...panas dekat hati pun kurang sebab tgk muke Nyet.
haiwan yg bernama kucing ni sangat unik dan istimewa. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan kucing byk mendatangkan manfaat kepada manusia. Sy pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa kucing berfungsi sebagai mod terapi khususnya untuk warga emas dan orang "OKU". Menurut kajian ni, kebanyakkan kanak-kanak yang membesar bersama haiwan peliharaan khususnya kucing akan lebih berjaya dalam kehidupan dan pergaulannya apabila dewasa nanti.
kajian di USA mendapati 94% daripada ketua eksekutif di sana memiliki binatang peliharaan semasa kecik dan kanak-kanak yang mempunyai binatang peliharaan di rumah, dia lebih memahami orang lain, de sifat perihatin yang tinggi, penyayang dan lebih bertanggungjawab. kenyataan ini berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dan mungkin ada benarnya.
Selain itu, tindakan membelai kucing juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2 % lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan. Malahan risiko untuk mengidap penyakit jantung pun rendah. Binatang peliharaan membantu tuannya mendapatkan kesihatan psikologi yang baik antaranya menjauhkan gejala kemurungan, keseorangan dan kecemasan.
Jadi saya rase, pemergian Nyet2 satu kehilangan yang besar buat keluarga kami. Walaupun orang cakap "patah tumbuh hilang berganti" tapi...yang baru tak kan sama dengan yang lama. Kenangan bersama Nyet2 tersemat di dalam sanubari.










