Friday, April 9, 2010

Detik itu semakin hampir

Sedar tak sedar dah hampir empat bulan berlalu...sekejap sungguh masa beredar,macam baru semalam je rasenya mendaftar untuk semester ni. Alhamdulillah, pengajian semester ni berjalan dengan lancar dan semua urusan yang perlu dilunaskan berjaya dilaksanakan. Semua ni berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua...exp my bes pren rosca,siti,sam,sufi n sabe...kalau nk sebut dekat sini banyak...tak cukup nak list. Tanpa sokongan daripada korang semua mungkin aku tak sampai ke tahap ni..cewah macam menang award plak kan.

apa yang boleh aku kongsi dengan semua, semester ni agak mencabar sedikit...dihimpit dengan masalah peribadi, kehilangan orang tersayang dan lambakan tugasan...sangat-sangat memberikan tekanan. Hampir suatu ketika aku hampir putus asa dan mahu mengalah. Tetapi, Allah sayangkan aku...Allah masih kurniakan aku keluarga dan sahabat-sahabat yang sangat memahami. Bile di fikir-fikir balik, buat apa mengenang perkara yang lepas,past is past. Mulakan lembaran baru dan semangat baru untuk berjaya...cayok2 Syuhada. Disebalik kesusahan itu ada kemudahan dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.Kini aku rasai nikmat disebalik ujian itu.Syukurlah kerana Allah sentiasa memberi aku petunjuk agar aku tidak jauh tergelincir daripada landasan agamanya.

Sekarang ni kami semua sedang bersiap sedia untuk berjuang di medan peperangan pada tanggal 20hb ni. Ni bukan nak pegi ke Palestin atau Iraq ye...tapi kami akan berperang dengan kertas exam tuk final semester ni. Doakan kami semua berjaya. Walaupun dalam keadaan sibuk dan masa yang sangat mencemburui tapi Alhamdulillah sempat jugak aku mengupdate blog ni.Ni kalau Tuan Haji Ahmad Khair tau aku mencipta perkataan baru ni..mati aku dimarahnya...maaf ye Tuan Haji...erm...perkataan mengupdate bile ditukar kepada Bahasa Melayu disebut sebagai mengemaskinikan...erm,perkataan ni la sebenarnya aku nak tulis tadi tapi tak muncul-muncul plak dia. Ilham baru muncul dari benak fikiran la... Maklumlah dah pagi-pagi buta ni...

Hari ni emosi aku tak stabil la...kejap ok kejap ko..aku pun tak faham lah ape sebenarnya aku nak ni...dah macam orang sakit mental pun ade jugak. Nasib baik la dekat rumah kitaorang ni ade kaunselor tak bertauliah. Sempat la buat sesi kaunseling percuma tadi..thanks rosca pinjam telinga dengar luahan hati yang tah apa-apa tah ni. Moga Tuhan balas jasa kamu terhadap saya (ayat skema yang dah aku ucapkan pada dia secara live tadi) Buat rosca jangan nangis-nangis ye..saya doakan mak kamu cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala (harap-harap rosca baca la blog aku ni ).

Kalau nak diceritakan, banyak aktiviti yang aku sertai sepanjang semester ni...antaranya aku masuk pertandingan menghias kek, pertandingan makan Tuan Yuen dengan limau, perarakan maulidur rasul, explore race dan beberapa aktiviti lain. Semoga ianya menjadi kenangan terindah buat diriku sebelum aku meninggalkan universiti kesayanganku ini. Mudah-mudahan aku berjaya menjadi pendidik yang dapat berbakti kepada anak bangsa suatu hari nanti...satu tugas dan amanah yang sangat berat yang perlu dipikul oleh insan yang bernama Mualim dan Mualimah.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog aku ni. Apa yang baik, ambillah...walaupun sedikit, sekurang-kurangnya bertambah sedikit ilmu sedia ada yang dimiliki. Yang tak baik tu, jangan diikut tetapi jadikan panduan dan peringatan buat kita bersama. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan kekurangan serta kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah. Insyallah dengan izin dan rahmat daripadanya moga kita dapat berjumpa kembali pada semester yang akan datang. Hari-hari terakhir seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris sebelum melangkah ke alam pekerjaan....doakan yang terbaik...peace dan Assalamualaikum...



zwani.com myspace graphic comments




zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, April 7, 2010

Mawwadah - Akibat Cinta Dunia

zwani.com myspace graphic comments


Salam buat semua...

Semoga kita bersama-sama menghayati bait-bait kata di dalam lagu ini. Rasanya bukan semua daripada kita tahu tentang kumpulan nasyid Mawaddah,jadi kepada yang baru sahaja mengenali kumpulan ini semoga anda terhibur dan jadikanlah inti pati penyampaian mereka di dalam lagu ini sebagai bahan tarbiah bersama.Mari kita renung dan berfikir sejenak sejauhmana cinta kita kepada yang Esa. Adakah cinta kepada dunia melebihi rasa kecintaan kita kepada Allah?Tepuk dada tanya iman...peringatan untuk diri yang menulis juga. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah...salam



Akibat Cinta Dunia

Album : Tsunami pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cintakan dunia yang membawa perpecahan
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan

Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

(ulang rangkap 2)





zwani.com myspace graphic comments


Monday, April 5, 2010

Jika Aku jatuh cinta

zwani.com myspace graphic comments


Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta
Cintakan aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku
pada seseorang yang merinduiMu
dan syahid di jalanMu

Ya Allah
jika aku menikmati
cinta kekasihmu
janganlah nikmat itu
melebihi nikmat indahnya
bermunajat di sepertiga malam

Ya Allah
jika kau halalkan
aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada Mu





Insan Istimewa



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Akhwat sejati

( Burhan Sodiq, Engkau memang cantik)

Untuk perkongsian bersama…


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan, tapi…daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan pada orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamerkan kepada sesiapa pun kecuali pada mahramnya. Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapa pun, di manapun dia berada. Tidak ada perbendaharaan kata “ cemburu buta dalam kamus kehidupannya. Dia sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tidak pernah menuntut apa-apa yang tiada ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawaduk adalah pakaian yang sentiasa dia pakai sepanjang masa.


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyanyangi sesiapa pun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangkannya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati selalu berusaha dia cipatakan dalam alur kehidupan berumah tangga. Sentiasa menyokong dakwah suami dan menderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhah terlebih hal-hal yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya air mata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang meresap tajam daripada tiap nada bicara yang keluar daripada bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah Al-Quran dan banyaknya hadis dihafal, tetapi daripada teguhnya dan konsistensinya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum mengetahui dan memahami. Al-Quran dan Sunnah dijadikan sebagai penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.



Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat serta murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhwat sejati nescaya akan membuat iri hati dan cemburu para bidadari, menjadi dambaaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka yang memiliki roh dakwah dan johadiyah, serta para hamba Allah yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…



bersama-samalah kita berusaha menjadi akhwat yang sejati...