Friday, May 4, 2012
Kisah pengemis dan Rasulullah
Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi ia lalui dengan selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".
Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?",tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
Monday, April 23, 2012
LEBIH BAIK
"tak salah berundur selangkah ke belakang supaya langkah mendatang 10 kali lebih pantas dari sebelumnya."
Trifle
Resepi Trifle
Bahan- bahan
Jelly Cristal ( jenama Nona) - 1 Paket
Susu cair - Jenama saji/lain-lain - 1 tin
Tepung Kastard - 2/3 sudu
Kek gulung - 1 biji
Gula - 2 sudu
Koktail buah - 1 tin
Cara penyediaan :
1. Masak susu cair dengan api yang perlahan
2. Masukkan 2 sudu gula pasir
3. Masukkan air koktail buah
* pastikan isinya diasing terlebih dahulu.
4. Masukkan tepung kastard yang telah dicampur dengan sedikit air
5. Kacau sehingga pekat.
6. Potong kek gulung dan susun ke dalam bekas/ cawan
7. Apabila campuran susu cair tadi telah masak, tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi kek gulung.
8. Taburkan buah-buah segar/ isi koktail yang diasingkan sebentar tadi di atasnya.
9. Masak cristal jelly, dan biarkan sejuk seketika
10. Kemudian, tuangkan cristal jelly ke dalam bekas campuran kek gulung
* Resepi ini amat mudah dan ringkas. Selamat mencuba.
Saturday, April 21, 2012
DAIE NADA - ASTAGHFIRULLAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lepas saya berkesempatan mendengar sebuah lagu mendidik jiwa, nyanyian Da'i Nada dari Negara seberang. Lagu ini diberikan oleh seorang sahabat untuk didengari. Secara jujurnya saya kurang meminati lagu-lagu nasyid dari Indonesia. Mungkin tidak serasi dengan jiwa.
Tapi, lagu ini sangat berbeza. Amat terkesan di hati. Saya putar dan terus memutarkannya untuk kesekian kali. Sangat menyentuh naluri keperempuanan saya. Sambil mendengar, saya merenung jauh di luar jendela, terbit manik jernih di tirai mata. Diri lantas bermonolog sendirian
" Ya Allah, tidak terhitung banyaknya dosa yang aku lakukan, semoga pintu keampunan masih terbuka buatku." Astaghfirullah....
Pencarian
Suatu ketika, seorang guru yang bijaksana sedang berteduh di bawah sepohon pokok yang agak besar dan rendang. Bersamanya seorang pelajar yang masih muda tetapi gemar bertanya dan mengutip pengalaman daripada yang lebih berusia darinya.
“Guru, bagaimana kita dapat mencari pasangan hidup yang sejati? Bolehkah guru membantu saya?” Tiba-tiba pelajar itu menyoal.
Sang guru tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung jauh ke tengah kehijauan padang.
“Wahai muridku, saya akui soalanmu ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....” Sang guru membuka bicara.
“Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk mundur semula. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput paling cantik, ambil dan berikan kepada saya.”Sang guru mengarahkan.
Tanpa banyak bicara, pelajar itu menurut. Langkahnya diatur ke tengah padang yang luas. Dia berjalan sambil matanya melilau mencari sehelai rumput paling cantik menurut perkiraannya untuk diberikan kepada sang guru.
Namun, selang beberapa ketika…
“Saya tidak melihat sehelai rumput pun pada tanganmu?” Sang guru bertanya bila dilihat pelajarnya itu kembali ke bawah pohon besar dengan tangan kosong.
“Saya berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja mata saya tertancap pada sehelai rumput yang saya rasakan paling cantik, hati saya pula menyanggah : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini.
Lalu, rumput itu saya tinggalkan dan pencarian diteruskan. Namun akhirnya, tanpa saya sedari saya sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...” Ujar pelajar itu dalam nada keletihan.
Mendengar jawapan balas pelajarnya, sang guru yang bijaksana tersenyum penuh makna.
“Inilah realiti hidup....Padang yang luas itu, umpama masa, rumput-rumput yang banyak itu umpama orang ramai di sekelilingmu, manakala rumput yang cantik pula adalah individu yang menarik perhatianmu. Justeru, keadaanmu tadi banyak berlaku dalam hidup manusia dalam mencari cinta sejati. Mereka mencari, bertemu yang menambat hati, tetapi dek mengenangkan mungkin ada yang lebih baik dari yang telah ditemui, mereka teruskan mencari sehingga tanpa sedar, sudah banyak masa yang terbuang, sudah banyak tenaga yang hilang. “ Sang guru menjelaskan penuh hikmah.
“Oleh itu, dengarkan nasihatku ini. Dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...” Sang guru menutup bicara disambut anggukan yang tidak putus dari pelajarnya.
Tuesday, March 27, 2012
Contoh Rancangan Pengajaran Harian(mudah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, cara membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang lebih mudah. Format ini disarankan oleh pihak nazir sekolah. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai "lesson plan" merupakan satu lembaran kerja yang perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan pengajaran. RPH berperanan sebagai garis panduan kepada guru-guru dalam membantu melancarkan proses P&P di dalam kelas.
------------------------------------------------------------------
Contoh RPH
Mata pelajaran :
Kelas :
Masa :
Tajuk :
Objektif, pelajar dapat ;-
1.
2.
3.
Aktiviti :
1.
2.
3.
Pencapaian pelajar/ Refleksi :
--------------------------------------------------------
Mudahkan? Format ini lebih ringkas berbanding yang asal. Umum mengetahui bahawa tugas guru bukan sekadar mengajar, bahka guru juga perlu melaksanakan kerja sampingan yang lain. Ekoran daripada kekangan tersebut, format mudah ini sangat membantu. Selamat mencuba.
Saturday, March 10, 2012
PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL
- Sebelum kedatangan pengaruh India, masyarakat Asia Tenggara mempunyai budayanya yang tersendiri. Contohnya mengamalkan sistem kepercayaan Animisme.
Kepercayaan animisme dikaitkan dengan pemujaan semangat alam
- Mulai abad ke 3 Masihi, Asia Tenggara telah menjalin hubungan dengan India. Kesannya budaya India telah meresap masuk ke dalam corak kehidupan masyarakat Asia Tenggara, antaranya :-
- Kepercayaan dan agama
- Sistem pemerintahan beraja
- Kesenian dan kesusateraan
- Budaya tersebut masih kekal pada hari ini. Contohnya, Agama Buddha yang masih diamalkan di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam
CARA-CARA KEDATANGAN PENGARUH HINDU BUDDHA
Terdapat beberapa pendapat berkaitan kedatangan pengaruh Hindu Budda.
- Disebar oleh golongan ksaytria @ tentera
Dibawa oleh golongan tentera semasa menakluk negeri-negeri Asia Tenggara
- Disebar oleh golongan pedagang
- Disebar oleh golongan Brahmin
Golongan Brahmin merupakan golongan atasan di India yang mempunyai ilmu pengetahuan khususnya dalam aspek keagamaan.
- Mengambil budaya India yang menarik sahaja dan diadaptasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.
- Contohnya, jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam berciri Asia Tenggara di Srivijaya iaitu arca dengan ikatan tali kulit harimau
- Berdasarkan beberapa pendapat di atas, kebanyakkan sejarawan bersetuju dengan pendapat yang ke empat.
- Proses pengambilan budaya India oleh pemerintah tempatan di Asia Tenggara adalah berbeza-beza.
- Kedah Tua - Buddha
- Dieng, Indonesia - Hindu
- Takuapa & Pulau Bangka - Hindu Vishnu
- Sumatera dan Jawa - Buddha Mahayana.
Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kemboja yang merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-9 dan abad ke-15 Masihi. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha.
Wednesday, March 7, 2012
Teks Pengacara Majlis( Sambutan Maulidur Rasul SMKBBS)
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Yang
berusaha,puan pengetua
____________________________
yang
dihormati, guru penolong kanan 1
___________________________
Guru penolong kanan HEM
___________________________
Guru penolong kanan kokurikulum
____________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta
para pelajar sekalian.
Pengenalan
Rabiul awal merupakan bulan kelahiran
rasulullah s.a.w. Umat islam merayakan sambutan majlis maulidur rasul sebagai mengingati sejarah
perjuangan baginda s.a.w. Untuk menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada
baginda. Baginda merupakan contoh teladan yang paling agung dalam sejarah
kehidupan manusia. Justeru itu, pihak panitia pendidikan islam smk bandar baru
serting telah merancang program sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang
bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah “. Semoga ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar
khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai
role model dalam kehidupan.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
__________________________________untuk bacaan doa.
Amin,amin ya robal’alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
di atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya marilah kita bersama-sama
mengalunkan bacaan zikir Asmaul Husna.
Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Pn. pengetua untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis
sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada hari ini.
Majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua untuk sesi penyerahan kain rentang kepada setiap tingkatan.
Terima kasih diucapkan kepada puan
pengetua
Pelajar diberi masa 15/20 minit untuk
membuat persiapan perarakan.
Pada pukul 8.20 pelajar diminta
berkumpul semula untuk memulakan majlis perarakan.
Majlis menjemput En Mohd Kamsidi untuk
mengetuai bacaan selawat.
· Majlis
perarakan bermula.
Teks untuk Majlis yang ke 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha,puan pengetua
______________________________
yang dihormati, guru penolong kanan
1
______________________________
guru penolong kanan HEM
______________________________
Guru penolong kanan Kokurikulum
____________________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta
para pelajar sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadratnya
kerana kita masih diberi peluang untuk bersama-sama di dewan yang penuh barakah
ini bagi mengikuti slot pengisian ilmu bersempena dengan sambutan Maulidur
rasul peringkat sekolah. Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan
biodata penceramah kita pada hari ini.
Nama :
Umur :
Asal :
Stasus /Keluarga :
Jawatan terkini :
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah
di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang
disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.Insyallah.
Kini tibalah masa yang
dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan
pertandingan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Bagi
menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
____________________________________untuk menyampaikan hadiah dengan diiringi
oleh ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada
_____________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Seterusnya majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak penceramah.
Begitulah tadi berakhirnya acara
penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan bagi yang kurang berjaya
jangan berputus asa,teruskan usaha di masa yang akan datang.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak di dalam menjayakan majlis ini.
Saya sebagai pengacara majlis pada
hari ini, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.
Sehingga kita bertemu lagi di lain
kesempatan.
Felda di Jempol
Penubuhan
Felda pada tahun 1956 melalui usaha mantan Perdana Menteri Malaysia yang
kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein telah menjadi titik tolak kepada
peningkatan ekonomi orang melayu di luar Bandar. Sejarah pembukaan tanah
rancangan di Negeri Sembilan bermula sekitar tahun 1960 dengan pembukaan LBJ
Sendayan dan Sungai Lui.
Namun begitu, dua tanah rancangan iaitu Kampung LBJ
dan Sendayan yang terletak di Daerah Seremban telah dikeluarkan daripada FELDA
berikutan pengambilalihan kerajaan Negeri Sembilan bagi tujuan pembangunan.
Malahan pengambilalihan kedua-dua tanah rancangan ini masih bertunjangkan prinsip
“ menang-menang “.
|
Bil
|
Rancangan
|
Luas kampung
|
Luas
Rancangan
|
Jumlah peneroka
|
|
|
1
|
Bukit
Rokan Barat
|
107.69
|
896.69
|
193
|
|
|
2
|
Sungai
Lui
|
23.79
|
505.04
|
130
|
|
|
3
|
Lui
Barat
|
81.88
|
844.05
|
191
|
|
|
4
|
Lui
Muda
|
66.41
|
979.35
|
213
|
|
|
5
|
Lui
Selatan 1
|
153.78
|
1274.52
|
243
|
|
|
6
|
Lui
Selatan 2
|
157.03
|
1207.08
|
251
|
|
|
7
|
Lui
Timur
|
173.04
|
2426.87
|
540
|
|
|
8
|
Palong
1
|
220.73
|
2340.90
|
441
|
|
|
9
|
Palong
2
|
146.54
|
1880.15
|
534
|
|
|
10
|
Palong
3
|
112.00
|
2183.33
|
512
|
|
|
11
|
Palong
4
|
277.80
|
2381.44
|
514
|
|
|
12
|
Palong
5
|
103.14
|
2164.46
|
506
|
|
|
13
|
Palong
6
|
369.50
|
2408.32
|
486
|
|
|
14
|
Palong
7
|
242.19
|
2542.95
|
558
|
|
|
15
|
Palong
8
|
105.12
|
2892.21
|
660
|
|
|
16
|
Palong
9
|
0.00
|
1177.58
|
259
|
(
Sumber : Maklumat Asas Felda Raja Alias, Januari 2010 )
Berdasarkan
maklumat terkini, di Daerah Jempol sahaja terdapat 50 tanah rancangan ianya merangkumi enam di Gemas, tiga di Tampin dan Jelebu. Manakala satu terletak di
Kuala Pilah. Pengagihan jenis tanaman di tanah-tanah rancangan dapat dipecahkan
kepada beberapa bahagian.
14 tanah rancangan mengusahakan kebun getah, 7 tanah
rancangan kelapa sawit dan 22 tanah rancangan yang mengusahakan kedua-duanya. Seluas 88509.41 hektar tanah telah dimajukan oleh FELDA di Negeri
Sembilan. Seluas 75752.81 hektar atau 84 peratus adalah kawasan berpeneroka.
12568.10 hektar atau 14.2 peratus kawasan ladang yang diurustadbir oleh Felda
Plantations Sdn.Bhd (FPSB) dan 188.50 hektar atau 0.2 peratus diurustadbir oleh
Felda Agricultural Services Sdn.Bhd (FASSB).
Jadual di atas menerangkan maklumat kawasan
Felda Raja Alias khususnya di sekitar Jempol.
Subscribe to:
Posts (Atom)









