Gereja Roman Katolik pada peringkat awalnya telah diorganisasikan di bawah lima orang patriarck, para bishop dari Baitulmuqaddis, Antioch, Alexandria, Constantinople dan Rom. Namun begitu, bishop dari Rom telah diiktiraf oleh semua patriarck sebagai yang paling penting berbanding bishop-bishop yang lain. Bishop Rom mempunyai peluang yang lebih besar untuk menonjolkan diri kerana kota Rom pada ketika itu berfungsi sebagai pusat pemerintahan.
Kerajaan Rom telah berjaya meluaskan tanah jajahannya di sekitar Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara dan hal ini secara tidak langsung telah mengakibatkan status dan pengaruh bishop menjadi semakin besar apabila Rom telah menjadi ibu kota kerajaan. Sekiranya berlaku percanggahan pendapat berkaitan sesuatu doktrin atau prosedur, bishop Rom akan dirujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan. Akan tetapi, selepas ibu kota telah berpindah ke Constantinople, pengaruh bishop Rom telah terjejas. Rommendakwa bahawa St Peter yang telah meninggal dunia di Rom itu merupakan Pope yang pertama dan St. Paul, Constantinople pula merupakan tempat tinggal Maharaja dan Senat.
Melalui kejayaan Apostolik, Gereja ini percaya bahawa ianya merupakan kesinambungan daripada sekumpulan orang Kristian yang diasaskan oleh Yesus dengan menyucikan Santo Petrus (gelaran bagi orang yang mempunyai keramat dalam agama kristian). Gereja ini menetapkan doktrin-doktrinnya melalui pelbagai konsili Ekumenis, mencontohi Rasul pertama dalam Konsili Baitulmuqaddis.Sepanjang dua ribu tahun, Gereja Katholik ini merupakansalah satu institusi gereja tertua di dunia yang berperanan penting dalam sejarah tamadun barat sejak abad ke-4.
Pada abad ke-11, perpecahan besar telah berlaku di dalam gereja tersebut, yang dikenali sebagai Perpecahan Akbar. Ianya berlaku antara penganut Kristian Timur dan Barat yang disebabkan oleh percanggahan tentang kepausan. Gereja-Gereja Timur tetap menjalinkan kerjasama dengan paderi besar Rom iaitu Pope untuk membentuk Gereja-Gereja Katolik Timur. Manakala Gereja-Gereja yang berada di luar kekuasaan Pope dikenali sebagai Gereja-Gereja Ortodoks Timur. Padaabad ke-16, wujud satu tanggapan berkaitan dengan reformasi Protestan di Eropah Barat. Gereja ini menyelenggarakan segala proses pembaharuan dan pengubahsuaian dalaman yang dikenali sebagai perbezaan-Reformasi.
Nama saya Nur Syuhada. Saya bangga dan suka dengan nama yang arwah abah bagi ni. Tapi, dalam masa yang sama, saya ada banyak nama gelaran lain Sue, Syu, Ada, Suha, Syuai dan nama yang paling saya tak suka dengar ialah sodak. Benci betul dengan panggilan tu, yang peliknya ramai pula yang panggil begitu termasuk la adik-beradik saya. Abah bagi nama punya la sedap, ke situ jadinya. Sampai dewasa ni, nama tu masih melekat di bibir jiran- jiran.
Saya suka binatang, lagi-lagi kucing. Ia binatang yang sangat comel. Saya mula memelihara kucing sejak kecil lagi dan nyet-nyet ialah kucing terakhir saya. Lucu bila dikenang-kenang. Saya rindu zaman kanak-kanak. Kenangan membela berudu di rumah. Setiap kali hujan ,air longkang di hadapan rumah akan melimpah. Jadi, air akan bertakung dan katak mula bertelur. Saya akan bersiap sedia dengan container dan tempurung kelapa untuk menangkap berudu. Mungkin waktu tu saya fikir berudu sama macam ikan. Boleh dibela. Kemudian, pernah juga saya tangkap berudu di longkang sekolah agama rakyat. Kalau mak tau, mesti mak marah. Emak suruh pergi sekolah untuk dapatkan ilmu, tapi lain yang dibuatnya.
Dahulu, rumah saya ada banyak tikus. Maklumlah rumah papan. Walaupun ada kucing, tapi tikus susah nak ditangkap. Sangat licik. Mak cukup tidak suka dengan tikus sebab selalu makan kain dalam almari. Habis kain baju dalam almari koyak rabak. Suatu hari, sewaktu bermain di bawah rumah, saya terdengar suatu suara pelik. Halus dan nyaring. Cari punya cari, rupa-rupanya bunyi anak tikus. Mungkin baru dilahirkan. Kecil sahaja, sebesar ibu jari saya. Saya rasa anak tikus tu sangat comel dan terfikir untuk membelanya. Lalu, saya ambil sebuah kotak mancis dan memasukkan anak tikus tersebut. Keesokan harinya, saya tengok anak tikus sudah tiada. Hancur harapan saya. (berangan nak bela sampai besar) Rasa nak tergelak pun ada juga bila difikir-fikir.
Binatang yang saya teringin sangat nak bela ialah hamster dan arnab. Saya sangat cemburu dengan jiran yang ada arnab dekat rumah. Dulu ada seorang jiran yang saya panggil Cik Awie. Cik Awie ternak beberapa ekor arnab, saya sering datang ke belakang rumah beliau semata-mata nak tengok arnab. Rasa tak nak balik. Saya ada cakap dengan abah nak bela arnab, tapi abah buat tak endah. Mungkin abah tak de duit nak beli dan buat reban arnab waktu tu. Alhamdulillah, tahun lepas saya berkesempatan menyertai satu program yang dianjurkan oleh kolej iaitu Sahabat Alam Enigma. Saya telah menjadi sukarelawan untuk memberi khidmat baki di Zoo Negara. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Rasa nak keje dekat Zoo pulak ^_^
23 November 1987, Pasangan Steven selamat melahirkan seorang puteri comel yang diberi nama Rosca@cha. Kini bayi perempuan tersebut telah mencecah usia 23 tahun. Terlalu pantas benar masa berlalu. Tahniah kepada En. Steven kerana melahirkan seorang insan yang baik dan cemerlang. Sempena ulang tahun kelahiran beliau, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dalam kehidupan. Kami telah membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran beliau. Harap beliau gembira ^_^
p/s lepas ni tak tau bila lagi dapat meraikan hari lahir sebegini lagi...
Hari ini saya banyak melakukan kesilapan. Maaf andai tingkah laku saya menjengkelkan kalian. Saya berusaha untuk memperbaiki diri. Maaf meletakkan gambar anak tikus. Saya tahu gurauan itu agak keterlaluan. Saya benci dengan sikap saya yang suka menyusahkan orang lain. Maaf andai saya banyak memberi momen pahit pada kalian. Saya akan bersikap lebih matang.
Saya juga menyusun sepuluh jari pada yang berkenaan sebab tak mampu menjadi teman yang baik. Tidak peka dengan perasaan kalian. Tidak peduli dengan rasa hati kalian. Memang saya bukan teman yang baik. Maaf, maaf dan maaf. Saya tak ada kekuatan untuk meluahkan perkataan itu di hadapan kalian. Lega dapat melepaskannya di sini.
Kalian memang insan yang baik. Rasa diri ini tak layak berteman dengan kalian. Bagai enggang dengan pipit. Kita jauh berbeza. Saya tak mampu menjadi orang lain. Maafkan saya. Kini hati saya rasa pedih, walaupun kesalahan itu saya yang lakukan. Maaf, saya bukan tidak suka kalian menjerit. Tapi tindakan tersebut sangat mengejutkan saya.
Saya rasa kerdil. Kamu sangat baik buat saya. A_sh_n...Kamu boleh dapat insan yang lebih baik daripada saya. Saya sering menyakiti hati kamu. Saya selalu menyusahkan kamu. Saya tidak hirau dengan perasaan kamu, dan sangat pentingkan diri sendiri. Maaf, maaf dan maaf. Terima kasih kepada kalian yang sudi berkongsi kasih dan sayang kepada saya selama ini. Moga Allah merahmati kita.
Untuk dikongsi bersama...
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Syuhada Morris Abdullah
19 november 2010
3.00 am..
Sinopsis Novel seorang tua di kaki gunung mendapat tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA- Yayasan Sabah II (1981) memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya ialah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.
Komen Cuti seminggu di rumah along dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sedar tak sedar, saya berjaya mengkhatamkan 3 buah novel. Salah satu daripadanya ialah buku" Seorang tua di kaki gunung" karya Azizi Haji Abdullah. Buku ini sangat menarik untuk dibaca. Pengarang berjaya menyerlahkan watak Tukya dengan sangat baik. Saya seolah-olah merasai sendiri pengalaman bersama Tukya ke kaki gunung mencari misan lebah untuk Lamin, dapat melihat keindahan tumbuhan hutan di kaki gunung dan paling menyayat hati saat Tukya di timpa batang cengal. Terasa kesakitan dan kepayahan Tukya.
Nek Besah yang sabar dengan keletah Tukya, seorang isteri yang taat. Hati tersayat bila Tukya menyuruh Besah memotong pehanya ketika dia dihempap cengal sebesar 2 pemeluk. Cecair merah yang mengalir terasa panas mengenai bumi.Sungguh Tukya insan cekal yang tegas dengan prinsip hidupnya. Namun, kedegilan Tukya akhrinya membinasakan dirinya.
Saya terfikir, sebenarnya ramai insan seperti Tukya.Walaupun tidak dilimpahi dengan kesenangan harta namun mereka selesa dan bahagia tinggal di Kampung. Mereka ada alasan sendiri kenapa berbuat demikian. Peringatan untuk kita bersama walau sekaya mana kita, walau sehebat mana pun kita, tanyalah pada diri...siapa kita dan dari mana asal usul kita.
P/s Saya bangga dilahirkan sebagai anak peneroka. ^_^ Walaupun orang kata tinggal di tempat yang corok, jauh dari pembangunan, tapi saya tak kisah. Saya membesar di sana dan disitulah jiwa saya.
BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel yang terkenal kerana membunuh ramai penduduk Palestin, Areil Sharon yang kini koma sejak tahun 2006 akibat diserang strok semasa masih memegang jawatan itu telah dipindahkan dari sebuah hospital ke rumahnya di selatan Israel semalam.
Anggota-anggota perubatan membawa Sharon yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki sebuah ambulans berwarna kuning yang diiringi para pengawal keselamatan.
Sharon yang berusia 82 tahun menunjukkan 'maklum balas minimum' dan tidak ada petanda beliau akan pulih daripada koma.
Menurut seorang pegawai Hospital Tel Hashomer, Dr. Shlomo Noi, tindakan membawa beliau pulang ke rumah adalah bagi membolehkan beliau dirawat dalam persekitaran keluarga berbanding di hospital.
Tokoh politik kontroversi itu menjadi Perdana Menteri dari tahun 2001 sehingga 2006 apabila beliau diserang strok sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan koma.
Ekoran Sharon diserang strok, jawatan Perdana Menteri kemudiannya dipangku oleh Ehud Olmert.
Beliau dirawat dengan rapi di Hospital Tel Hashomer. Pengarah hospital itu, Dr. Zeev Rothstein menyifatkan Sharon berada dalam keadaan sedar yang tidak sepenuhnya.
"Beliau memerlukan bantuan dalam semua aktiviti harian," kata Zeev kepada saluran televisyen Israel, Channel 10 .
Sharon yang mempunyai dua orang anak lelaki itu dijangka akan dihantar ke hospital yang sama untuk pemeriksaan biasa.
Pada 1982, semasa Sharon menjadi Menteri Pertahanan Israel, tentera negaranya mengepung kem Sabra dan Shatila di Lebanon yang menempatkan pelarian Palestin.
Anggota-anggota tentera Israel yang mengepung kem tersebut membantu serangan militia Kristian Maronite Lebanon yang menyebabkan di antara 800 dan 3,500 penduduk awam Palestin di kedua-dua kem berkenaan terbunuh.
Pembunuhan itu menyebabkan Sharon dilabel sebagai Penyembelih Beirut.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau dikatakan merancang plot untuk membunuh pemimpin pertubuhan Pembebasan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat.
Pada April 2002, semasa Sharon memegang jawatan Perdana Menteri, anggota-anggota tentera Israel diarah mengepung pejabat Yasser di Ramallah, Tebing Barat.
Tahukah anda disebalik peristiwa Ambon? Pernahkah anda mendengar atau mengetahui akan kewujudan wilayah ini? Ambon meninggalkan seribu kenangan berdarah kepada warganya. Sedang leka mencari bahan berkaitan konsep negara bangsa di Indonesia, saya tertarik untuk berkongsi sedikit berkaitan peristiwa Ambon. semoga ianya menjadi iktibar dan pedoman agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali.
Penubuhan sebuah Negara Bangsa bukan semudah yang dicanang-canangkan. Malaysia giat mempromosikan 1 Malaysianya. Ya, pujian wajar diberikan kerana ia usaha yang positif. Namun dalam keadaan hari ini, kita lihat sesama muslim masih menebal semangat kepuakan dan kenegerian, mampukah matlamat itu direalisasikan? Fikir-fikirkanlah. Andai sesama muslim masih bercakaran, berusaha menonjolkan ideologi masing-masing, mampukah kita bersatu? Realiti atau fantasi. Syukur, di Malaysia walaupun keadaannya begini namun tidak seteruk yang dialami oleh negara jiran kita, Indonesia.
Kita sering diberitahu oleh guru bahawa Indonesia merupakan sebuah negara bangsa.Penduduk Indonesia berbangga dengan identiti Indonesianya. Cukup sekadar mendengar namanya sahaja, kita sudah mengetahui bahawa dia seorang Indonesia. Sama ada dia seorang Cina mahupun Melayu. Budaya minoriti telah berjaya diasimilasikan mengikut budaya masyarakat setempat. Pelaksanaan Negara Bangsa menuntut banyak pengorbanan, tidak terkecuali pengorbanan jiwa. Indonesia didiami oleh majoriti penganut agama Islam dan Kristian. Tulisan ini bukan mahu menyentuh akan sensitiviti mana-mana agama, akan tetapi mari kita bersama-sama mengambil ibrah daripada peristiwa ini.
Ambon
Pulau Ambon terletak di Kepulauan Maluku. Majoriti penduduk menganut agama Islam dan Kristian. Detik berdarah bermula pada tanggal 19 Januari 1999. Seorang lelaki yang sedang menunggang basikal, telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah bas.Penunggang basikal itu cedera akibat daripada kemalangan tersebut. Ekoran daripada itu, berita tentang kemalangan tadi telah merebak dengan meluas kerana kebetulan penunggang basikal yang cedera itu seorang muslim manakala pemandu bas pula seorang Kristian.
Berita itu kemudiannya disebarkan bersama fitnah, adu domba serta dendam kesumat, hingga ke seluruh pulau di Maluku. Akibatnya, mulai hari berlakunya kemalangan tadi, Ambon kemudiannya bermandi darah. Pada Februari 2002, iaitu empat tahun kemudiannya, apabila perdamaian secara rasmi dimeterai oleh kerajaan Indonesia dengan pihak-pihak yang bertelagah, dilaporkan lebih 5,000 nyawa terkorban, puluhan ribu cedera manakala 750,000 orang lagi lari meninggalkan ibu kota kepulauan Maluku itu.
Kediaman rosak akibat pergolakan
Selain itu, beratus-ratus rumah ibadat, terutamanya masjid dan gereja dimusnahkan dan dibakar. Antaranya, termasuklah yang dibakar bersama-sama penduduk yang berlindung nyawa di dalamnya! Carilah fakta-fakta tentang tragedi ini, anda akan menemui pelbagai kejadian mengerikan.
Rumah -rumah yang dibakar
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.
Agama merupakan suatu perkara yang sangat sensitif untuk dibicarakan. Saya memiliki sahabat yang kuat berpegang dengan ajaran Katoliknya dan kami sangat rapat. Prinsip hubungan kami adalah mudah, kamu hormati agama saya, saya hormati agama kamu. Tiada ajaran agama yang berkehendakan kita untuk saling bermusuhan. Semoga peristiwa Ambon jadi iktibar buat kita yang bergelar manusia.
Hari ini saya bangun pagi dalam keadaan kepala yang sakit. Pening-pening lalat. Mungkin disebabkan terlalu banyak tidur. Alhamdulillah, mujur ada sahabat yang sudi memberikan khidmat bantuan percuma (tarik rambut). Teknik ini tidak boleh dibuat oleh sebarang orang. Kalau salah tarik bukan angin yang keluar, tetapi rambut yang tercabut. Silap-silap kepala pun boleh tercabut sekali. Dont try this at home ye ... pastikan anda benar-benar mahir dalam melakukannya. Sedap dan ringan sahaja selepas sesi rawatan dijalankan. Trimas Rosca ^_^...
Memang tidak dinafikan apa sahaja perkara, perbuatan atau barangan yang diambil secara berlebihan pasti akan mendatangkan mudarat. Begitu juga dengan tidur. Tidur adakalanya mendatangkan manfaat dan adakalanya membahayakan kesihatan. Walaupun saya selalu dengar tentang keburukan tidur berlebihan dan tidur selepas asar, tetapi saya masih lagi melakukannya. Sukarnya mengubat tabiat tu. Mudahan-mudahan masih ada kesempatan untuk memperbaiki diri.
Banyak tidur boleh mematikan hati. Bahkan juga boleh membuatkan badan terasa penat. Walaupun pada niat asalnya untuk merehatkan badan, namun apabila sudah berlebihan, lain pula jadinya. Masa terbuang begitu sahaja, sedangkan waktu tersebut dapat digunakan untuk sesuatu perkara yang lebih bermanfaat seperti beriadah ataupun bersosial. Sabda Nabi S.A.W
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Arggghhh !!!!....lotih eh badan den
Tidur yang sunat dilakukan adalah tidur sebelum masuknya waktu zuhur yang disebut sebagai Qailulah. Biasanya dilakukan dalam jangka waktu yang pendek sekitar 15 minit atau 30 minit sahaja. Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:
فعن ابن عمر قال: كنا في زمن رسول الله صلى الله عليه وسلم ننام في المسجد نقيل فيه ونحن شباب.
Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata,
"Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)
Kami tabkir (bersegera datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan shalat Jumaat dan kami ‘qailulah’ setelah solat Jumaat. (HR. Al-Bukhari no. 905)
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”
Serabut la kepala otak
Jadi, untuk mengelakkan cepat gila, mari kita sama-sama berusaha untuk tidak tidur berlebihan dan yang paling penting jangan tidur selepas asar. Nasihat untuk diri saya sendiri ni (^_^)....
Ketika Kota Konstantinople telah ditawan, dan waktu Jumaat telah masuk, Sultan Muhammad Al Fateh berkenan untuk memilih imam bagi memimpin solat Jumaat yang pertama di Kota Konstantinople. Namun cara pemilihannya agak unik, beliau memanggil seluruh tenteranya dan meminta mereka semua berdiri dengan teratur.
Setelah semuanya dalam kedudukan yang tersusun, maka dia bertanya kepada tentera-tenteranya:
“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk…”
Tidak ada siapa di kalangan anggota tenteranya yang duduk.
Kemudian beliau bertanya lagi.
“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat-solat sunat yang utama?”
Ketika ini sebilangan kecil dari anggota tenteranya duduk.
Kemudian beliau bertanya lagi.
“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajjud sila duduk.”
Kali ini seluruh anggota tenteranya duduk kecuali beliau sendiri dan akhirnya beliau sendiri yang memimpin solat berjemaah di Kota Konstantinople.
Ternyata beliau adalah orang yang paling soleh dan dekat dengan Allah di kalangan tenteranya, maka benarlah sabda junjungan bahawa yang akan menakluk Konstantinople itu adalah tentera yang terbaik dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.
MasyaAllah, jika beginilah kualiti pemimpin dan tentera Sultan Muhammad Al Fateh yang menakluk dan membebaskan Kota Konstantinople dari jajahan Byzantine, maka tidak hairanlah pertolongan Allah akan sentiasa bersama dengan mereka.
Jika kita bertanyakan soalan yang sama pada generasi muda hari ini, mungkin pada soalan yang pertama sahaja telah ramai yang ‘kantoi’ apatah lagi apabila ditanyakan soalan kedua dan ketiga. Mungkin jika ditanya soalan ini kepada kumpulan para pendakwah hari ini pun, belum tentu natijahnya sama dengan apa yang didapati Sultan Muhammad Al Fateh kepada tenteranya.
Hari ini, kita berada dalam satu generasi yang lebih menghafaz nama-nama artis dan pemain bola sepak handalan daripada sahabat-sahabat Nabi dan nama pahlawan-pahlawan Islam sepanjang zaman. Lebih bermaklumat tentang sejarah juara Piala Dunia dari 1930-an berbanding sejarah agung umat Islam. Generasi yang lebih ghairah dan cinta kepada bola sepak berbanding cinta kepada keimanan dan kehidupan Islam yang indah. Generasi yang sanggup bangun malam untuk melihat pasukan kegemaran berbanding bangun malam untuk memohon keampunan.
Ternyatalah bahawa sebenarnya kita masih jauh dengan kemenangan, selagi mana generasi hari ini tidak dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan menghayati kehidupan Islam secara total, maka selagi itulah umat akan terus dijajah dan diratah oleh musuh.
Penyelesaian kepada kemelut yang melanda hari ini hanyalah dengan mengembalikan semula jatidiri dan kemuliaan Islam kepada setiap peribadi muslim. Generasi hari ini haruslah dididik untuk cinta kepada keimanan lebih dari cinta kepada hiburan dan kelalaian. Cinta kepada kebaikan dan kesungguhan lebih dari cinta kepada kerehatan dan kemalasan. Lebih cinta untuk membaca Al-Quran dan solat malam berbanding membaca analisis Piala Dunia dan bangun malam kerana bola.
Projek membina generasi Muhammad Al Fateh adalah projek besar yang memerlukan kepada persediaan yang rapi, kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan yang bukan calang-calang kerana generasi yang ingin dibina adalah generasi yang mempunyai kesungguhan dan tekad yang kuat untuk menolak godaan hawa nafsu.
Kita harus mengoreksi diri kita dan memeriksa, apakah kita telah terlibat dalam projek pembinaan generasi Al Fateh. Jika tidak, bagaimana kita harus bermula? Hanya kita sendiri yang boleh mencari jawapannya.
“Ramai yang boleh berdakwah, tetapi tidak ramai yang cinta pada dakwah”.
Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif, Unit Media ISMA Kedah Sumber: Blog ISMA Kedah
Bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit.) Setiap orang memiliki toksid di dalam badan. Toksid – toksid ini berasal daripada pencemaran udara, makanan yang banyak mengandung zat pewarna, , penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.
Berbekam dikenali sebagai cupping dalam Bahasa Inggeris dan Hijamah dalam Bahasa Arab
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud " kesembuhan ubat itu ada 3 hal iaitu minum madu, pisau hijamah ( bekam ) dan besi panas. Tetapi aku melarang menggunakan besi panas " (Riwayat Bukhari)
jangan makan makanan berat sebelum berbekam (sekitar 2,3 jam sebelum melakukan proses rawatan)
Adalah lebih baik, kita berpuasa sebelum melakukan bekam
Jangan mandi selama 3 jam selepas proses rawatan
Waktu Berbekam
Isnin dan Selasa
Khamis
tidak sesuai dilakukan pada hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad ( Nabi Ayub diuji dengan penyakit semasa hari Rabu )
berbekam elok dilakukan di pertengahan bulan kerana pada ketika ini toksid-toksid di badan sedang berkumpul
kebaikan berbekam
Dikatakan dapat merawat 72 penyakit antaranya seperti :
1. migrin 2. Tegang Urat 3. Darah Tinggi 4. Angin Ahmar 5. Jerawat 6. Sembelit 7. Buah Pinggang 8. Sakit mata 9. Sakit gigi 10. Jantung
juga dapat memulihkan penglihatan yang kabur
Membantu meringankan tubuh badan kerana salah satu punca rasa malas adalah disebabkan oleh darah kotor.
Melegakan demam
Orang yang tidak boleh berbekam
Ibu mengandung
Wanita haid
Berada dalam keadaan letih, lapar atau kenyang
Masalah tekanan darah rendah
Pesakit kudis
Masalah kulit yang sangat serius.
* p/s : Kalu senggugut jangan gunakan seterika panas untuk di tuam pada perut ye (^_^)
Histeria, gangguan jin atau masalah psikologi ? Persoalan yang sukar untuk dikupas namun kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.
“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.
“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.
Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.
DATUK DR AMRAN KASIMIN
Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.
Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.
Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.
Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).
Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.
Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.
Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.
Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.
S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.
S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.
Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.
Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.
Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.
Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”
S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.
Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.
PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL
Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.
Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.
“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.
“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.
“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.
“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.
Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.
“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.
Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.
Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.
Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro.
Sekadar berkongsi rasa dan minat. Lagu yang ada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Buat teman dan insan yang saya sayangi, lagu ini buat kalian. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Mewarnai hari-hari yang indah. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana Allah. Moga kesudahan hidup ini berakhir dengan baik dan penuh bermakna. Insyallah.
" Mak cik hari ni kamu ada nak pegi mane-mane tak? " tanya si kawan kepada aku
Aku berfikir sejenak. Rasanya masih ada urusan yang perlu aku selesaikan. Fikir dan terus berfikir. Lantas ku teringat akan pendaftaran nomber telefon bimbit di mesin ATM yang perlu aku lakukan. Bayangan kampus mula terbit dibenak fikiran. Ya...aku harus ke kampus. Belum sempat aku membalas persoalan si teman, dia mencelah lagi.
" Erm, saya nak ajak kamu ke kampus, tu pun kalau kamu nak. Saya tak paksa " katanya berterus-terang.
Timbul perasaan bersalah di hati. Aku teringat peristiwa dua hari lepas. Aku telah menghampakan permintaannya. Sungguhku kesal dengan kesalahanku yang lalu. Maafkan ku teman kerna buatmu begitu. Belajar daripada kesilapan dan enggan perkara yang sama berulang ku turuti permintaannya dan dalam masa yang sama aku juga mempunyai urusan di Kampus.
" Erm, ok jugak. Saya nak selesaikan urusan TAC saya tu." balas aku kepadanya
" kita pergi pukul dua nanti ek. "
Hati berlagu riang. Perhubungan kembali seperti sedia kala. Tiada lagi sengketa, tiada lagi marah, tiada muka masam mencuka dan tiada suasana sepi. Aku benci saat sebegitu. Bagai orang yang mati kutu. Ada sahaja yang tidak kena. Akan ku hargai saat bersama sementara masa masih ada, kerana kita akan berpisah jua akhirnya.
2.30 petang
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk ke Kampus. Perjalanan berjalan dengan lancar. Cuaca hari ini sangat baik bagai meraikan persahabatan kami. Bas berjalan menyelusuri jalan raya yang tidak sibuk. Kedai-kedai di Tanjung Malim banyak yang tutup pada hari minggu ini.
" Syuai, kamu nak tau tak, kami selalu melepak dekat bangunan atas ni tau." sambil menunding jari ke arah bangunan UPSI yang baru siap dibina.
" O...best la korang, " balas saya
" Nak tak saya bawa kamu tengok tempat tu? "
" Ok juga"
Bangunan UPSI
Suasana di kampus agak sibuk. Mungkin sebab minggu depan sudah bermulanya Konvokesyen UPSI yang ke-12. Urusan di ATM sudah pun selesai. Terima kasih Rosca sebab banyak membantu saya. Kemudian, kami bergerak ke Bangunan yang diceritakan oleh Rosca sebentar tadi. Wah, tempat itu memang menarik dan selesa. Aku dapat melihat pemandangan UPSI dari atas bangunan. Suasana sangat cantik dan baru ku sedar rupanya Tanjung Malim tidak kurang hebatnya.
Pemandangan UPSI daripada atas. Cantik dan mendamaikan
Sedang leka menikmati keindahan ciptaan Allah. Tiba-tiba, kami terpaku dengan susuk tubuh kerdil yang sedang berjalan di bawah sana. Walaupun jauh di atas, namun kami dapat lihat insan serba kekurangan itu dengan jelas. Langkahnya mengambarkan ketabahan, yakin dan tidak putus asa. Bersyukur ku Ya Allah kerana diberikan sepasang kaki untuk berjalan. Aku sangat kagum dengan lelaki itu. Menggunakan tangan untuk berjalan, melangkah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Walaupun tidak sepantas manusia normal, namun kekurangan diri tidak menjadikannya sebagai satu alasan untuk pergi menuntut ilmu. Kekesalan ku lemparkan pada diriku. Sepatutnya manusia sempurna anggota badan sepertiku perlu lebih rajin daripadanya yang serba kekurangan. Namun aku leka dengan nikmat pemberian Allah. Tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Sering malas dan culas. Sedar tak sedar, manik-manik jernih terbit di kelopak mata. Suara berubah sayu. Ampunkan ku Ya Allah....
Rosca yang sedang leka menikmati pemandangan
Pelajaran yang aku perolehi sepanjang hari ini, bersyukurlah dengan apa yang Allah sudah beri kepada kita. Kadangkala kita rasakan kita seorang yang susah dan banyak kelemahan. Namun, antara sedar ataupun tidak, rupanya ada lagi orang yang susah dan serba kekurangan daripada kita. Perlukah lagi kita mengeluh dan merintih lagi?
Masa bergerak dengan pantas, jam sudah menginjak ke jam tiga. Sebelum pulang ke Kampus, kami sempat ke kedai, membeli sedikit barang untuk di bawa pulang. Seronoknya dapat menikmati yourgat dan ais krim di dalam bas. Dua rasa yang sangat berbeza. Tapi masing-masing ada keistimewaannya. Begitu juga antara kami, dua insan yang berbeza perwatakan tapi di satukan oleh sebuah persahabatan.
Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk menjengah ke pukul 12.00 malam. Kerja yang perlu diselesaikan masih banyak menanti. Hari-hari mengeluh, walaupun tahu ianya tidak baik untuk kesihatan. Oktober, bulan yang sibuk dengan tugasan dan aktiviti. Masalah datang satu persatu. Semoga diberikan kekuatan dan keupayaan untuk terus bertahan. Saling faham-memahami
Kunci sebuah perhubungan adalah sikap saling faham memahami. Kadang kala kita merasakan bahawa kita sudah cukup mengenali seseorang. Tetapi, semakin lama kita mengenalinya semakin sukar untuk kita memahaminya. Alangkah bagusnya jika suara hati kita mampu didengari. Tak perlu bersusah payah menyatakan perasaan yang terbuku di hati. Kita mahu orang menjaga perasaan kita, tapi antara sedar atau pun tidak kita juga seperti mereka. Sama-sama pentingkan diri sendiri. Manusia akan marah dan memberontak apabila keinginan atau kehendak diri tidak berjaya diperolehi. Unik dan hebat sungguh perasaan yang dicipta oleh Allah ini.
Belajar menghargai sesuatu.
Kita akan sedih dan belajar menghargai apabila sesuatu yang disayangi itu hilang. Manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dihajati. Tidak kisah bergolok-bergadai, tidak peduli soal malu, tidak kisah berapa banyak yang dibelanja asalkan apa yang dikehendaki mampu diperolehi. Mula-mula dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sangat berhati-hati. Takut ianya rosak atau sakit. Tapi lama kelamaan, bila sudah jemu dan jumpa sesuatu yang lebih baik, yang lama bagai melukut di tepi gantang. Ada atau tidak, sama sahaja. Bila yang lama sudah hilang atau rosak, baru kita sedar bahawa ianya sangat berharga. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, tapi yang baru pasti tidak sama dengan yang lama. Jadi belajarlah untuk menghargai.
Andai ujian dan dugaan ini adalah sesuatu yang baik, aku redha .Semoga ianya membuatkan aku menjadi insan yang lebih tabah dan sabar. Ku pegang kata-kata " apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian". Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui sendirian. Oleh itu, janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan. Tabahlah dalam menempuh ranjau dan duri kehidupan, kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba ke sasarannya. Cayok2 Syuhada....(^ ,^)
Hujan lebat di Tanjung Malim. Payung peniaga di bazar ramadhan Kolej Za'ba banyak yang tumbang dan terbang. Mungkin angin kuat sebentar tadi. Jam menunjukkan 3.00 petang. Sebentar lagi mahu ke Kampus untuk menyelesaikan urusan dengan angah Bnc. Perjalanan agak terbatas dek kerana hujan yang turun. Stokin kaki sudah basah tapi perjalanan mesti diteruskan. Alhamdulillah hari ini saya tidak keseorangan kerana ditemani oleh Rosca dan Sam. Rasa agak selamat sedikit. Tempias hujan mengenai kami walaupun berpayung.
Rezeki kami, dan Allah memudahkan perjalanan. Setiba di Foyer KAB, bas sudah sedia menanti untuk membawa pelajar ke Kampus. Tetapi Pemandu bas mengambil masa yang agak lama untuk memulakan perjalanan. Keadaan sangat membosankan. Saya mengeluarkan buku di dalam beg dan memulakan bacaan. Bas mula bergerak. Saya memulakan aktiviti membaca, dan terfikir untuk berkongsi cebisan ilmu ini di dalam blog. Tiada lagi kesedihan,kepiluan dan keresahan. Terima kasih buku "la tahzan"
10 perkara untuk meraih kebahagiaan :
1. Bangun menjelang fajar menyingsing dan beristghfar
2. Menyendiri untuk bertafakur
" dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi " surah Ali-Imran : 191
3. Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.
" dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka " - surah Al-Kahfi : 28
4. berzikir
" wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah ) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya " surah al-ahzab : 41
5. sembahyang dua rakaat dengan khusyuk
6. Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan.
7. Berpuasa pada hari yang sangat panas
8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi
" hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. " ( Hadis Nabi)
9. Meringankan beban seorang Islam.
" Sesiapa yang meringakan kesusahan yang dialami oleh seseorang Islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan pada hari akhirat " (Hadis Nabi)
10. Berlaku zuhud kepada sesuatu yang sifatnya fana
" Padahal kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan kekal " Surah al-a'la : 17.
Suatu malam yang tenang dan dingin, si sahabat datang bertandang ke bilik. Ingin menumpang tidur katanya. Hati rasa gembira kerana ada yang sudi menemani.
" Syuai, apa perkara baik yang telah kamu lakukan hari ini? " tanya si sahabat sebelum memejamkan mata.
Saya berfikir dan berbisik di dalam hati, mungkin mahu muhasabah diri agaknya. Saya pun menyatakan satu persatu.
Bertanya lagi si sahabat " perkara buruk pula? "
Saya jawab mungkin tidak memberikan senyuman pada orang lain. kata sahabat mulai hari esok sama-sama kita berusaha memperbaiki diri, banyakkan membuat kebaikan dan berusaha untuk tidak melakukan keburukan. Benar kata orang, nasihat sebelum tidur itu lebih mudah diterima. Contoh mudah seperti bed time story. Lazimnya anak-anak akan ingat apa yang dipesan oleh ibu atau bapa dan ternyata cara itu berkesan. Kalau tidak percaya anda boleh cuba. Lakukan pada adik, kawan ataupun anak. Terima Kasih Oh Tuhan kerana memberikan saya teman yang baik.
Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 12.50 pagi. Mata mengantuk. Tapi bila memikirkan hati yang walang ni, mata yang layu celek semula. Teringat bait-bait lirik sebuah lagu
Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
Siang malam tak berbintang
ini lah lukisan alam
Begitulah lumrah perjalanan kehidupan manusia. Ada masa kita rasa gembira. Ada masa kita rasa bosan, sedih dan macam-macam perasaan muncul. Inilah yang dikatakan indahnya kehidupan.
Bersendirian
kadang aku rasa bersendirian itu lebih baik. Tak payah fikir tentang orang lain. Tak perlu risau dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Aku dengan duniaku. Tapi sampai bila aku boleh bertahan begitu. Betahkah aku duduk bersendirian berhadapi pelbagai cabaran tanpa bantuan orang lain? Mampu ke aku begitu? Tak kan hari-hari nak bercakap dengan diri sendiri? Semua masalah aku simpan sendiri dan tak perlu di canang pada orang lain?
Teman
Ada teman tidak semestinya dia memahami kita. Masalah kita. Perasaan kita. Teman ketawa senang dicari. Teman menangis bersama-sama? kalau ada pun satu antara beribu. Bila berteman banyak perasaan nak dijaga. Dalam masa yang sama perasaan sendiri pun perlu dijaga. Silap kata,salah bicara...tanggung sendiri. Mula tak bertegur sapa, muka masam mencuka. Masing-masing dengan hal sendiri. Kau adalah engkau. Aku adalah aku. Sedangkan perkara yang diselisihkan bukanlah sebesar dan seserius mana. Merajuk sebab tak ajak ke kelas bersama-sama. Kecil hati sebab tidak bertegur sapa dan macam-macamlah perkara remeh-temeh yang diperbesar-besarkan. Huh,penat dan letih nak menghadapinya.
Cinta. Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Kadang kala rasa bahagia. Kadang kala rasa sunyi ,walaupun hakikatnya cinta itu ada. Macam biskut pun ada jugak...kejap ada kejap tak ada. Kadang kala ianya hadir mewarnai hari-hari...cinta sahabat, cinta keluarga,cinta 'si dia '. Kadang kala cinta itu sepi seolah-olah hilang bersama angin. Tapi yang aku pasti,di kala aku kesunyian memang cinta daripadaNya sentiasa ada. DIA tahu aku sedih. DIA tahu aku gembira. Segala-galanya DIA tahu, kerana DIA Maha Mengetahui.
Sekiranya aku diberikan satu permintaan, aku berharap sangat dapat pergi ke sebuah tempat yang sangat mendamaikan. Tempat yang boleh menenangkan fikiran. Agak tidak logik kalau pagi-pagi buta ni aku dapat ke tempat sebegitu. Tapi, manalah tau permintaanku dikabulkan sewaktu di alam mimpi...amin moga diperkenankan. Ku cari damai di hati.