Sunday, August 5, 2012

TiNgg...


gambar hiasan

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

Friday, July 20, 2012

KELEBIHAN AYATUL QURSI



Mengapa ayat qursi sangat digalakkan untuk kita membacanya? Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang mungkin kita tidak tahu. 



kelebihan ayat qursi

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Jadi sebelum tidur ambillah beberapa minit, untuk membacanya, tidak susahpun jika kita mahu.


 

2)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. Sejurus selesai melaksanakan solat fardu, jadikan ayat kursi sebagai sebahagian zikirnya. Selamat beramal


3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Hebat bukan kelebihan ayat ini, siapa yang tidak mahu masuk ke syurga? Apa lagi rebutlah peluang yang ada. 


4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
 

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Apabila kita mengamalkan ayatul qursi, selepas ini tidak perlulah menggaji pengawal lagi, kerana Allahlah sebaik-baik pelidung. Musibah dan kesenangan itu milik Allah. 
 

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. Semoga kita beroleh Husnul Qhotimah kelak. InsyaAllah.
 

7)Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Memohonlah padaNya kerana Allah sentiasa dekat kepada kita. Jangan hanya mengingatiNya waktu susah sahaja. 


Kepada sesiapa yang belum menghafal dan memahami maksud ayat qursi, berusahalah dari sekarang. Dekat sekolahpun kita sudah diajar membacanya. Lakukan satu hari, satu ayat. Lama kelamaan pasti boleh. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita kelak, InsyaAllah. Salam Ramadhan.

Contoh kertas kerja program lawatan

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA


1.0       PENDAHULUAN
Sejarah merupakan jati diri bangsa yang perlu dipelihara dan dipertahankan daripada generasi ke generasi. Kesedaran terhadap peri pentingnya mengetahui dan menghargai sejarah bangsa perlu dipupuk dan dan ditanamkan dalam diri generasi muda terutamanya golongan pelajar.Menyedari hakikat kepentingan celik sejarah dan sedar sejarah di kalangan pelajar dewasa ini maka Panitia Sejarah SMK Bandar Baru Serting berhasrat menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara.

2.0              OBJEKTIF
2.1     Menyedarkan pelajar tentang pentingnya mempelajari subjek sejarah
2.2     Memperkayakan pengetahuan pelajar tentang sejarah bangsa melalui lawatan
    ke Muzium Negara
2.3     Memupuk semangat jati diri dan cinta akan bangsa, negara dan agama.
2.4  Sebagai wahana mewujudkan pelajar berharmoni dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk memelihara dan mengekalkan warisan Negara.

3.0       ANJURAN
Panitian Sejarah SMK Bandar Baru Serting

4.0       TARIKH
11 Jun 2012 ( Isnin )

5.0       PENYERTAAN
Seramai 38 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa/ penjaga. Seramai 6 orang guru akan mengawasi sepanjang program lawatan ini berjalan. 


6.0       YURAN LAWATAN
RM 30

7.0       STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi                :          Pn Hajah Norhayati Bt Mat Nor
Naib Pengerusi       :          Pn Zainon Bt  Idris
Setiausaha               :          En Arief Azahari Bin Abd Razak
AJK Pelaksana       :          1. Cik Hernawati Bt Amir
                                          2. Cik Nur Syuhada Bt Abdul Rahim
                                          3. En Khairul Azizi Bin Ahmad
                                          4. En. Kamsidi Bin Salbani
                                          5. Cik Farah Alia Bt Abdullah

8.0        ANGGARAN PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

PENDAPATAN
8.1  Yuran penyertaan pelajar                               RM 30 X 44 = RM 1320.00
8.2   Sumbangan sekolah                                                               RM   100.00
8.3   Sumbangan PIBG                                                                  RM    100.00
                                                           Jumlah                                       RM 1520.00    


     PERBELANJAAN
8.3   Sarapan / minum petang :
a                                Roti                                                 RM 1.30 X 44 X 2 = RM 114.40
                       Air Mineral                                     RM 1.00 X 44 X 2 = RM   88.00
8.4  Bayaran pengangkutan                                                       RM 800.00
8.5  Makan Tengahari                              RM 11.76 X 44    =   RM 517.60
              Jumlah                                                                              RM 1520.00  


9.0         TENTATIF PROGRAM LAWATAN


Masa

Aktiviti

7.30 pagi
8.00 pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
1.30 tengahari
2.30 petang
3.00 petang
5.30 petang

-          Berkumpul di sekolah / pendaftaran
-          Bersedia untuk bertolak ke Muzium Negara
-          Rehat dan sarapan pagi
-          Tiba dan melawat di sekitar Muzium Negara
-          Makan tengaha hari / solat
-          Berkumpul semula
-          Bertolak balik ke Jempol
-          Tiba di SMKBBS





10.0     PENUTUP
Lawatan sambil belajar ini diharapkan akan dapat mencapai objektifnya dan menyuntik semangat akan pentingnya sejarah dalam kehidupan dewasa ini sebagai panduan untuk masa akan datang. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini . Sokongan idea, material dan moral semua pihak amat dialu-alukan



Disediakan oleh,

……………………………
En. Arief Zahari Bt  Abd Razak
Setiausaha
Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara





Wednesday, July 18, 2012

Bersangka Baik

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas.Kekangan masa sangat membataskan saya untuk menulis. Sekadar perkongsian, kini saya baru sahaja berpindah ke tempat baru. Cabaran hidup baru bermula. Ya, ujian yang sedikit ini membuatkan saya semakin tabah. Semoga terus diberi kekuatan dan kemampuan.


Derita sahabat baru

Mungkin perasaan ini sukar untuk saya gambarkan, kerana saya belum melaluinya. Berpisah dengan orang tersayang dengan kondisi kesihatan yang kurang memuaskan. Meninggalkan suami dan anak yang jauh daripada pandangan mata. Perkara ini  terpaksa ditempuhi oleh sahabat baru saya. Tempoh perkenalan yang singkat belum membantu saya untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Saya akui agak kurang empati dengan masalah yang dihadapinya. Semoga dia terus tabah. Kata-kata sabar bukan semudah yang diungkapkan. Realitinya semua daripada kita mengetahui hakikat sabar, namun untuk menjadi seorang sabar itu perlukan mujahadah.Ya, mungkin situasi itu bakal saya tempuhi kelak.

Saya letih melihat sahabat saya berulang alik dari Utara ke Selatan tanah air. Setiap minggu! Kekuatan apakah yang kau miliki duhai sahabat? Berkorban untuk orang lain tetapi pengorbananmu tidak dihargai langsung. Semoga terus kuat dan cekal wahai sahabatku. Kami terima tempias penderitaanmu. Kata-kata yang kurang menyenangkan sering terngiang-ngiang di telinga kami menceritakan tentang dirimu.Firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286) Allah tidak menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Allah memilih dirimu kerana DIA tahu kau mampu melaluinya. Jangan pernah menyalahkan takdir.


Misteri

 Hidup saya dan sahabat yang lain disulami misteri. Penyakit sahabat tadi menjangkit pada kami.  Saban hari kami dihimpit dengan gangguan-gangguan aneh yang sukar dipercayai. Hikmah terbesar yang Allah beri, saya dan sahabat lain semakin berani. Kalau dulunya solat berasingan, tetapi kini solat berjemaah menjadi budaya rumah kami. Bacaan ayat-ayat Allah berkumandang setiap hari. Saya perhatikan, sahabat yang dulunya jauh dari Al-Quran mula menjinakkan diri dengan alunan ayat suci ini. Perbincangan perihal agama sering menjadi topik perbualan kami. Terima Kasih Ya Allah. Ujian yang kau berikan ini benar-benar menyedarkan kami tentang kekuasaanMU. Bersangka baik dengan apa yang berlaku menjadikan kita insan positif. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)


TERIMA KASIH  ALLAH




Friday, May 4, 2012

Kisah pengemis dan Rasulullah



Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi ia lalui dengan selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?",tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.


Monday, April 23, 2012

LEBIH BAIK



"tak salah berundur selangkah ke belakang supaya langkah mendatang 10 kali lebih pantas dari sebelumnya."


Trifle



Resepi Trifle

Bahan- bahan

Jelly Cristal ( jenama Nona)  - 1 Paket
Susu cair - Jenama saji/lain-lain - 1 tin
Tepung Kastard - 2/3 sudu
Kek gulung - 1 biji
Gula - 2 sudu
Koktail buah - 1 tin



 Cara penyediaan :

1. Masak susu cair dengan api yang perlahan

2. Masukkan 2 sudu gula pasir

3. Masukkan air koktail buah
* pastikan isinya diasing terlebih dahulu.

4. Masukkan tepung kastard yang telah dicampur dengan sedikit air

5. Kacau sehingga pekat.

6. Potong kek gulung dan susun ke dalam bekas/ cawan

7. Apabila campuran susu cair tadi telah masak, tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi kek gulung.

8. Taburkan buah-buah segar/ isi koktail yang diasingkan sebentar tadi di atasnya.

9. Masak cristal jelly, dan biarkan sejuk seketika

10. Kemudian, tuangkan cristal jelly ke dalam bekas campuran kek gulung


* Resepi ini amat mudah dan ringkas. Selamat mencuba.








Saturday, April 21, 2012

DAIE NADA - ASTAGHFIRULLAH




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lepas saya berkesempatan mendengar sebuah lagu mendidik jiwa, nyanyian Da'i Nada dari Negara seberang. Lagu ini diberikan oleh seorang sahabat untuk didengari. Secara jujurnya saya kurang meminati lagu-lagu nasyid dari Indonesia. Mungkin tidak serasi dengan jiwa.

Tapi, lagu ini sangat berbeza. Amat terkesan di hati. Saya putar dan terus memutarkannya untuk kesekian kali. Sangat menyentuh naluri keperempuanan saya. Sambil mendengar, saya merenung jauh di luar jendela, terbit manik jernih di tirai mata. Diri lantas bermonolog sendirian

" Ya Allah, tidak terhitung banyaknya dosa yang aku lakukan, semoga pintu keampunan masih terbuka buatku." Astaghfirullah....




Pencarian



Suatu ketika, seorang guru yang bijaksana sedang berteduh di bawah sepohon pokok yang agak besar dan rendang. Bersamanya seorang pelajar yang masih muda tetapi gemar bertanya dan mengutip pengalaman daripada yang lebih berusia darinya.

“Guru, bagaimana kita dapat mencari pasangan hidup yang sejati? Bolehkah guru membantu saya?” Tiba-tiba pelajar itu menyoal.

Sang guru tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung jauh ke tengah kehijauan padang.
“Wahai muridku, saya akui soalanmu ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....” Sang guru membuka bicara.

“Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk mundur semula. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput paling cantik, ambil dan berikan kepada saya.”Sang guru mengarahkan.

Tanpa banyak bicara, pelajar itu menurut. Langkahnya diatur ke tengah padang yang luas. Dia berjalan sambil matanya melilau mencari sehelai rumput paling cantik menurut perkiraannya untuk diberikan kepada sang guru.

Namun, selang beberapa ketika…
“Saya tidak melihat sehelai rumput pun pada tanganmu?” Sang guru bertanya bila dilihat pelajarnya itu kembali ke bawah pohon besar dengan tangan kosong.

“Saya berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja mata saya tertancap pada sehelai rumput yang saya rasakan paling cantik, hati saya pula menyanggah : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini.






Lalu, rumput itu saya tinggalkan dan pencarian diteruskan. Namun akhirnya, tanpa saya sedari saya sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...” Ujar pelajar itu dalam nada keletihan.

Mendengar jawapan balas pelajarnya, sang guru yang bijaksana tersenyum penuh makna.

“Inilah realiti hidup....Padang yang luas itu, umpama masa, rumput-rumput yang banyak itu umpama orang ramai di sekelilingmu, manakala rumput yang cantik pula adalah individu yang menarik perhatianmu. Justeru, keadaanmu tadi banyak berlaku dalam hidup manusia dalam mencari cinta sejati. Mereka mencari, bertemu yang menambat hati, tetapi dek mengenangkan mungkin ada yang lebih baik dari yang telah ditemui, mereka teruskan mencari sehingga tanpa sedar, sudah banyak masa yang terbuang, sudah banyak tenaga yang hilang. “ Sang guru menjelaskan penuh hikmah.
“Oleh itu, dengarkan nasihatku ini. Dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...” Sang guru menutup bicara disambut anggukan yang tidak putus dari pelajarnya.

Tuesday, March 27, 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian(mudah)




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, cara membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang lebih mudah. Format ini disarankan oleh pihak nazir sekolah. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai "lesson plan" merupakan satu lembaran kerja yang perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan pengajaran. RPH berperanan sebagai garis panduan kepada guru-guru dalam membantu melancarkan proses P&P di dalam kelas.

------------------------------------------------------------------
Contoh RPH

Mata pelajaran  :
Kelas                 :
Masa                 :
Tajuk                 :

Objektif, pelajar dapat ;-
1.
2.
3.

Aktiviti             :
1.
2.
3.

Pencapaian pelajar/ Refleksi  :



--------------------------------------------------------

Mudahkan? Format ini lebih ringkas berbanding yang asal. Umum mengetahui bahawa tugas guru bukan sekadar mengajar, bahka guru juga perlu melaksanakan kerja sampingan yang lain. Ekoran daripada kekangan tersebut, format mudah ini sangat membantu. Selamat mencuba.



Saturday, March 10, 2012

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL

  • Sebelum kedatangan pengaruh India, masyarakat Asia Tenggara mempunyai budayanya yang tersendiri. Contohnya mengamalkan sistem kepercayaan Animisme.


   Kepercayaan animisme dikaitkan dengan pemujaan semangat alam

  •  Mulai abad ke 3 Masihi, Asia Tenggara telah menjalin hubungan dengan India. Kesannya budaya India telah meresap masuk ke dalam corak kehidupan masyarakat Asia Tenggara, antaranya :-
  1. Kepercayaan dan agama
  2. Sistem pemerintahan beraja
  3. Kesenian dan kesusateraan 
 
  •  Budaya tersebut masih kekal pada hari ini. Contohnya, Agama Buddha yang masih diamalkan di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam


CARA-CARA KEDATANGAN PENGARUH HINDU BUDDHA

Terdapat beberapa pendapat berkaitan kedatangan pengaruh Hindu Budda.
  • Disebar oleh golongan ksaytria @ tentera
 Dibawa oleh golongan tentera semasa menakluk negeri-negeri Asia Tenggara

  • Disebar oleh golongan pedagang
 Asia Tenggara telah menjalin hubungan perdagangan dengan India sebelum abad ke 5 masihi lagi.
India ingin mendapatkan logam emas di Asia Tenggara. Sebelum ini India mendapatkan bekalan emas di Rom. Namun ekoran bekalan emas yang semakin berkurangan di Rom, Maharaja Vespian menghentikan perdagangan emas pada India.

  • Disebar oleh golongan Brahmin

Golongan Brahmin merupakan golongan atasan di India yang mempunyai ilmu pengetahuan khususnya dalam aspek keagamaan.


  • Mengambil budaya India yang menarik sahaja dan diadaptasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.
  •  Contohnya, jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam berciri Asia Tenggara di Srivijaya iaitu arca dengan ikatan tali kulit harimau
  •  Berdasarkan beberapa pendapat di atas, kebanyakkan sejarawan bersetuju dengan  pendapat yang ke empat.
 
  •   Proses pengambilan budaya India oleh pemerintah tempatan di Asia Tenggara adalah berbeza-beza.
        -  Contohnya :
  • Kedah Tua - Buddha
  • Dieng, Indonesia - Hindu
  • Takuapa & Pulau Bangka - Hindu Vishnu
  • Sumatera dan Jawa - Buddha Mahayana.

Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kemboja yang merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-9 dan abad ke-15 Masihi. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha.














Wednesday, March 7, 2012

Teks Pengacara Majlis( Sambutan Maulidur Rasul SMKBBS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha,puan pengetua
____________________________
yang dihormati, guru penolong kanan 1
___________________________
Guru penolong kanan HEM
___________________________
Guru penolong kanan kokurikulum
____________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para pelajar sekalian.

Pengenalan

Rabiul awal merupakan bulan kelahiran rasulullah s.a.w. Umat islam merayakan sambutan majlis  maulidur rasul sebagai mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w. Untuk menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada baginda. Baginda merupakan contoh teladan yang paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Justeru itu, pihak panitia pendidikan islam smk bandar baru serting telah merancang program sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah “. Semoga  ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai role model dalam kehidupan.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________________________untuk bacaan doa.

Amin,amin ya robal’alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya marilah kita bersama-sama mengalunkan bacaan zikir Asmaul Husna.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. pengetua untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada hari ini.

Majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua untuk sesi penyerahan kain rentang kepada setiap tingkatan.
Terima kasih diucapkan kepada puan pengetua
Pelajar diberi masa 15/20 minit untuk membuat persiapan perarakan.
Pada pukul 8.20 pelajar diminta berkumpul semula untuk memulakan majlis perarakan.

Majlis menjemput En Mohd Kamsidi untuk mengetuai bacaan selawat.
·                 Majlis perarakan bermula. 
         
  
          Teks untuk Majlis yang ke 2

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang berusaha,puan pengetua

______________________________

yang dihormati, guru penolong kanan 1

______________________________

 guru penolong kanan HEM

______________________________

Guru penolong kanan Kokurikulum

____________________________________

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para pelajar sekalian.



Alhamdulillah, syukur ke hadratnya kerana kita masih diberi peluang untuk bersama-sama di dewan yang penuh barakah ini bagi mengikuti slot pengisian ilmu bersempena dengan sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah. Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.


Nama :

Umur :

Asal :

Stasus /Keluarga :

Jawatan terkini :


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya.


 Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang disampaikan  dapat memberikan manfaat kepada kita semua.Insyallah.



Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan  pertandingan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. 

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________________________untuk menyampaikan hadiah dengan diiringi oleh ______________________________




Terima kasih diucapkan kepada _____________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.




Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________untuk menyampaikan sedikit  cenderahati kepada pihak penceramah.



Begitulah tadi berakhirnya acara penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan bagi yang kurang berjaya jangan berputus asa,teruskan usaha di masa yang akan datang.



Jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam menjayakan majlis ini.

Saya sebagai pengacara majlis pada hari ini, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan.