Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Yang
berusaha,puan pengetua
____________________________
yang
dihormati, guru penolong kanan 1
___________________________
Guru penolong kanan HEM
___________________________
Guru penolong kanan kokurikulum
____________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta
para pelajar sekalian.
Pengenalan
Rabiul awal merupakan bulan kelahiran
rasulullah s.a.w. Umat islam merayakan sambutan majlis maulidur rasul sebagai mengingati sejarah
perjuangan baginda s.a.w. Untuk menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada
baginda. Baginda merupakan contoh teladan yang paling agung dalam sejarah
kehidupan manusia. Justeru itu, pihak panitia pendidikan islam smk bandar baru
serting telah merancang program sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang
bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah “. Semoga ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar
khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai
role model dalam kehidupan.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
__________________________________untuk bacaan doa.
Amin,amin ya robal’alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
di atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya marilah kita bersama-sama
mengalunkan bacaan zikir Asmaul Husna.
Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Pn. pengetua untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis
sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada hari ini.
Majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua untuk sesi penyerahan kain rentang kepada setiap tingkatan.
Terima kasih diucapkan kepada puan
pengetua
Pelajar diberi masa 15/20 minit untuk
membuat persiapan perarakan.
Pada pukul 8.20 pelajar diminta
berkumpul semula untuk memulakan majlis perarakan.
Majlis menjemput En Mohd Kamsidi untuk
mengetuai bacaan selawat.
· Majlis
perarakan bermula.
Teks untuk Majlis yang ke 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha,puan pengetua
______________________________
yang dihormati, guru penolong kanan
1
______________________________
guru penolong kanan HEM
______________________________
Guru penolong kanan Kokurikulum
____________________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta
para pelajar sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadratnya
kerana kita masih diberi peluang untuk bersama-sama di dewan yang penuh barakah
ini bagi mengikuti slot pengisian ilmu bersempena dengan sambutan Maulidur
rasul peringkat sekolah. Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan
biodata penceramah kita pada hari ini.
Nama :
Umur :
Asal :
Stasus /Keluarga :
Jawatan terkini :
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah
di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang
disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.Insyallah.
Kini tibalah masa yang
dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan
pertandingan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Bagi
menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
____________________________________untuk menyampaikan hadiah dengan diiringi
oleh ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada
_____________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Seterusnya majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak penceramah.
Begitulah tadi berakhirnya acara
penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan bagi yang kurang berjaya
jangan berputus asa,teruskan usaha di masa yang akan datang.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak di dalam menjayakan majlis ini.
Saya sebagai pengacara majlis pada
hari ini, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.
Sehingga kita bertemu lagi di lain
kesempatan.
No comments:
Post a Comment