Saturday, November 20, 2010

Seorang Tua di Kaki Gunung


Sinopsis
Novel seorang tua di kaki gunung mendapat tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA- Yayasan Sabah II (1981) memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya ialah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.


Komen
Cuti seminggu di rumah along dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sedar tak sedar, saya berjaya mengkhatamkan 3 buah novel. Salah satu daripadanya ialah buku" Seorang tua di kaki gunung" karya Azizi Haji Abdullah. Buku ini sangat menarik untuk dibaca. Pengarang berjaya menyerlahkan watak Tukya dengan sangat baik. Saya seolah-olah merasai sendiri pengalaman bersama Tukya ke kaki gunung mencari misan lebah untuk Lamin, dapat melihat keindahan tumbuhan hutan di kaki gunung dan paling menyayat hati saat Tukya di timpa batang cengal. Terasa kesakitan dan kepayahan Tukya.

Nek Besah yang sabar dengan keletah Tukya, seorang isteri yang taat. Hati tersayat bila Tukya menyuruh Besah memotong pehanya ketika dia dihempap cengal sebesar 2 pemeluk. Cecair merah yang mengalir terasa panas mengenai bumi.Sungguh Tukya insan cekal yang tegas dengan prinsip hidupnya. Namun, kedegilan Tukya akhrinya membinasakan dirinya.

Saya terfikir, sebenarnya ramai insan seperti Tukya.Walaupun tidak dilimpahi dengan kesenangan harta namun mereka selesa dan bahagia tinggal di Kampung. Mereka ada alasan sendiri kenapa berbuat demikian. Peringatan untuk kita bersama walau sekaya mana kita, walau sehebat mana pun kita, tanyalah pada diri...siapa kita dan dari mana asal usul kita.

P/s Saya bangga dilahirkan sebagai anak peneroka. ^_^
Walaupun orang kata tinggal di tempat yang corok, jauh dari pembangunan, tapi saya tak kisah. Saya membesar di sana dan disitulah jiwa saya.





1 comment:

rasna said...

hehehe..dlu mase zaman budak-budak, penah bace buku nie...kadang2 igt2 lupe name watak cucu die nie..cucu kesayangan... hehe..antara past yg aku suke, mase dorg jumpe pokok cengal...mase pikat kancil@pelanduk..trek tek..tek...amin ke ape tah name cucu die tu..lastik xkena..pastu tukya ckp, hahaa..tangan cebuk berak..heheheh.nostalgia beb...