b) ALLAH SEBAGAI BAPA.
Sesungguhnya setiap agama mempunyai pegangan masing-masing. Begitu juga dengan kepercayaan katolik. Mengikut kepercayaan katolik, mereka menganggap Tuhan mereka sebagai bapa. Mereka mengatakan Tuhan mereka ini sebagai pencipta langit dan bumi. Segala yang terdapat di langit dan bumi ini adalah ciptaan Allah. Allah juga mengikut kepercayaan katolik dianggap sebagai maha pengasih terhadap makluk ciptaannya terutamanya manusia. Manusia ini dianggap sebagai makhluk yang sangat istimewa di sisi Tuhan mereka.
Mereka percaya Allah menampakkan dirinya kepada manusia seperti yang telah berlaku kepada Nabi Musa (Kel. 3:1-16). Allah ini juga sentiasa memperingati manusia dan memberi wahyunya melalui para nabi yang diutuskan. Allah juga dikatakan sentiasa menampakkan diri kepada penganutnya. Hal ini adalah bertujuan untuk memperingati manusia supaya sentiasa mengingatinya dan mengetahui apa yang dilakukannya. Namun begitu, masih terdapat segelintir penganut-penganut ajaran katolik ini tersalah tafsir mengenai cara Tuhan mereka menampakkan dirinya. Walaubagaimanapun manusia akhirnya dapat melihat kewujudan Tuhannya di dunia melalui penciptaan Yesus kristus.
Oleh hal yang demikian, Tuhan menurut ajaran ini tidak hanya wujud di dunia tetapi juga wujud di syurga. Selain itu, merek juga yakin bahawa Tuhan itu wujud dan menjadi penghuni di dalam hati mereka. Allah menurut kepercayaan katolik dapat mendengar doa manusia dan dapat memahami hati dan jiwa manusia. Allah juga dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh manusia dan keinginan mereka. Penganut-penganut katolik perlu mendekatkan diri mereka kepada Tuhannya supaya mereka dapat memahami dan mengenal Tuhan. Allah juga bersifat kekal dan tidak ada permulaan dan pengakhiran. Allah juga sentiasa memelihara dan melindungi manusia dan makhluk ciptaannya.
Allah menginginkan manusia itu hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Allah mereka sentiasa melindungi umatnya daripada kesengsaraan , kematian dan penderitaan. Namun secara realitinya masih terdapat manusia yang hidup sengsara dan mati saban hari .Mereka percaya bahawa penderitaan dan kematian ini wujud disebabkan dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Jika Tuhan mereka menurunkan dan menyebabkan mereka sengsara, ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan diri mereka dan ia merupakan salah satu hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan dan dosa.
No comments:
Post a Comment