Tuesday, November 9, 2010

Rahsia di sebalik berbekam



Info berkaitan bekam
  • Bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit.) Setiap orang memiliki toksid di dalam badan. Toksid – toksid ini berasal daripada pencemaran udara, makanan yang banyak mengandung zat pewarna, , penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.
  • Berbekam dikenali sebagai cupping dalam Bahasa Inggeris dan Hijamah dalam Bahasa Arab
  • Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud " kesembuhan ubat itu ada 3 hal iaitu minum madu, pisau hijamah ( bekam ) dan besi panas. Tetapi aku melarang menggunakan besi panas " (Riwayat Bukhari)
  • jangan makan makanan berat sebelum berbekam (sekitar 2,3 jam sebelum melakukan proses rawatan)
  • Adalah lebih baik, kita berpuasa sebelum melakukan bekam
  • Jangan mandi selama 3 jam selepas proses rawatan


Waktu Berbekam
  • Isnin dan Selasa
  • Khamis
  • tidak sesuai dilakukan pada hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad ( Nabi Ayub diuji dengan penyakit semasa hari Rabu )
  • berbekam elok dilakukan di pertengahan bulan kerana pada ketika ini toksid-toksid di badan sedang berkumpul

kebaikan berbekam
  • Dikatakan dapat merawat 72 penyakit antaranya seperti :
1. migrin
2. Tegang Urat
3. Darah Tinggi
4. Angin Ahmar
5. Jerawat
6. Sembelit
7. Buah Pinggang
8. Sakit mata
9. Sakit gigi
10. Jantung
  • juga dapat memulihkan penglihatan yang kabur
  • Membantu meringankan tubuh badan kerana salah satu punca rasa malas adalah disebabkan oleh darah kotor.
  • Melegakan demam

Orang yang tidak boleh berbekam
  • Ibu mengandung
  • Wanita haid
  • Berada dalam keadaan letih, lapar atau kenyang
  • Masalah tekanan darah rendah
  • Pesakit kudis
  • Masalah kulit yang sangat serius.

* p/s : Kalu senggugut jangan gunakan seterika panas untuk di tuam pada perut ye (^_^)

No comments: