Adam dan Hawa, nenek moyang manusia jatuh ke dalam dosa kerana termakan buah pohon yang terlarang.
Menurut ajaran agama kristian, Adam adalah manusia yang mula-mula dijadikan Tuhan. Adam dijadikanNya daripada debu tanah dan kemudiaannya dihembuskan roh ke dalam jasadnya. Lalu, Adam ditempatkan di taman Firdausi atau juga disebut sebagai syurga di Tanah Eden. Semasa di syurga, Adam bebas untuk memakan apa sahaja makanan kecuali sejenis pohon pengetahuan akan hal baik dan jahat. Ia dilarang Tuhan untuk memakan buah pohon tersebut. Kemudian, dijadikan pula seorang isteri bagi Adam dari tulang rusuknya iaitu Hawa( Eve). Oleh kerana godaan iblis, buah pohon yang terlarang itu akhirnya dimakan Hawa. Kemudian diberikan Hawa pula kepada suaminya dan dimakannya juga. Oleh sebab itu Adam dan Hawa dihalau dari Taman Eden tersebut. Mereka lalu tinggal di bumi, beranak dan bercucu menjadi nenek moyang manusia turun-temurun. Dalam berumur sembilan ratus tiga puluh tahun, Adam mati. Berdasarkan kisah Adam dan Hawa yang telah melanggar larangan Tuhan kerana memakan buah pohon terlarang, penganut ajaran katolik percaya bahawa Adam dan Hawa adalah berdosa. Mereka percaya tiap-tiap anak yang dikandung dan dilahirkan oleh ibunya berada dalam keadaan berdosa. Dosa itu disebut sebagai dosa warisan, dosa pusaka, dosa asal atau dosa keturunan, iaitu dosa yang diwarisi atau yang berasal dari Adam yang merupakan nenek moyang manusia.
Tuhan menurunkan anaknya (Yesus) ke dunia menjadi manusia untuk disalibkan menjadi korban penebus dosa
Penganut katolik percaya bahawa Tuhan itu bersifat adil dan belas kasihan. Oleh sebab semua manusia sudah berdosa maka menurut mereka semua manusia harus mendapat hukuman yang kekal. Manusia tidak dapat dijadikan sebagai korban penebus dosa kerana mereka semua telah berdosa. Orang yang berdosa tidak boleh menyelamatkan orang lain sebab ia sendiri perlu diselamatkan. Jadi, Tuhan lalu menyuruh anaknya yakni Yesus yang suci datang ke dunia untuk menjadi penebus dosa tersebut.Ia menjelma menjadi manusia, dikandung dan dilahirkan oleh seorang anak dara yang bernama Maria. Setelah ia dewasa, ia telah ditangkap oleh orang Yahudi dan akhirnya disalib sehingga mati di atas kayu salib dan kemudiaannya dikuburkan. Pada hari ketiga selepas pengembumiaannya, mereka percaya Yesus dibangkitkan dan dinaikkan ke syurga untuk bersama-sama Tuhan Bapa di syurga. Kematian itu menurut ajaran kristian aadalah untuk menjadi pengantara sebagai korban penebus dosa dan hukuman dosa manusia seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Sumber : H. M Arsyad Thalid Lubis, 1982. Perbandingan Kristen dan Islam.
p/s : Buatlah perbandingan dgn sewajarnya. Saya percaya Islam adalah agama terbaik =)
No comments:
Post a Comment