Tuesday, November 30, 2010

Sejarah dan Pengaruh Kepercayaan Katolik



Gereja Roman Katolik pada peringkat awalnya telah diorganisasikan di bawah lima orang patriarck, para bishop dari Baitulmuqaddis, Antioch, Alexandria, Constantinople dan Rom. Namun begitu, bishop dari Rom telah diiktiraf oleh semua patriarck sebagai yang paling penting berbanding bishop-bishop yang lain. Bishop Rom mempunyai peluang yang lebih besar untuk menonjolkan diri kerana kota Rom pada ketika itu berfungsi sebagai pusat pemerintahan.


Kerajaan Rom telah berjaya meluaskan tanah jajahannya di sekitar Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara dan hal ini secara tidak langsung telah mengakibatkan status dan pengaruh bishop menjadi semakin besar apabila Rom telah menjadi ibu kota kerajaan. Sekiranya berlaku percanggahan pendapat berkaitan sesuatu doktrin atau prosedur, bishop Rom akan dirujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan. Akan tetapi, selepas ibu kota telah berpindah ke Constantinople, pengaruh bishop Rom telah terjejas. Rom mendakwa bahawa St Peter yang telah meninggal dunia di Rom itu merupakan Pope yang pertama dan St. Paul, Constantinople pula merupakan tempat tinggal Maharaja dan Senat.


Melalui kejayaan Apostolik, Gereja ini percaya bahawa ianya merupakan kesinambungan daripada sekumpulan orang Kristian yang diasaskan oleh Yesus dengan menyucikan Santo Petrus (gelaran bagi orang yang mempunyai keramat dalam agama kristian). Gereja ini menetapkan doktrin-doktrinnya melalui pelbagai konsili Ekumenis, mencontohi Rasul pertama dalam Konsili Baitulmuqaddis. Sepanjang dua ribu tahun, Gereja Katholik ini merupakan salah satu institusi gereja tertua di dunia yang berperanan penting dalam sejarah tamadun barat sejak abad ke-4.


Pada abad ke-11, perpecahan besar telah berlaku di dalam gereja tersebut, yang dikenali sebagai Perpecahan Akbar. Ianya berlaku antara penganut Kristian Timur dan Barat yang disebabkan oleh percanggahan tentang kepausan. Gereja-Gereja Timur tetap menjalinkan kerjasama dengan paderi besar Rom iaitu Pope untuk membentuk Gereja-Gereja Katolik Timur. Manakala Gereja-Gereja yang berada di luar kekuasaan Pope dikenali sebagai Gereja-Gereja Ortodoks Timur. Pada abad ke-16, wujud satu tanggapan berkaitan dengan reformasi Protestan di Eropah Barat. Gereja ini menyelenggarakan segala proses pembaharuan dan pengubahsuaian dalaman yang dikenali sebagai perbezaan-Reformasi.





No comments: