Ais Krim Malaysia
Kecur air liur apabila melihat sebatang ais krim yang sejuk dan segar di depan mata. Nyum..nyum. Hari ini saya hendak kongsi tentang perniagaan kecil-kecilan yang saya jalankan bersama rakan-rakan. Keuntungan tidaklah banyak, tetapi memadai dapat menampung perbelanjaan harian kami. Jadi duit gaji yang kami dapat, boleh disimpan sedikit.
Ais Krim Malaysia
Sebagai langkah permulaan, saya dan rakan-rakan cuba berjinak-jinak menjual benda yang mudah dan tidak memerlukan kos yang besar. Fikir punya fikir, idea pun datang dengan tiba-tiba. Ais Krim Malaysia sangat meninggalkan nostalgia dalam kehidupan kanak-kanak saya. Kalau dahulu, sebatang Ais Krim Malaysia dijual pada harga RM0.10. Kemudia meningkat kepada RM0.20. Kini harga sebatang Ais Krim RM0.30. Maklumlah taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Semua barangan naik harga.
Sasaran penjualan ais krim Malaysia kami sudah tentulah kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah. Antara perisa ais krim yang kami sediakan terdiri daripada perisa milo, anggur, asam boi dan sarsi. InsyaAllah untuk masa akan datang, kami bercadang untuk menambah beberapa perisa lain agar lebih bervariasi. Syukur Alhamdulillah, hari pertama perniagaan mencatatkan untungan. Semangat untuk meneruskan perniagaan semakin berkobar-kobar.
Perniagaan lain
Selain berniaga secara kecil-kecilan, pada masa akan kami telah merancang untuk menceburi bidang penjualan pakaian. Pendapatannya lebih berbaloi berbanding sekarang. InsyaAllah semua itu masih dalam perancangan. Semoga usaha-usaha kami ini mendapat sokongan daripada semua pihak. Saya sangat kagum dengan usahawan-usahawan Malaysia yang cemerlang dalam perniagaan mereka. Kadang kala saya berfikir sejenak, bagaimana mereka mampu meraih kejayaan sehingga ke tahap tersebut ?
Dalam hadis Nabi ada menyebut bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya daripada perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh Baginda sendiri. Memang tidak dapat dinafikan, tujuan perniagaan itu adalah untuk memperolehi keuntungan. Namun dalam sibuk kita menjana keuntungan, pastikan barangan yang ingin diniagakan itu berkualiti setimpal dengan harganya. Mencari rezeki biar berkat dan beroleh pahala. InsyaAllah.