Sepucuk surat dari rakan, salah satu cerpen yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung, KOMSAS tingkatan 1. Tahniah 1 Masyitah kerana berjaya mengadaptasi karya tersebut ke dalam bentuk lakonan.
PARA PELAKON
Hani sebagai watak utama iaitu Kamal manakala Syasya berperanan sebagai Abe, sahabat karibnya |
SESI PENGULASAN
Penerangan lebih lanjut berkaitan sinopsis, tema, pengajaran dan nilai daripada Rabiah, Atikah dan Amira. Pembentangan yang menarik dan bersahaja. |
Si kecil Rabiah yang menghiburkan penonton dengan watak lebahnya. Comel sangat. |
Sinopsis sepucuk surat daripada kawan
Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima jam.
Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya.
Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.
No comments:
Post a Comment