Tuesday, November 25, 2014

Belanja punya cerita.

Peningkatan kos sara hidup sangat membimbangkan golongan berpendapatan rendah. Kalau di Malaysia, mereka yang berpendapatan purata sekitar RM3000.00 ke bawah dikelaskan sebagai miskin bandar. Jadi bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja kilang dan yang seangkatan dengannya?

Oleh itu mahu atau tidak, sebagai masyarakat yang peka kita perlu merangka perbelanjaan hidup dengan bijak.  Apatah lagi kalau kita mempunyai sebuah keluarga besar dan tanggungan yang ramai. 

Kelebihan merancang perbelanjaan harian antaranya ialah dapat meminimumkan penggunaan wang untuk perkara yang tidak penting. Kita perlu serius dalam membezakan keperluan dan kehendak. 


Manfaat merangka perbelanjaan bukan sekadar mendatangkan keuntungan kepada kita bahkan orang disekitar juga. Lebihan wang perbelanjaan boleh diguna untuk simpanan masa hadapan atau tabungan kecemasan.



Malahan yang utama juga kita dapat tahu wang gaji kita banyak dihabiskan untuk apa dan ke mana perginya....tiada lagi dialog " Aku tak tau gaji aku pergi mana." Realiti diri sendiri...huhu.

* Jom mula buat perbelanjaan keluarga atau diri sendiri untuk kemaslahatan diri ^^, 

Monday, November 24, 2014

Tips of Borneo

Alhamdulillah hari ini Allah murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik. Jadi hari ini kembara kami menuju ke utara Sabah iaitu Tanjung Simpang Mengayau. Juga dikenali sebagai Tip of Borneo. 

Kalau kita perhatikan peta Malaysia, mesti kita akan perasan satu bahagian di Sabah yang kelihatan seperti bentuk haiwan. Cuba tengok dengan teliti. Betul tak? Jadi itulah Simpang Mengayau.



Perjalanan kami bermula seawal pukul 8.20 pagi. Syukur jalan raya lengang. Dengan perasaan gembira kami lafazkan puji-pujian buat Yang Maha Esa. Perjalanan ke Kudat dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dan bergantung kepada kadar pemanduan anda.



Jika anda dari Kota Kinabalu, anda perlu melalui Tuaran. Kemudian  ke Kota Belud, Kota Marudu dan akhirnya tibalah ke Kudat. Kira-kira 183km. Perjalanan yang diwarnai dengan keindahan panorama kehidupan desa. Rasa seperti pulang ke kampung halaman terutama ketika menelusuri jalan raya di sepanjang Kota Belud.  Kiri dan kanan jalan terbentang sawah padi nan permai. Perasaan yang berbunga riang.



Setibanya anda di Kudat, anda perlu peka dengan simpang untuk ke Tg Simpang Mengayau. Signboard yang dipaparkan tidaklah begitu besar. Anda perlu menempuh lagi perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke tanduk Borneo tu. Memang menuntut kesabaran.


Subhanallah, hanya itu yang mampu diungkapkan. Cantik sangat. Air laut sangan jernih dan berwarna biru.



               Inilah laluan untuk ke Tips of Borneo. Anda perlu berjalan kaki untuk ke sana.



                 
  Sedikit panorama Tg Simpang Mengayau. Kelihatan jelas laut Sulu yang terbentang luas.



Cuba perhatikan dengan teliti. Inilah kawasan yang kelihatan seperti mulut haiwan dalam peta Malaysia tu. Penghujung Borneo.




Mengabadikan kenangan di sini sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Perjalanan yang sungguh mengujakan. Terima Kasih ya Allah.

* Syukur ketika diberi ujian dan kebahagiaan.

Hijrah ke Sabah

Assalamualaikum...

Aduh kesian dengan blog ni. Lama sangat tidak dijengah.

2014 membuka lembaran baru dan kini ia bakal melabuhkan tirai. Syukur Allah pilih insan yang kerdil ini untuk kembara jauh nun ke Borneo.

Alhamdulillah permohonan pindah untuk mengikut suami tercinta Allah makbulkan. Puji-pujian selayaknya buat Sang Pencipta.

Kini saya berkhidmat di SMK Agama Kota Kinabalu dengan persekitaran dan budaya yang sangat berbeza. Perbezaan budaya membuatkan saya rindu dengan suasana di Semenanjung terutamanya bab makan. Walaubagaimanapun Sabah ada keunikan yang tersendiri.

* Hijrah penting ke arah penambaikan dalam diri.