Tuesday, November 25, 2014

Belanja punya cerita.

Peningkatan kos sara hidup sangat membimbangkan golongan berpendapatan rendah. Kalau di Malaysia, mereka yang berpendapatan purata sekitar RM3000.00 ke bawah dikelaskan sebagai miskin bandar. Jadi bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja kilang dan yang seangkatan dengannya?

Oleh itu mahu atau tidak, sebagai masyarakat yang peka kita perlu merangka perbelanjaan hidup dengan bijak.  Apatah lagi kalau kita mempunyai sebuah keluarga besar dan tanggungan yang ramai. 

Kelebihan merancang perbelanjaan harian antaranya ialah dapat meminimumkan penggunaan wang untuk perkara yang tidak penting. Kita perlu serius dalam membezakan keperluan dan kehendak. 


Manfaat merangka perbelanjaan bukan sekadar mendatangkan keuntungan kepada kita bahkan orang disekitar juga. Lebihan wang perbelanjaan boleh diguna untuk simpanan masa hadapan atau tabungan kecemasan.



Malahan yang utama juga kita dapat tahu wang gaji kita banyak dihabiskan untuk apa dan ke mana perginya....tiada lagi dialog " Aku tak tau gaji aku pergi mana." Realiti diri sendiri...huhu.

* Jom mula buat perbelanjaan keluarga atau diri sendiri untuk kemaslahatan diri ^^, 

Monday, November 24, 2014

Tips of Borneo

Alhamdulillah hari ini Allah murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik. Jadi hari ini kembara kami menuju ke utara Sabah iaitu Tanjung Simpang Mengayau. Juga dikenali sebagai Tip of Borneo. 

Kalau kita perhatikan peta Malaysia, mesti kita akan perasan satu bahagian di Sabah yang kelihatan seperti bentuk haiwan. Cuba tengok dengan teliti. Betul tak? Jadi itulah Simpang Mengayau.



Perjalanan kami bermula seawal pukul 8.20 pagi. Syukur jalan raya lengang. Dengan perasaan gembira kami lafazkan puji-pujian buat Yang Maha Esa. Perjalanan ke Kudat dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dan bergantung kepada kadar pemanduan anda.



Jika anda dari Kota Kinabalu, anda perlu melalui Tuaran. Kemudian  ke Kota Belud, Kota Marudu dan akhirnya tibalah ke Kudat. Kira-kira 183km. Perjalanan yang diwarnai dengan keindahan panorama kehidupan desa. Rasa seperti pulang ke kampung halaman terutama ketika menelusuri jalan raya di sepanjang Kota Belud.  Kiri dan kanan jalan terbentang sawah padi nan permai. Perasaan yang berbunga riang.



Setibanya anda di Kudat, anda perlu peka dengan simpang untuk ke Tg Simpang Mengayau. Signboard yang dipaparkan tidaklah begitu besar. Anda perlu menempuh lagi perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke tanduk Borneo tu. Memang menuntut kesabaran.


Subhanallah, hanya itu yang mampu diungkapkan. Cantik sangat. Air laut sangan jernih dan berwarna biru.



               Inilah laluan untuk ke Tips of Borneo. Anda perlu berjalan kaki untuk ke sana.



                 
  Sedikit panorama Tg Simpang Mengayau. Kelihatan jelas laut Sulu yang terbentang luas.



Cuba perhatikan dengan teliti. Inilah kawasan yang kelihatan seperti mulut haiwan dalam peta Malaysia tu. Penghujung Borneo.




Mengabadikan kenangan di sini sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Perjalanan yang sungguh mengujakan. Terima Kasih ya Allah.

* Syukur ketika diberi ujian dan kebahagiaan.

Hijrah ke Sabah

Assalamualaikum...

Aduh kesian dengan blog ni. Lama sangat tidak dijengah.

2014 membuka lembaran baru dan kini ia bakal melabuhkan tirai. Syukur Allah pilih insan yang kerdil ini untuk kembara jauh nun ke Borneo.

Alhamdulillah permohonan pindah untuk mengikut suami tercinta Allah makbulkan. Puji-pujian selayaknya buat Sang Pencipta.

Kini saya berkhidmat di SMK Agama Kota Kinabalu dengan persekitaran dan budaya yang sangat berbeza. Perbezaan budaya membuatkan saya rindu dengan suasana di Semenanjung terutamanya bab makan. Walaubagaimanapun Sabah ada keunikan yang tersendiri.

* Hijrah penting ke arah penambaikan dalam diri.

Friday, September 6, 2013

Jakun Merdeka

Panorama sekitar sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 peringkat Negeri Johor yang diadakan buat ulung kalinya di Bandar Penawar. Semoga Malaysia terus gemilang dan maju. Entry kali ini memilih perkataan Jakun sebab pertama kali dalam hidup, saya menyaksikan sambutan kemerdekaan secara langsung.

Sambutan kali ini sememangnya berjaya meyakinkan saya akan peranan anggota keselamatan dalam mempertahakan tanah air khususnya Angkatan tentera Malaysia. Walaupun ada saki baki anggota keselamatan yang berkhidmat untuk kepentingan peribadi namun tiada siapa mampu menafikan peranan penting mereka. . Syabas dan tahniah



Kontinjen Pancaragam SK Bandar Penawar 



Kontinjen Pasukan Puteri Islam Malaysia, SMK Agama Bandar Penawar


Johan keseluruhan bagi kategori unit beruniform pelajar. PPIM SMKA Bandar Penawar



Adik-adik kecil turut memeriahkan suasana sambutan. 








Sepucuk surat daripada kawan

Sepucuk surat dari rakan, salah satu cerpen yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung, KOMSAS tingkatan 1. Tahniah 1 Masyitah kerana berjaya mengadaptasi karya tersebut ke dalam bentuk lakonan. 

PARA PELAKON

Hani sebagai watak utama iaitu Kamal manakala Syasya berperanan sebagai Abe, sahabat karibnya

SESI PENGULASAN

Penerangan lebih lanjut berkaitan sinopsis, tema, pengajaran dan nilai daripada Rabiah, Atikah dan Amira. Pembentangan yang menarik dan bersahaja. 


Si kecil Rabiah yang menghiburkan penonton dengan watak lebahnya. Comel  sangat. 



Sinopsis sepucuk surat daripada kawan

Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima jam.
Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya.
Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.











Wednesday, May 22, 2013

Arabella Muslimah Part III


RT 01





RT 02




Saiz : M
Bahu : 15
Punggung : 23
Labuh : 51
Labuh Tangan : 22
RM : 75  free postage


  •  Simple dan bergaya
  •  Tidak jarang
  • Tidak melekat di badan
  • Mesra cucian
  • Patuh Syariah 

Telefon: 0134021400, 0134764110


Tempahan (Pilih satu sahaja):
  • SMS (sahaja) Bahagian Online Arabella Muslimah:
  • 013-476411o 
  • 017-5021322
  • 012-0137773778
  •  013-4021400

     2.  Email: pakaikasutsebelah@yahoo.com

Boleh buat pembayaran : CIMB 02080109400521 ( Aimy Nadiyah)
   

Pertanyaan:  Cik Aimy Nadiah - 0134764110

PROSES

CARA PEMBELIAN

  1. Sila tunggu respond harga daripada kami.
  2. Buat bayaran.
  3. Maklumkan bayaran berserta bukti bayaran.
  4. Pos bungkusan.
  5. Bungkusan selamat sampai ke tangan anda.
Sila sertakan maklumat lengkap untuk setiap tempahan:
  1. Nama
  2. Alamat
  3. No tel
  4. Tempahan (Kod)




Tuesday, May 21, 2013

Arabella Muslimah Part II


ZB 01


Saiz : S
Bahu : 14 1/2
Punggung : 20 1/2
Labuh : 50
Labuh Tangan : 21 1/2
RM : 75 + Postage

ZB 02 

Saiz : S
Bahu : 15
Punggung : 22
Labuh : 50
Labuh Tangan : 21 
RM : 75 + Postage


  •  Simple dan bergaya
  •  Tidak jarang
  • Tidak melekat di badan
  • Mesra cucian
  • Patuh Syariah 

Telefon: 0134021400, 0134764110


Tempahan (Pilih satu sahaja):
  • SMS (sahaja) Bahagian Online Arabella Muslimah:
  • 013-476411o 
  • 017-5021322
  • 012-0137773778
  •  013-4021400

     2.  Email: pakaikasutsebelah@yahoo.com

Boleh buat pembayaran : CIMB 02080109400521 ( Aimy Nadiyah)
   

Pertanyaan:  Cik Aimy Nadiah - 0134764110

PROSES

CARA PEMBELIAN

  1. Sila tunggu respond harga daripada kami.
  2. Buat bayaran.
  3. Maklumkan bayaran berserta bukti bayaran.
  4. Pos bungkusan.
  5. Bungkusan selamat sampai ke tangan anda.
Sila sertakan maklumat lengkap untuk setiap tempahan:
  1. Nama
  2. Alamat
  3. No tel
  4. Tempahan (Kod)


Arabella Muslimah Part I

KB 01


Saiz : M
Bahu : 151/2
Punggung : 22
Labuh : 51
Labuh Tangan : 21
RM : 75 + Postage

  •  Simple dan bergaya
  •  Tidak jarang
  • Tidak melekat di badan
  • Mesra cucian
  • Patuh Syariah 



Telefon: 0134021400, 0134764110


Tempahan (Pilih satu sahaja):
  1. SMS (sahaja) Bahagian Online Arabella Muslimah:
  • 013-476411o 
  • 017-5021322
  • 012-0137773778
  •  013-4021400

     2.  Email: pakaikasutsebelah@yahoo.com

Boleh buat pembayaran : CIMB 02080109400521 ( Aimy Nadiyah)
   

Pertanyaan:  Cik Aimy Nadiah - 0134764110

PROSES

cara PEMBELIAn

  1. Sila tunggu respond harga daripada kami.
  2. Buat bayaran.
  3. Maklumkan bayaran berserta bukti bayaran.
  4. Pos bungkusan.
  5. Bungkusan selamat sampai ke tangan anda.
Sila sertakan maklumat lengkap untuk setiap tempahan:
  1. Nama
  2. Alamat
  3. No tel
  4. Tempahan (Kod)

Sila maklumkan nama, jumlah dan bank sekiranya telah membuat bayaran, terima kasih.