Semester 6 semakin melabuhkan tirai...pada detik dan waktu ini,kolej sudah mulai terasa sunyi dan lengang. Dikesempatan yang agak terbatas ni,saya nk mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman .Sekiranya sepanjang semester ni, ada kesilapan sama ada perbuatan dan pertuturan yang tidak disedari, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...Semoga kita dapat menggunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin dan tidak ianya berakhir dengan sia-sia. Buat mummy dan mak tiri tersayang, selamat balik ke Sarawak...Siti dan Sufi selamat bercuti..jumpa lagi sem depan.Salam =)
Tuesday, May 4, 2010
Sunday, May 2, 2010
Risau
Alhamdulillah,tinggal satu je lagi kertas peperiksaan. 5hb ni bermulalah cuti semester saya. Semalam abang saya call bagitau emak saya dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam. Risau di hati ni hanya Allah yang tahu. Malam pun tak lena tidur dek mengenangkan kondisi si emak. Tak sabar nak habiskan exam dan terus ke sana. Mudah-mudahan emak sentiasa dilindungi dan cepat sembuh. Doakan semuanya berjalan lancar. Kematian itu pasti. Sekiranya hidup itu lebih baik untuk emak, semoga dipanjangkan usia untuk mak terus beribadah kepadaNya. Namun seandainya kematian itu baik lebih baik untuk mak, aku sebagai hamba redha di atas ketentuannya.
Saturday, May 1, 2010
Impian
Setiap orang mesti mempunyai impian hidup. Walaupun sekadar impian tetapi tiada yang mustahil kerana bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia (kun fa ya kun ). Suka saya berkongsi impian saya dengan semua orang,moga-moga menjadi motivasi kita bersama.
berjaya menggenggam segulung ijazah dan lulus dengan cemerlang...doa-doakan
menjadi seorang pendidik yang dapat berbakti kepada anak bangsa
berkahwin dengan orang yang kita sayangi =)
memiliki zuriat yang ramai, soleh dan solehah
dan yang penting menjadi keluarga yang bahagia
(baiti jannati)
rumah idaman je,tak tau boleh dapat ke tak...
Ada mini perpustakaan di rumah
kawasan lanskap yang menarik di rumah...sejuk ke mata memandang
nak bawak mak dan family ke Mekah , insyallah....
pergi jalan-jalan dengan family time cuti sekolah =)
Banyak lagi sebenarnya impian saya, buat masa ni cukuplah sekadar itu. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menuntukan. Tapi tak salah kan sekiranya kita ada impian? Cuma saya nak ingatkan diri saya dan semua orang, jangan hanya sekadar memiliki impian besar tapi tiada usaha untuk mencapainya. Selamat maju jaya...=)
Pesanan buat kekasih
Seandainya mencintaiku
membuatkan kau jauh daripadaNya
aku rela berkorban...
lantas mengundurkan diri
demi memelihara agamamu
Seandainya mencintaiku
membuatkan dirimu makin mencintaiNya
terimalah aku apa adanya
kerana aku mahu
cinta itu membawa aku dan kau mencintaiNya
Sang Murabbi
Salam...
Sudah lama tidak mengemaskini blog saya ini. Kesibukan menduduki peperiksaan membataskan saya untuk berkongsi sesuatu dengan anda. Saya sering terfikir maklumat apa yang sesuai untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan biarlah berilmu dan bermaklumat.
Baiklah,suka saya berkongsi sedikit cerita berkaitan sebuah filem Indonesia yang baru sahaja saya tonton iaitu "Sang Murabbi" berkaitan perjalanan hidup seorang daie ataupun pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Rahmat Abdullah.
Filem ini banyak menyentuh tentang bagaimana dakwah seharusnya disampaikan dalam keadaan masyarakat yang "sakit" seperti di negara kita ini . Methodologi dakwah disampaikan oleh beliau melalui pendekatan yang cukup berhemah , mesra, dapat di terima ramai dan menarik.
Sebagai contoh dakwah secara tidak langsung disampaikan seperti di pementasan drama, rehlah di kawasan air terjun dan beberapa babak lagi yang amat menarik untuk contohi . Tugas dakwah bukan sekadar dibahu ulama,ustaz dan ustazah sahaja, bahkah kita juga boleh dan mampu seandainya kita tahu.
Daripada Abdullah bin 'Amr ra, sesungguhnya Nabi saw bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."
Jalan ceritanya menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi. Jadi, kepada kawan-kawan yang belum berkesempatan untuk menonton filem ini, ambillah sedikit masa kerana selain kita berhibur kita dapat manfaat. Moga ianya menjadi iktibar dan pedoman untuk kita semua. Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)