Seandainya mencintaiku
membuatkan kau jauh daripadaNya
aku rela berkorban...
lantas mengundurkan diri
demi memelihara agamamu
Seandainya mencintaiku
membuatkan dirimu makin mencintaiNya
terimalah aku apa adanya
kerana aku mahu
cinta itu membawa aku dan kau mencintaiNya
2 comments:
subhanallah..itukah?
Kemanisan Iman - Cinta Allah dan Rasul
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
_________________________
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
Post a Comment