Saturday, May 1, 2010

Sang Murabbi

Salam...
Sudah lama tidak mengemaskini blog saya ini. Kesibukan menduduki peperiksaan membataskan saya untuk berkongsi sesuatu dengan anda. Saya sering terfikir maklumat apa yang sesuai untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan biarlah berilmu dan bermaklumat.

Baiklah,suka saya berkongsi sedikit cerita berkaitan sebuah filem Indonesia yang baru sahaja saya tonton iaitu "Sang Murabbi" berkaitan perjalanan hidup seorang daie ataupun pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Rahmat Abdullah.



Filem ini banyak menyentuh tentang bagaimana dakwah seharusnya disampaikan dalam keadaan masyarakat yang "sakit" seperti di negara kita ini . Methodologi dakwah disampaikan oleh beliau melalui pendekatan yang cukup berhemah , mesra, dapat di terima ramai dan menarik.

Sebagai contoh dakwah secara tidak langsung disampaikan seperti di pementasan drama, rehlah di kawasan air terjun dan beberapa babak lagi yang amat menarik untuk contohi . Tugas dakwah bukan sekadar dibahu ulama,ustaz dan ustazah sahaja, bahkah kita juga boleh dan mampu seandainya kita tahu.

Daripada Abdullah bin 'Amr ra, sesungguhnya Nabi saw bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."

Jalan ceritanya menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi. Jadi, kepada kawan-kawan yang belum berkesempatan untuk menonton filem ini, ambillah sedikit masa kerana selain kita berhibur kita dapat manfaat. Moga ianya menjadi iktibar dan pedoman untuk kita semua. Wallahualam.



1 comment:

areshan said...

Makalah : Hadith
Tujuh Golongan Yang Bahagia di Akhirat

14 Mei 2007
Ust Dr Abdullah Yasin


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجَلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنَّى أخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخفَاهَا حتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَلِيْلً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.


Terjemahan:

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:

1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.

[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

adakah kita tergolong dalam kategori yang tersebut di atas ini.. maka fikir2kan lah..