Friday, August 20, 2010

Sendirian...lebih baik?

Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 12.50 pagi. Mata mengantuk. Tapi bila memikirkan hati yang walang ni, mata yang layu celek semula. Teringat bait-bait lirik sebuah lagu


Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
Siang malam tak berbintang
ini lah lukisan alam

Begitulah lumrah perjalanan kehidupan manusia. Ada masa kita rasa gembira. Ada masa kita rasa bosan, sedih dan macam-macam perasaan muncul. Inilah yang dikatakan indahnya kehidupan.

Bersendirian
kadang aku rasa bersendirian itu lebih baik. Tak payah fikir tentang orang lain. Tak perlu risau dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Aku dengan duniaku. Tapi sampai bila aku boleh bertahan begitu. Betahkah aku duduk bersendirian berhadapi pelbagai cabaran tanpa bantuan orang lain? Mampu ke aku begitu? Tak kan hari-hari nak bercakap dengan diri sendiri? Semua masalah aku simpan sendiri dan tak perlu di canang pada orang lain?


Teman
Ada teman tidak semestinya dia memahami kita. Masalah kita. Perasaan kita. Teman ketawa senang dicari. Teman menangis bersama-sama? kalau ada pun satu antara beribu. Bila berteman banyak perasaan nak dijaga. Dalam masa yang sama perasaan sendiri pun perlu dijaga. Silap kata,salah bicara...tanggung sendiri. Mula tak bertegur sapa, muka masam mencuka. Masing-masing dengan hal sendiri. Kau adalah engkau. Aku adalah aku. Sedangkan perkara yang diselisihkan bukanlah sebesar dan seserius mana. Merajuk sebab tak ajak ke kelas bersama-sama. Kecil hati sebab tidak bertegur sapa dan macam-macamlah perkara remeh-temeh yang diperbesar-besarkan. Huh,penat dan letih nak menghadapinya.


Cinta.
Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Kadang kala rasa bahagia. Kadang kala rasa sunyi ,walaupun hakikatnya cinta itu ada. Macam biskut pun ada jugak...kejap ada kejap tak ada. Kadang kala ianya hadir mewarnai hari-hari...cinta sahabat, cinta keluarga,cinta 'si dia '. Kadang kala cinta itu sepi seolah-olah hilang bersama angin. Tapi yang aku pasti,di kala aku kesunyian memang cinta daripadaNya sentiasa ada. DIA tahu aku sedih. DIA tahu aku gembira. Segala-galanya DIA tahu, kerana DIA Maha Mengetahui.


Sekiranya aku diberikan satu permintaan, aku berharap sangat dapat pergi ke sebuah tempat yang sangat mendamaikan. Tempat yang boleh menenangkan fikiran. Agak tidak logik kalau pagi-pagi buta ni aku dapat ke tempat sebegitu. Tapi, manalah tau permintaanku dikabulkan sewaktu di alam mimpi...amin moga diperkenankan. Ku cari damai di hati.




2 comments:

chacha said...

^_^....

kdg2 bersendirian tue lbh baik apabila keadaan memerlukn kita utk bersendirian kita blh bermunasabah sendiri(bertanya soalan pd diri sendiri & jwb sendiri2 jugaklh). yup mmg tersgt sgt ssh nk fhm org, sbb org pn ssh jugak nk fhm diri kita. kita sllu mengharap dlm idup, sbb itu kita mdh kecewa, sedih, x hepi apabl benda yg kite harap x seperti yg kite hendak(pengajaran utk diri ku sendiri nie hehe). jgn terlalu mengharap kita akn mendpt yg kita hdk, tapi berbahagialh atas apa yg kita beri pd org lain.....

peace!^_^

KASIH SYUHADA said...

thanks chacha...ya,jadilah manusia yg bersyukur kan.