Friday, October 8, 2010

Perasa hidup

Tanggal 8 Oktober 2010.
11.51 malam

Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk menjengah ke pukul 12.00 malam. Kerja yang perlu diselesaikan masih banyak menanti. Hari-hari mengeluh, walaupun tahu ianya tidak baik untuk kesihatan. Oktober, bulan yang sibuk dengan tugasan dan aktiviti. Masalah datang satu persatu. Semoga diberikan kekuatan dan keupayaan untuk terus bertahan.

Saling faham-memahami

Kunci sebuah perhubungan adalah sikap saling faham memahami. Kadang kala kita merasakan bahawa kita sudah cukup mengenali seseorang. Tetapi, semakin lama kita mengenalinya semakin sukar untuk kita memahaminya. Alangkah bagusnya jika suara hati kita mampu didengari. Tak perlu bersusah payah menyatakan perasaan yang terbuku di hati. Kita mahu orang menjaga perasaan kita, tapi antara sedar atau pun tidak kita juga seperti mereka. Sama-sama pentingkan diri sendiri. Manusia akan marah dan memberontak apabila keinginan atau kehendak diri tidak berjaya diperolehi. Unik dan hebat sungguh perasaan yang dicipta oleh Allah ini.

Belajar menghargai sesuatu.

Kita akan sedih dan belajar menghargai apabila sesuatu yang disayangi itu hilang. Manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dihajati. Tidak kisah bergolok-bergadai, tidak peduli soal malu, tidak kisah berapa banyak yang dibelanja asalkan apa yang dikehendaki mampu diperolehi. Mula-mula dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sangat berhati-hati. Takut ianya rosak atau sakit. Tapi lama kelamaan, bila sudah jemu dan jumpa sesuatu yang lebih baik, yang lama bagai melukut di tepi gantang. Ada atau tidak, sama sahaja. Bila yang lama sudah hilang atau rosak, baru kita sedar bahawa ianya sangat berharga. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, tapi yang baru pasti tidak sama dengan yang lama. Jadi belajarlah untuk menghargai.


Andai ujian dan dugaan ini adalah sesuatu yang baik, aku redha .Semoga ianya membuatkan aku menjadi insan yang lebih tabah dan sabar. Ku pegang kata-kata " apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian". Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui sendirian. Oleh itu, janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan. Tabahlah dalam menempuh ranjau dan duri kehidupan, kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba ke sasarannya. Cayok2 Syuhada....(^ ,^)













No comments: