Friday, July 20, 2012

KELEBIHAN AYATUL QURSI



Mengapa ayat qursi sangat digalakkan untuk kita membacanya? Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang mungkin kita tidak tahu. 



kelebihan ayat qursi

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Jadi sebelum tidur ambillah beberapa minit, untuk membacanya, tidak susahpun jika kita mahu.


 

2)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. Sejurus selesai melaksanakan solat fardu, jadikan ayat kursi sebagai sebahagian zikirnya. Selamat beramal


3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Hebat bukan kelebihan ayat ini, siapa yang tidak mahu masuk ke syurga? Apa lagi rebutlah peluang yang ada. 


4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
 

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Apabila kita mengamalkan ayatul qursi, selepas ini tidak perlulah menggaji pengawal lagi, kerana Allahlah sebaik-baik pelidung. Musibah dan kesenangan itu milik Allah. 
 

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. Semoga kita beroleh Husnul Qhotimah kelak. InsyaAllah.
 

7)Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Memohonlah padaNya kerana Allah sentiasa dekat kepada kita. Jangan hanya mengingatiNya waktu susah sahaja. 


Kepada sesiapa yang belum menghafal dan memahami maksud ayat qursi, berusahalah dari sekarang. Dekat sekolahpun kita sudah diajar membacanya. Lakukan satu hari, satu ayat. Lama kelamaan pasti boleh. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita kelak, InsyaAllah. Salam Ramadhan.

Contoh kertas kerja program lawatan

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA


1.0       PENDAHULUAN
Sejarah merupakan jati diri bangsa yang perlu dipelihara dan dipertahankan daripada generasi ke generasi. Kesedaran terhadap peri pentingnya mengetahui dan menghargai sejarah bangsa perlu dipupuk dan dan ditanamkan dalam diri generasi muda terutamanya golongan pelajar.Menyedari hakikat kepentingan celik sejarah dan sedar sejarah di kalangan pelajar dewasa ini maka Panitia Sejarah SMK Bandar Baru Serting berhasrat menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara.

2.0              OBJEKTIF
2.1     Menyedarkan pelajar tentang pentingnya mempelajari subjek sejarah
2.2     Memperkayakan pengetahuan pelajar tentang sejarah bangsa melalui lawatan
    ke Muzium Negara
2.3     Memupuk semangat jati diri dan cinta akan bangsa, negara dan agama.
2.4  Sebagai wahana mewujudkan pelajar berharmoni dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk memelihara dan mengekalkan warisan Negara.

3.0       ANJURAN
Panitian Sejarah SMK Bandar Baru Serting

4.0       TARIKH
11 Jun 2012 ( Isnin )

5.0       PENYERTAAN
Seramai 38 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa/ penjaga. Seramai 6 orang guru akan mengawasi sepanjang program lawatan ini berjalan. 


6.0       YURAN LAWATAN
RM 30

7.0       STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi                :          Pn Hajah Norhayati Bt Mat Nor
Naib Pengerusi       :          Pn Zainon Bt  Idris
Setiausaha               :          En Arief Azahari Bin Abd Razak
AJK Pelaksana       :          1. Cik Hernawati Bt Amir
                                          2. Cik Nur Syuhada Bt Abdul Rahim
                                          3. En Khairul Azizi Bin Ahmad
                                          4. En. Kamsidi Bin Salbani
                                          5. Cik Farah Alia Bt Abdullah

8.0        ANGGARAN PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

PENDAPATAN
8.1  Yuran penyertaan pelajar                               RM 30 X 44 = RM 1320.00
8.2   Sumbangan sekolah                                                               RM   100.00
8.3   Sumbangan PIBG                                                                  RM    100.00
                                                           Jumlah                                       RM 1520.00    


     PERBELANJAAN
8.3   Sarapan / minum petang :
a                                Roti                                                 RM 1.30 X 44 X 2 = RM 114.40
                       Air Mineral                                     RM 1.00 X 44 X 2 = RM   88.00
8.4  Bayaran pengangkutan                                                       RM 800.00
8.5  Makan Tengahari                              RM 11.76 X 44    =   RM 517.60
              Jumlah                                                                              RM 1520.00  


9.0         TENTATIF PROGRAM LAWATAN


Masa

Aktiviti

7.30 pagi
8.00 pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
1.30 tengahari
2.30 petang
3.00 petang
5.30 petang

-          Berkumpul di sekolah / pendaftaran
-          Bersedia untuk bertolak ke Muzium Negara
-          Rehat dan sarapan pagi
-          Tiba dan melawat di sekitar Muzium Negara
-          Makan tengaha hari / solat
-          Berkumpul semula
-          Bertolak balik ke Jempol
-          Tiba di SMKBBS





10.0     PENUTUP
Lawatan sambil belajar ini diharapkan akan dapat mencapai objektifnya dan menyuntik semangat akan pentingnya sejarah dalam kehidupan dewasa ini sebagai panduan untuk masa akan datang. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini . Sokongan idea, material dan moral semua pihak amat dialu-alukan



Disediakan oleh,

……………………………
En. Arief Zahari Bt  Abd Razak
Setiausaha
Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara





Wednesday, July 18, 2012

Bersangka Baik

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas.Kekangan masa sangat membataskan saya untuk menulis. Sekadar perkongsian, kini saya baru sahaja berpindah ke tempat baru. Cabaran hidup baru bermula. Ya, ujian yang sedikit ini membuatkan saya semakin tabah. Semoga terus diberi kekuatan dan kemampuan.


Derita sahabat baru

Mungkin perasaan ini sukar untuk saya gambarkan, kerana saya belum melaluinya. Berpisah dengan orang tersayang dengan kondisi kesihatan yang kurang memuaskan. Meninggalkan suami dan anak yang jauh daripada pandangan mata. Perkara ini  terpaksa ditempuhi oleh sahabat baru saya. Tempoh perkenalan yang singkat belum membantu saya untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Saya akui agak kurang empati dengan masalah yang dihadapinya. Semoga dia terus tabah. Kata-kata sabar bukan semudah yang diungkapkan. Realitinya semua daripada kita mengetahui hakikat sabar, namun untuk menjadi seorang sabar itu perlukan mujahadah.Ya, mungkin situasi itu bakal saya tempuhi kelak.

Saya letih melihat sahabat saya berulang alik dari Utara ke Selatan tanah air. Setiap minggu! Kekuatan apakah yang kau miliki duhai sahabat? Berkorban untuk orang lain tetapi pengorbananmu tidak dihargai langsung. Semoga terus kuat dan cekal wahai sahabatku. Kami terima tempias penderitaanmu. Kata-kata yang kurang menyenangkan sering terngiang-ngiang di telinga kami menceritakan tentang dirimu.Firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286) Allah tidak menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Allah memilih dirimu kerana DIA tahu kau mampu melaluinya. Jangan pernah menyalahkan takdir.


Misteri

 Hidup saya dan sahabat yang lain disulami misteri. Penyakit sahabat tadi menjangkit pada kami.  Saban hari kami dihimpit dengan gangguan-gangguan aneh yang sukar dipercayai. Hikmah terbesar yang Allah beri, saya dan sahabat lain semakin berani. Kalau dulunya solat berasingan, tetapi kini solat berjemaah menjadi budaya rumah kami. Bacaan ayat-ayat Allah berkumandang setiap hari. Saya perhatikan, sahabat yang dulunya jauh dari Al-Quran mula menjinakkan diri dengan alunan ayat suci ini. Perbincangan perihal agama sering menjadi topik perbualan kami. Terima Kasih Ya Allah. Ujian yang kau berikan ini benar-benar menyedarkan kami tentang kekuasaanMU. Bersangka baik dengan apa yang berlaku menjadikan kita insan positif. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)


TERIMA KASIH  ALLAH