Friday, July 20, 2012

KELEBIHAN AYATUL QURSI



Mengapa ayat qursi sangat digalakkan untuk kita membacanya? Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang mungkin kita tidak tahu. 



kelebihan ayat qursi

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Jadi sebelum tidur ambillah beberapa minit, untuk membacanya, tidak susahpun jika kita mahu.


 

2)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. Sejurus selesai melaksanakan solat fardu, jadikan ayat kursi sebagai sebahagian zikirnya. Selamat beramal


3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Hebat bukan kelebihan ayat ini, siapa yang tidak mahu masuk ke syurga? Apa lagi rebutlah peluang yang ada. 


4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
 

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Apabila kita mengamalkan ayatul qursi, selepas ini tidak perlulah menggaji pengawal lagi, kerana Allahlah sebaik-baik pelidung. Musibah dan kesenangan itu milik Allah. 
 

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. Semoga kita beroleh Husnul Qhotimah kelak. InsyaAllah.
 

7)Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Memohonlah padaNya kerana Allah sentiasa dekat kepada kita. Jangan hanya mengingatiNya waktu susah sahaja. 


Kepada sesiapa yang belum menghafal dan memahami maksud ayat qursi, berusahalah dari sekarang. Dekat sekolahpun kita sudah diajar membacanya. Lakukan satu hari, satu ayat. Lama kelamaan pasti boleh. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita kelak, InsyaAllah. Salam Ramadhan.

No comments: