Friday, September 28, 2012

Cinta tiga rasa






Alhamdulillah, segala puji buatNya. Sekadar berkongsi bahan bacaan terkini yang dibaca. Buku karya Ustazah Noraslina Jusin, isteri kepada pendakawah terkenal tanah air, Dr Zaharuddin Abdul Rahman menarik untuk dijadikan koleksi bahan bacaan.


Buku ini ringan dan mudah difahami. Sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu rumah tangga. Penulis menggunakan pendekatan bercerita dalam menyampaikan dakwah. Kebanyakkan isu yang diketengahkan adalah berkisar tentang realiti semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini.

Serba sedikit berkaitan buku cinta tiga rasa, buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Resepi cinta suami isteri.
Bahagian pertama banyak menyentuh tentang kerukunan, hubungan dan komunikasi suami isteri. Kemudian, peranan seorang isteri dalam membentuk rumah tangga. Penulis juga menyisipkan pandangan dan nasihat kepada isteri-isteri yang meluahkan perasaan kepada penulis tentang masalah yang dialami.


2. Duhai Anak
Bahagian kedua banyak menjurus pada peranan wanita sebagai seorang ibu dalam membentuk sahsiah anak-anak khasnya. Perkongsian penulis tentang anak perempuannya yang semakin tertarik pada  kecantikan dan fesyen. Penulis juga tidak menafikan kecantikan itu sangat dekat dengan wanita. Justeru penulis memberikan beberapa pandangan bagaimana mahu tampil menjadi seorang muslimah yang sehati.

3. Hati hamba
Bahagian ketiga, kupasan lebih berfokus pada hubungan hati wanita sebagai hamba dengan RabbNya. Penulis menyentuh tentang muhasabag diri wanita, juga berkaitan soal fiqah wanita dan hubung kaitanya dengan Allah.

Oleh itu, jangan ketinggalan. Kepada sesiapa yang belum memiliki buku ini, dapatkan segera dipasaran. Harga berpatutan. Jangan berkira untuk sebuah buku dan ilmu yang sangat berguna. Selamat membaca.


Bonus hargai penjawat awam

Kuala Lumpur: Penjawat awam mendapat bonus sebulan gaji, tambahan kepada setengah bulan yang diberikan sebelum ini.

Ia menjadikan jumlah bonus untuk kakitangan awam tahun ini ialah sebulan setengah gaji, iaitu paling tinggi pernah diberikan oleh kerajaan sebagai menghargai perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran bonus akan dibuat dua kali, iaitu setengah bulan pada Disember ini, manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Kurang beban kewangan

Beliau berkata, pemberian bonus diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutama yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

Kerajaan pada Ogos lalu memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 untuk menyambut Aidilfitri.


sumber : Berita harian

Sunday, September 23, 2012

Dayus?




Soalan:-

Assalamualaikum ustaz, minta komen sedikit berkenaan gambar yang ana postkan di wall ustaz, mengikut kata si folan, nabi Nuh [a.s] dan nabi Lut [a.s] pun dayus kerana mereka gagal dalam mentarbiah isteri masing-masing

Jawapan:-

Perlu diingat bahawa bukan sahaja kepada Nabi Muhammad [s.a.w] kita tidak boleh melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat, tetapi juga terhadap seluruh Nabi-Nabi yang lain juga, termasuklah Nabi Nuh dan Nabi Lut [a.s]; sebaliknya kita wajib menjaga kemuliaan semua nabi-nabi, termasuklah kedua-dua nabi yang telah disebutkan.

Tuduhan dayus adalah suatu tuduhan yang berat kerana para ulama telah sepakat meng`kategori’kan dayus sebagai dosa besar kerana si dayus akan mendapat laknat dan tidak mencium bau syurga.

Oleh sebab itu maka, kita mesti memahami makna dayus dalam etika yang sebenar, sebelum menuduh seseorang itu dayus tanpa mengira siapa pun dia.

Di antara makna `dayus’ menurut para ulama adalah seperti berikut:-
 هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya: “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu [kerana iman] terhadap ahlinya [isteri dan anak-anaknya] [An-Nihayah, 2/147; Lisan al-Arab, 2/150]

Imam al-‘Aini pula berkata: “Cemburu lawannya dayus” [Umdatul Qari, 18/228]
Berkata pula an-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu [iaitu lawan kepada dayus] adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat [auratnya] oleh lelaki bukan mahram.” [Tuhfatul Ahwazi, 9/357]

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya: Seolah-olah ta’rif dayus itu membawa erti kehinaan [kepada si lelaki] sehingga apabila ia melihat kemungkaran [dilakukan] oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya.”  [Faidhul Qadir, 3/327]

Imam az-Zahabi pula berkata:-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka [atau mendapat tanda] bahawa isterinya melakukan perkara keji [seperti zina] maka ia mengabaikannya kerana `cinta’nya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan [yang diperlukan oleh Islam] dalam dirinya.” [Al-Kabair, 1/62]

Sekian salinan makna `dayus’.
Namun, berkenaan dengan isteri Nabi Lut dan Nuh [a.s] pula para ulama tafsir telah sepakat mengatakan bahawa pengkhianatan mereka berdua (isteri Nuh dan Lut [a.s]) itu sebagaimana ada disebut di dalam ayat 10, surah at-Tahrim adalah kerana mereka tidak mahu membantu dan menyokong perjuangan suami mereka.

Khianat mereka itu bukanlah kerana mereka pernah berbuat zina atau seumamanya.
Ibnu Abbas mengatakan; “Tidaklah pernah berbuat serong akan seorang isteri nabi jua pun.”

Al-Qusyairi mengatakan bahawa ahli tafsir ijma’ artinya sama pendapatnya bahawa tafsir khianat di dalam ayat 10, surah at-Tahrim ni bukanlah dalam hal zina.

Di sini, diberikan contoh-contoh sebagai garis panduan di dalam mengukur dan meletakkan seseorang suami atau ayah itu, terutamanya diri kita sendiri sebagai dayus menurut ustaz Zahiruddin;

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain.

2) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain).

3) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

5) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

6) Membiarkan isterinya atau anaknya berpelukan atau bersentuhan dengan lelaki lain.

7) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

8) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

9) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Kedayusan-kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Beranikah kita, melatakkan Nabi Nuh dan Nabi Hud [a.s] di dalam situasi-situai di atas? Wal iyazu billah…
Wallahu a’lam…

Sekian dari saya, Hishamuddin Abdul Aziz yang sentiasa mengharap didoakan mencapai keampunan dan redha Allah…

Sunday, September 9, 2012

Jodoh tidak datang bergolek


 Jodoh kalau ditakrifkan mengikut kamus dewan bahasa edisi ke empat membawa maksud pasangan hidup sama ada lelaki mahupun perempuan. Selain itu, jodoh juga boleh didefinisikan sebagai pertemuan antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada proses perkahwinan.

Bermenantukan "Cikgu"
Biasanya orang kata, mereka  yang bekerja sebagai guru " sahamnya" melambung tinggi. Menjadi rebutan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang mempunyai anak teruna/dara. Jika disebut " anak si polan tu kerjanya cikgu, senanglah sikit hidup mak ayahnya ". Mak cik  dan pak cik yang mempunyai anak teruna/dara pasti beranggan-anggan mahu menyunting si empunya diri. " Bermenantukan cikgu, sape yang tak mahu " balas si pak cik dan mak cik dengan senyuman melebar di bibir. Saya pasti dialog-dialog sebegini biasa kita dengar. Kalaulah hakikat mendapat jodoh seperti yang dibayangkan tadi, alangkah mudahnya proses perkahwinan. Namun,hakikat sebenarnya bukanlah sebegitu. Masih ramai " cikgu/cikgi yang sukar mendapat jodoh. Apabila si mak cik dan pak cik pulang ke rumah menyuarakan hasrat bermenantukan cikgu/cikgi, respon sepi dibalas si anak, tanda tidak menyetujui. Putus harapan si mak cik dan pak cik. Cikgu dan cikgi masih menyendiri menanti kehadiran pasanganya.Detik demi detik berlalu pergi


Mencari jodoh seperti proses belajar
Orang kata jodoh tidak payah dicari, biarkan ianya datang sendiri. Allah sudah tetapkan siapa jodoh kita. Tetapi perlu diingat,  Allah tidak akan memberi dengan semudah itu andai tiada usaha diri.  Cuba bayangkan seorang budak lelaki yang bernama Iman sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba dia ternampak sebatang pokok rambutan yang sedang masak ranum. Buah rambutan bergayut-gayut di dahannya. Agaknya dapat atau tidak Iman merasai keenakkan buah rambutan itu jika dia tidak menjoloknya? Saya pasti anda boleh menjawap dengan tepat. Mestilah tidak.

Mengapa kita tidak melakukan perkara yang sama dalam proses mencari jodoh? Apa sahaja perkara perlu diiringi dengan usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dicita. Katakanlah Iman berjaya menjolok buah rambutan tersebut. Kemudian dia membawa pulang buah rambutan itu ke rumahnya. Apabila Iman ingin memakan buah rambutan tadi, dia mendapati terdapat beberapa biji buah rambutan yang busuk dan berulat. Iman tidak terus membuang kesemua buah rambutan sebaliknya, Iman memilih buah yang elok untuk dimakan manakala yang busuk dibuang ke dalam tong sampah. Iman sedar setelah berpenat lelah menjolok buah rambutan, tidak mungkin dia akan membuangnya begitu sahaja.


Mungkin dalam proses kita mencari pasangan, kita pernah bertemu dengan orang yang salah. Bahkan kita pukul rata dengan mengatakan semua orang seperti itu." Jangan kawan dengan orang Negeri Sembilan sebab nanti habis harta kau kena kikis". " Lelaki Kelantan semuanya malas-malas, nanti kau yang kena kerja dia duduk goyang kaki je " Dek kerana seorang dua punya angkara habis semua terpalit kena. Mungkin tidak adil untuk kita menilai semuanya begitu. Lantas kita berhenti mencari dan terus berputus asa. Bak kata pepatah " kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagungnya. Begitu jugalah dengan jodoh. Ianya tidak akan datang dengan tiba-tiba tanpa ada usaha. Jadi, kepada mereka yang masih mencari, cuba semak sejauh mana usaha kita dalam mencari jodoh. Bunyinya agak kelaka, tapi saya pasti anda juga akan mengakui bahawa ianya sangat penting.