Friday, September 28, 2012

Cinta tiga rasa






Alhamdulillah, segala puji buatNya. Sekadar berkongsi bahan bacaan terkini yang dibaca. Buku karya Ustazah Noraslina Jusin, isteri kepada pendakawah terkenal tanah air, Dr Zaharuddin Abdul Rahman menarik untuk dijadikan koleksi bahan bacaan.


Buku ini ringan dan mudah difahami. Sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu rumah tangga. Penulis menggunakan pendekatan bercerita dalam menyampaikan dakwah. Kebanyakkan isu yang diketengahkan adalah berkisar tentang realiti semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini.

Serba sedikit berkaitan buku cinta tiga rasa, buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Resepi cinta suami isteri.
Bahagian pertama banyak menyentuh tentang kerukunan, hubungan dan komunikasi suami isteri. Kemudian, peranan seorang isteri dalam membentuk rumah tangga. Penulis juga menyisipkan pandangan dan nasihat kepada isteri-isteri yang meluahkan perasaan kepada penulis tentang masalah yang dialami.


2. Duhai Anak
Bahagian kedua banyak menjurus pada peranan wanita sebagai seorang ibu dalam membentuk sahsiah anak-anak khasnya. Perkongsian penulis tentang anak perempuannya yang semakin tertarik pada  kecantikan dan fesyen. Penulis juga tidak menafikan kecantikan itu sangat dekat dengan wanita. Justeru penulis memberikan beberapa pandangan bagaimana mahu tampil menjadi seorang muslimah yang sehati.

3. Hati hamba
Bahagian ketiga, kupasan lebih berfokus pada hubungan hati wanita sebagai hamba dengan RabbNya. Penulis menyentuh tentang muhasabag diri wanita, juga berkaitan soal fiqah wanita dan hubung kaitanya dengan Allah.

Oleh itu, jangan ketinggalan. Kepada sesiapa yang belum memiliki buku ini, dapatkan segera dipasaran. Harga berpatutan. Jangan berkira untuk sebuah buku dan ilmu yang sangat berguna. Selamat membaca.


1 comment:

Tablet Hati said...

Baru order, xsabar nk bace. Thanks for the review sis.