Sunday, September 9, 2012
Jodoh tidak datang bergolek
Jodoh kalau ditakrifkan mengikut kamus dewan bahasa edisi ke empat membawa maksud pasangan hidup sama ada lelaki mahupun perempuan. Selain itu, jodoh juga boleh didefinisikan sebagai pertemuan antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada proses perkahwinan.
Bermenantukan "Cikgu"
Biasanya orang kata, mereka yang bekerja sebagai guru " sahamnya" melambung tinggi. Menjadi rebutan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang mempunyai anak teruna/dara. Jika disebut " anak si polan tu kerjanya cikgu, senanglah sikit hidup mak ayahnya ". Mak cik dan pak cik yang mempunyai anak teruna/dara pasti beranggan-anggan mahu menyunting si empunya diri. " Bermenantukan cikgu, sape yang tak mahu " balas si pak cik dan mak cik dengan senyuman melebar di bibir. Saya pasti dialog-dialog sebegini biasa kita dengar. Kalaulah hakikat mendapat jodoh seperti yang dibayangkan tadi, alangkah mudahnya proses perkahwinan. Namun,hakikat sebenarnya bukanlah sebegitu. Masih ramai " cikgu/cikgi yang sukar mendapat jodoh. Apabila si mak cik dan pak cik pulang ke rumah menyuarakan hasrat bermenantukan cikgu/cikgi, respon sepi dibalas si anak, tanda tidak menyetujui. Putus harapan si mak cik dan pak cik. Cikgu dan cikgi masih menyendiri menanti kehadiran pasanganya.Detik demi detik berlalu pergi
Mencari jodoh seperti proses belajar
Orang kata jodoh tidak payah dicari, biarkan ianya datang sendiri. Allah sudah tetapkan siapa jodoh kita. Tetapi perlu diingat, Allah tidak akan memberi dengan semudah itu andai tiada usaha diri. Cuba bayangkan seorang budak lelaki yang bernama Iman sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba dia ternampak sebatang pokok rambutan yang sedang masak ranum. Buah rambutan bergayut-gayut di dahannya. Agaknya dapat atau tidak Iman merasai keenakkan buah rambutan itu jika dia tidak menjoloknya? Saya pasti anda boleh menjawap dengan tepat. Mestilah tidak.
Mengapa kita tidak melakukan perkara yang sama dalam proses mencari jodoh? Apa sahaja perkara perlu diiringi dengan usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dicita. Katakanlah Iman berjaya menjolok buah rambutan tersebut. Kemudian dia membawa pulang buah rambutan itu ke rumahnya. Apabila Iman ingin memakan buah rambutan tadi, dia mendapati terdapat beberapa biji buah rambutan yang busuk dan berulat. Iman tidak terus membuang kesemua buah rambutan sebaliknya, Iman memilih buah yang elok untuk dimakan manakala yang busuk dibuang ke dalam tong sampah. Iman sedar setelah berpenat lelah menjolok buah rambutan, tidak mungkin dia akan membuangnya begitu sahaja.
Mungkin dalam proses kita mencari pasangan, kita pernah bertemu dengan orang yang salah. Bahkan kita pukul rata dengan mengatakan semua orang seperti itu." Jangan kawan dengan orang Negeri Sembilan sebab nanti habis harta kau kena kikis". " Lelaki Kelantan semuanya malas-malas, nanti kau yang kena kerja dia duduk goyang kaki je " Dek kerana seorang dua punya angkara habis semua terpalit kena. Mungkin tidak adil untuk kita menilai semuanya begitu. Lantas kita berhenti mencari dan terus berputus asa. Bak kata pepatah " kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagungnya. Begitu jugalah dengan jodoh. Ianya tidak akan datang dengan tiba-tiba tanpa ada usaha. Jadi, kepada mereka yang masih mencari, cuba semak sejauh mana usaha kita dalam mencari jodoh. Bunyinya agak kelaka, tapi saya pasti anda juga akan mengakui bahawa ianya sangat penting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment