Sunday, October 14, 2012

RATU CANTIK ARAB SAUDI





Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau.
Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.


Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.

Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. - Agensi



SUMBER : BERITA HARIAN

Saturday, October 13, 2012

TUJUH GOLONGAN VIP DI AKHIRAT

Rasulullah s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ; “ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi )

Pada saat ini, manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Walaubagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapat ‘grand stand’ berbumbung pada saat genting itu. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda yang bermaksud ; “ Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan yang diberikan oleh Allah”.

Mereka ialah :

1) PEMIMPIN YANG ADIL

Golongan ini diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin, diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam kepimpinannya.


2) REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN

Usia remaja amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri. Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa naugan Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan ‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

3) PENCINTA MASJID

Sepanjang sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan. Golongan ini mempunyai 5 sifat sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab agama, melainkan hanya kepada Allah.

4) DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya samada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina ? Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti. Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama.

5) DIGODA BERZINA

Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah seorang pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah !’. Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik lagi mengiurkan, di samping pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan ‘line clear’ ini, anak muda tersebut masih ada Allah di hatinya lalu dengan tegas membuktikan kegerunannya terhadap murka Allah mengatasi gejolak nafsunya. Ia pasti bersama panji Nabi Yusof a.s di akhirat kelak bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah.

6) MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH

Ada insan yang sentiasa berurusniaga dengan Allah. Pelaburannya sentiasa dijuruskan untuk mendapat ‘profit’ akhirat yang kekal abadi lalu sentiasa bermujahadah untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah s.a.w mentamsilkan bersedekah tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan. Tidak pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling sehingga menyebabkan nilai pahalanya begitu tinggi walaupun jumlah sedekahnya kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pastinya melayakkan mereka di akhirat nanti untuk bersama para hartawan dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

7) MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA

Golongan terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum tertunai. Si ayah dan ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat, si peniaga yang teringatkan tipu helahnya dalam melariskan jualan, si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi, semata-mata kerana Allah.






 sumber

Friday, October 12, 2012

Peribahasa


Nota Ringkas

1.       Peribahasa ialah susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar, dan mempunyai makna.

2.       Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan  pengajaran. Oleh itu peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika menyampaikan ucapan dan syarahan

3.       Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis :-
a)      Simpulan bahasa – akal budi, anak buah, cepat tangan, darah daging
b)      Perbandingan – angkuh seperti merak, jahat seperti hantu, keras seperti batu, lembut seperti sutera
c)       Perumpamaan – Bagai berumah di tepi pantai, seperti rusa masuk kampong, umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang.
d)      Pepatah – asal sabut terapung, asal besi tenggelam, biar titik jangan tumpah, cubit peha kanan peha kiri terasa.
e)      Bidalan – ada gula ada semut, ada rupa ada harga, menarik rambut di dalam tepung
f)       Kata-kata hikmah – bersatu teguh bercerai roboh, bulat air kerana pembetong bulat kata kerana muafakat.

Wednesday, October 10, 2012

Peristiwa paling memalukan



Bismillah...

Bila mengenangkan peristiwa tersebut, bibir mula tersenyum sendirian. Kepala hanya mampu menggeleng. Kenapalah boleh salah masuk. Rasanya memang tempat yang betul.Peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lepas.

Imbas kembali...

Hari ini saya ke pekan untuk membeli beberapa jenis barang keperluan. Sudah lama rasanya tidak membeli-belah. Tambahan pula pergi berseorangan, memang membosankan. Tapi mengenangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan, saya gagahkan juga kaki melangkah. Barang-barang yang ingin dibeli telah saya catatkan dalam sehelai kertas.

Tips membeli belah yang bijak, pastikan sebelum keluar rumah kita telah mencatat senarai barangan yang ingin dibeli beserta anggaran perbelanjaannya. Hal ini penting untuk mengelakkan diri daripada terlupa. Selain itu potensi untuk berbelanja secara berlebihan juga dapat dielakkan. Pastikan kita membeli barang yang penting sahaja.

Selesai membeli semua barang keperluan, saya bercadang ingin terus pulang ke rumah. Pergi ke pekan dengan menaiki bas memang menguji tahap kesabaran. Tempoh perjalanan dari pekan ke rumah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kalau dibilang dengan jari dalam tempoh 1 jam banyak perkara yang boleh dilakukan.

Memikirkan jarak rumah yang jauh, saya memutuskan untuk bersolat di surau  berhampiran stesen bas. Tambahan pula  bas yang dinanti-nantikan tidak muncul-muncul tiba. Hati hanya mampu mengeluh. Huh!

                     " Riangnya hati, semua barang yang nak, semuanya dah beli ." Saya bermonolog sendirian.
 Kaki melangkah dengan laju untuk mengejar masa solat yang tinggal berbaki beberapa minit sahaja. Menjadi kebiasaan apabila ke pekan saya akan singgah ke surau.

Pintu surau dikuak pelahan-lahan. Tangan menolak daun pintu dengan lebih kuat. Saya memerhatikan sekeliling surau dan banyak persoalan muncul dibenak fikiran saya.
Busuknya, bau apa ni ?
Kenapa surau bersepah sangat hari ni?
Mana pergi semua orang? Selalunya surau ni ramai orang. 
Mana pulak, pergi telekung dekat sini ? Selalunya ada. Erm, mungkin ada orang ambik dan cuci kot. 

Saya  terus ke tempat wuduk dan mengambil air sembahyang. Solat saya lakukan tanpa sejadah dan telekung. Takbir diangkat dan salam diberi. Hati mengadu padaNya. Syukur ya Allah, kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara yang kau pinjamkan ini.

Saya masih dilantai marmar sambil berzikir. Terdengar pintu surau dikuak. Saya menoleh ke belakang untuk mengetahui siapa yang masuk ke dalam surau. Saya melihat seorang lelaki masuk melulu, lantas membuka kasut. Saya terpinga-pinga. Lelaki itu juga terpinga-pinga


" Dik, ni surau lelaki. Surau perempuan dekat sebelah. "
" Eh, ye ke Pak Cik! Maaf la, saya ingat surau perempuan. Patut la saya rasa lain macam je. Malunya "

Saya bergegas keluar tanpa membuang masa. Mujurlah saya selesai menunaikan solat. Ya Allah tebalnya muka waktu itu. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Pak Cik itu tergelak melihat kecuaian saya. Saya pulang dengan perasaan bercampur baur. Bila terkenang peristiwa tadi, saya senyum sendirian. Bagaimanalah saya boleh cuai sampai tidak sedar tersalah masuk surau lelaki.
 







Monday, October 1, 2012

Istimewa Cik Tembikai

Tembikai dimakan dengan cara digigit dengan gigi. Jangan dipotong kecil-kecil kerana ia buah yang baik dan membersihkan mulut. Selain itu, tembikai juga mendatangkan rahmat kepada jantung dan memutihkan gigi.

Ibnu Abbas berkata " Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan. Ianya makanan, minuman,peransang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit" . 

Suatu hari telah dihadiahkan tembikai kepada Rasulullah s.a.w buah tembikai Taif. Rasulullah menciumnya seraya bersabda " Makanlah ini dengan gigi kamu kerana ia adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan manisannya dari syurga". 

Memakan tembikai sebelum masa makan membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit. Rasulullah s.a.w biasa makan timun dengan garam. Jika baginda memakan tembikai ia dimakan dengan buah-buahan segar dan keju dan sering juga baginda makan tembikai sahaja.


Sumber : Panduan mencerdas minda ( Ustzh Siti Nor Bahyah Mahmood & Jaafar Salleh)