Friday, October 12, 2012

Peribahasa


Nota Ringkas

1.       Peribahasa ialah susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar, dan mempunyai makna.

2.       Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan  pengajaran. Oleh itu peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika menyampaikan ucapan dan syarahan

3.       Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis :-
a)      Simpulan bahasa – akal budi, anak buah, cepat tangan, darah daging
b)      Perbandingan – angkuh seperti merak, jahat seperti hantu, keras seperti batu, lembut seperti sutera
c)       Perumpamaan – Bagai berumah di tepi pantai, seperti rusa masuk kampong, umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang.
d)      Pepatah – asal sabut terapung, asal besi tenggelam, biar titik jangan tumpah, cubit peha kanan peha kiri terasa.
e)      Bidalan – ada gula ada semut, ada rupa ada harga, menarik rambut di dalam tepung
f)       Kata-kata hikmah – bersatu teguh bercerai roboh, bulat air kerana pembetong bulat kata kerana muafakat.

No comments: