Tuesday, January 22, 2013

CIK BB Part 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah selesai semua tugasan untuk hari ini. Walaupun kerja masih banyak yang perlu diselesaikan.Terima Kasih yang Allah atas nikmat kesihatan yang KAU berikan kepadaku. Jadi, hari ini saya nak share gambar CIK BB kesayangan saya.

 
CIK BB riang berenang-renang di balangnya 
 
 
 Kesian dekat CIK BB tak de kawan
 
 
 
 
Sekian persembahan CIK BB untuk hari ini. Semoga bertemu lagi
 
 
 


Monday, January 21, 2013

Lawak lucah

Assalamualaikum. Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk hari ini. Walaupun banyak kerja perlu diselesaikan tetapi InsyaAllah jika niat kerana Allah mesti semuanya dipermudahkan. Jadi untuk entry hari ini saya nak sentuh sikit pasal jenaka dalam kehidupan.

Saya bukan seorang yang serius dan sangat sukakan suasana ceria. Saya perasan kebelakangan ini apa sahaja rancangan baik filem atau program yang berunsurkan lawak lebih mudah diterima masyarakat. Ini jelas menunjukkan  bahawa rakyat Malaysia mungkin sukakan suasana yang santai. Setelah penat lelah memberi tumpuan pada kerja, pulang ke rumah mesti perlukan hiburan yang boleh menenangkan minda.

Saya juga pasti rata-rata dalam kalangan kita, pernah menonton rancangan " MAHA RAJA LAWAK" terbitan Astro. Kebanyakkan kita sangat menyukai program tersebut. Saya salah seorang daripada mereka. Namun jika anda perasan, banyak idea-idea yang diketengahkan oleh para peserta program tersebut banyak mengandungi unsur 18SX dan  kurang pengisiannya.

Idea-idea yang ditonjolkan para peserta  memang kreatif apatah lagi bukan semua orang mampu membuat orang lain ketawa. Namun, sekadar pandangan peribadi, jenaka berunsur lucah tak wajar dipandang enteng. Penonton yang menyaksikan rancangan tersebut bukan hanya orang dewasa sahaja malah turun ditonton oleh kanak-kanak. Saya merasakan tindakan lucah ini tidak disesuai ditayangkan kepada mereka. Adakah ini melambangkan mentaliti masyarakat semasa? Masyarakat yang sukakan budaya prono dalam kehidupan? Jadi tidak hairanlah jika hari ini kita dipaparkan dengan berita-berita pelik di dada-dada akhbar. Kes rogol, cabul, gangguan seksual ...tidak mustahil pencetusnya adalah melalui lawak jenaka.

Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu Nabil pernah mengendalikan rancangan lawak santai " Lu fikirlah sendiri Nabil ". Terus terang saya katakan jenaka yang dibawa Nabil bukan sekadar jenaka semata-mata namun jenakanya mengajak penonton berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Sindiran melalui lawak  jenaka. Nah, kita sebenarnya mempunyai pilihan .

Apabila lawak lucah diagung-agungkan, pasti kelak akan lahir lebih banyak rancangan sebegini dalam program televisyen kita.  Renung-renungkan.Saya mulai bimbang jika anak saya kelak akan melalui suasana ini.  Adakah kita mampu melahirkan modal insan yang cemerlang  akhlak dan pemikirannya.. Renung-renungkan.


p/s tahniah kepada Jozan

Saturday, January 19, 2013

Cik BB

Selamat datang tahun baru 2013. Lama dah rasanya tak update entry terbaru dalam blog ni. Kesibukan kerja membataskan saya untuk menulis. Alhamdulillah tahun 2012 selamat meninggalkan kita. Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut. Syukur ya Allah dengan warna-warna kehidupan yang KAU berikan ini.

Saya bukan nak bercerita tentang kenangan 2012, tetapi kali ini saya hendak kongsi moment indah saya dengan CIK BB. Mesti tertanya-tanyakan siapa CIK BB tu.

Baru-baru ni, saya telah membeli seekor ikan laga. Jadi saya telah menamakan teman baru saya ni dengan nama CIK BB. Dulu saya pernah bela seekor ikan laga, tapi mungkin di sebabkan penjagaan yang kurang baik, ikan laga yang saya panggil LAPPY mati. Saya tinggalkan hobi memelihara binatang dekat 3 atau 4 tahun sejak NYET-NYET dengan LAPPY saya mati. Sedihnya hanya ALLAH yang tahu.

Jadi, semasa awal tahun 2013 saya berhasrat nak memulakan semula hobi kegemaran saya ni, iaitu memelihara binatang. Jadi saya telah membeli CIK BB di sebuah kedai sekitar Kota Tinggi dengan harga RM 4.00. Jika dikira-kira semua kos untuk menjaga CIK BB lebih kurang RM15.00. Hobi yang tak perlu keluarkan duit yang banyak.

Sekarang, hidup saya ditemani  oleh CIK BB di sisi. Terima kasih CIK BB kerana menceriakan hari-hari saya. Pulang kerja, bila tengok CIK BB berenang - renang, sejuk je rasa hati.

CIK BB SAKIT

Sebelum ini, saya membersih dan menggantikan balang air CIK BB seminggu sekali. Namun saya mula perasan,  apabila CIK BB kelihatan gelisah dan murung. CIK BB tak aktif seperti selalu. CIK BB tak makan pallet yang saya beri. Saya dapati di badan CIK BB terdapat bulu-bulu putih kecil seperti kulat. Hati saya mula risau.Kenapa CIK BB???

Kemudian, tanpa membuang masa saya menggunakan cik google untuk mencari beberapa maklumat berkaitan penjagaan ikan laga. Kesilapan yang dapat dikenalpasti ialah saya tidak menukar air CIK BB selalu. Sepatutnya saya perlu menukar sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Tips lain, tidak boleh terlalu kerap memberi makan, sebab nanti perut ikan akan kembung.

Belajar daripada kesilapan.  Selepas kejadian tersebut, saya lebih kerap menukar air CIK BB. Debu-debu putih pada badan CIK BB sudah hilang. CIK BB berenang dengan gembira dan aktif. Saya merancang untuk cari balang yang lebih besar sedikit supaya CIK BB dapat meneroka lebih banyak ruang.

Terima kasih CIK BB...