Assalamualaikum. Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk hari ini. Walaupun banyak kerja perlu diselesaikan tetapi InsyaAllah jika niat kerana Allah mesti semuanya dipermudahkan. Jadi untuk entry hari ini saya nak sentuh sikit pasal jenaka dalam kehidupan.
Saya bukan seorang yang serius dan sangat sukakan suasana ceria. Saya perasan kebelakangan ini apa sahaja rancangan baik filem atau program yang berunsurkan lawak lebih mudah diterima masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mungkin sukakan suasana yang santai. Setelah penat lelah memberi tumpuan pada kerja, pulang ke rumah mesti perlukan hiburan yang boleh menenangkan minda.
Saya juga pasti rata-rata dalam kalangan kita, pernah menonton rancangan " MAHA RAJA LAWAK" terbitan Astro. Kebanyakkan kita sangat menyukai program tersebut. Saya salah seorang daripada mereka. Namun jika anda perasan, banyak idea-idea yang diketengahkan oleh para peserta program tersebut banyak mengandungi unsur 18SX dan kurang pengisiannya.
Idea-idea yang ditonjolkan para peserta memang kreatif apatah lagi bukan semua orang mampu membuat orang lain ketawa. Namun, sekadar pandangan peribadi, jenaka berunsur lucah tak wajar dipandang enteng. Penonton yang menyaksikan rancangan tersebut bukan hanya orang dewasa sahaja malah turun ditonton oleh kanak-kanak. Saya merasakan tindakan lucah ini tidak disesuai ditayangkan kepada mereka. Adakah ini melambangkan mentaliti masyarakat semasa? Masyarakat yang sukakan budaya prono dalam kehidupan? Jadi tidak hairanlah jika hari ini kita dipaparkan dengan berita-berita pelik di dada-dada akhbar. Kes rogol, cabul, gangguan seksual ...tidak mustahil pencetusnya adalah melalui lawak jenaka.
Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu Nabil pernah mengendalikan rancangan lawak santai " Lu fikirlah sendiri Nabil ". Terus terang saya katakan jenaka yang dibawa Nabil bukan sekadar jenaka semata-mata namun jenakanya mengajak penonton berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Sindiran melalui lawak jenaka. Nah, kita sebenarnya mempunyai pilihan .
Apabila lawak lucah diagung-agungkan, pasti kelak akan lahir lebih banyak rancangan sebegini dalam program televisyen kita. Renung-renungkan.Saya mulai bimbang jika anak saya kelak akan melalui suasana ini. Adakah kita mampu melahirkan modal insan yang cemerlang akhlak dan pemikirannya.. Renung-renungkan.
p/s tahniah kepada Jozan
No comments:
Post a Comment