Saturday, January 19, 2013

Cik BB

Selamat datang tahun baru 2013. Lama dah rasanya tak update entry terbaru dalam blog ni. Kesibukan kerja membataskan saya untuk menulis. Alhamdulillah tahun 2012 selamat meninggalkan kita. Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut. Syukur ya Allah dengan warna-warna kehidupan yang KAU berikan ini.

Saya bukan nak bercerita tentang kenangan 2012, tetapi kali ini saya hendak kongsi moment indah saya dengan CIK BB. Mesti tertanya-tanyakan siapa CIK BB tu.

Baru-baru ni, saya telah membeli seekor ikan laga. Jadi saya telah menamakan teman baru saya ni dengan nama CIK BB. Dulu saya pernah bela seekor ikan laga, tapi mungkin di sebabkan penjagaan yang kurang baik, ikan laga yang saya panggil LAPPY mati. Saya tinggalkan hobi memelihara binatang dekat 3 atau 4 tahun sejak NYET-NYET dengan LAPPY saya mati. Sedihnya hanya ALLAH yang tahu.

Jadi, semasa awal tahun 2013 saya berhasrat nak memulakan semula hobi kegemaran saya ni, iaitu memelihara binatang. Jadi saya telah membeli CIK BB di sebuah kedai sekitar Kota Tinggi dengan harga RM 4.00. Jika dikira-kira semua kos untuk menjaga CIK BB lebih kurang RM15.00. Hobi yang tak perlu keluarkan duit yang banyak.

Sekarang, hidup saya ditemani  oleh CIK BB di sisi. Terima kasih CIK BB kerana menceriakan hari-hari saya. Pulang kerja, bila tengok CIK BB berenang - renang, sejuk je rasa hati.

CIK BB SAKIT

Sebelum ini, saya membersih dan menggantikan balang air CIK BB seminggu sekali. Namun saya mula perasan,  apabila CIK BB kelihatan gelisah dan murung. CIK BB tak aktif seperti selalu. CIK BB tak makan pallet yang saya beri. Saya dapati di badan CIK BB terdapat bulu-bulu putih kecil seperti kulat. Hati saya mula risau.Kenapa CIK BB???

Kemudian, tanpa membuang masa saya menggunakan cik google untuk mencari beberapa maklumat berkaitan penjagaan ikan laga. Kesilapan yang dapat dikenalpasti ialah saya tidak menukar air CIK BB selalu. Sepatutnya saya perlu menukar sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Tips lain, tidak boleh terlalu kerap memberi makan, sebab nanti perut ikan akan kembung.

Belajar daripada kesilapan.  Selepas kejadian tersebut, saya lebih kerap menukar air CIK BB. Debu-debu putih pada badan CIK BB sudah hilang. CIK BB berenang dengan gembira dan aktif. Saya merancang untuk cari balang yang lebih besar sedikit supaya CIK BB dapat meneroka lebih banyak ruang.

Terima kasih CIK BB...

No comments: