Tuesday, February 26, 2013

Sejarah membosankan?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Mesti setiap daripada kita pernah melalui pengalaman belajar sejarah. Apakah perasaan anda pada waktu itu? Seronok atau bosan? Rata-ratanya apabila diajukan persoalan ini mereka menyatakan bahawa sejarah terlalu banyak fakta. Banyak perkara dan peristiwa perlu dihafal dan ingat. Sungguh membosankan. Namun tidak kurang juga yang sangat meminati mata pelajaran ini, antaranya termasuklah saya.

Guru sejarah
Menjadi guru sejarah sememangnya menjadi cabaran terbesar, terutamanya apabila berhadapan dengan generasi-generasi hiburan hari ini. Guru perlu merangka pelbagai kaedah menarik untuk menjadikan subjek tersebut tidak membosankan. Antara kaedah yang sering saya aplikasikan di dalam kelas adalah melalui aktiviti pembentangan.

Pelajar sebagai guru
Kaedah pembentangan di dalam kelas oleh pelajar bersifat " student center". Guru bertindak sebagai pembimbing manakala segala aktiviti di dalam kelas dikendalikan  oleh pelajar sendiri.  Kaedah pembentangan menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif. Namun begitu, saya akui kaedah ini agar sukar untuk dilaksanakan pada kelas yang kurang cemerlang. Aktiviti pembentangan menjana kecerdasan pelbagai pelajar yang merangkumi verbal linguistik, kinestetik, visual ruang dan sebagainya. Pelajar akan diberi peranan sebagai guru. Mereka akan mengendalikan sesi soal jawab, dan aktiviti berkumpulan. Lazimnya, guru akan menggulung pembentangan yang dilaksanakan pelajar serta menjawap beberapa persoalan yang dilontarkan oleh pelajar yang gagal diberikan oleh kumpulan pembentang.

Kaedah pembentangan berkesan dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar. Dalam masa yang sama turut menggalakkan penglibatan guru dalam aktiviti pembentangan. Pelajar yang tidak terlibat, akan diberikan kepada beberapa kumpulan. Selesai sesi pembentanga, aktiviti LDK akan dilaksanakan, Beberapa aktiviti seperti "kotak muzik, puzzle dan kuiz mungkin dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dengan lebih aktif. Sedikit cenderahati akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berusaha pada masa akan datang. Pendekatan yang diguna pakai oleh guru pada hari ini perlu lebih kreatif dan pelbagai. Jom katakan  " SAYA SUKA SEJARAH "


Cenderahati turut diberikan kepada guru oleh kumpulan pembentang. Tahniah kerana dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Tajuk pembentangan " Sistem Residen dan Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu "


Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik . Hadiah tidak disediakan oleh guru sebaliknya pelajar (kumpulan pembentang) akan mengutip duit dan menggunakan hasil kutipan tersebut untuk membeli cenderahati untuk diberikan kepada rakan-rakan mereka.

 
 
 


Sunday, February 24, 2013

Snogurt


Pengalaman pertama menikmati kelazatan snogurt tidak kurang hebatnya. Saya peminat yogurt dan suka sesuatu yang masam. Segar untuk dirasai. Disebabkan pemintaan kawan-kawan, saya singgah sebentar di Snogurt cawangan Kota Tinggi. Suasana lengang, dan hanya kami sebagai pelanggan. Terasa lebih selesa untuk membuat pilihan.

 
Percubaan pertama, saya pilih kombinasi manggo peache ditambah dengan wild beries. Kemudian, diletakkan bersama mashmallow, dan taburan coklat kecil. Memang membuka selera. Sedap dan mengiurkan.
 
 
 
Jadi, inilah hasilnya. Alhamdulillah habis dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Syukur atas nikmat yang Allah berikan.
 
 
 
 

Friday, February 22, 2013

Petang di Tanjung Balau

Selamat pulang ke tanah air buat Cik Faz yang baru sahaja usai mengerjakan umrah. InsyaAllah semoga Allah menjemput saya pula untuk ke sana menjadi tetamuNya. Diri sentiasa berdoa untuk menjadi insan-insan yang dipilih.

Cik Faz balik ke Bandar Penawar dengan ditemani oleh kakak-kakaknya yang baik hati. Jadi sebagai tetamu, kami dengan berbesar hatinya telah membawa mereka berjalan-jalan di sekitar Kota Tinggi.
Tempat pertama ialah ke Tanjung Balau. Jom, layan sekejap panorama keindahan Tanjung Balau.

 
 
Sesampai sahaja di Tanjung Balau, kami disambut dengan bendera merah. Tanda amaran, bahaya jika mendekati pantai. Angin bertiup kencang dan ombak besar. Gerun rasa dihati.
 
Ombak besar dipantai mengenangkan saya pada peristiwa negeri Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Saya merenung seketika laut yang terbentang luas. Betapa besar keagunganMu ya Allah. Tidak terbayar nikmat yang diberi. Kecik menjadi kawan besar menjadi lawan.
 
 
Hasrat hati hendak ke pantai dengan lebih dekat. Tetapi disebabkan angin yang terlalu kuat, pasir-pasir halus  terbang mengenai mata. Hati sedikit terkilan sebab tidak dapat menikmati saat indah itu. Lantas kami segera beransur ke daratan semula. Singgah sebentar dipondok rehat, sambil melihat panorama lautan membiru dari jauh. Kagum dengan ciptaan Allah. Memang itu tujuan utama saya. Melihat kebesaran Allah
 
 
 
 
Cik Aimy dan Cik Syikin :)
 
 
Sebelum balik, sempat singgah sebentar menikmati kesejukan ais-krim. Memberi sedikit rezeki kepada penjual yang saya tengok lama menanti pelanggan. Mungkin kedatangan kami menggembirakan hatinya. Walaupun tidak banyak tetapi mampu memberi rezeki untuknya pada hari itu. Terima kasih Cik Aimy yang sudi belanja kami makan ais-krim . Moga Allah memberkati kita.
 
 
 

Friday, February 1, 2013

Fahami kitaran haid wanita

Assalamualaikum..
Petang ni aku bw kat blog kwn2 n aku jumpa 1 entry yang aku rasa best jugak.Iaitu cara kiraan waktu subur dan kitaran haid.Aku yang kureng sikit pasal waktu subur ni pun baca sampai habis dan aku rasa macam senang nak faham.Kalau ade rakan2 yang macam aku yg tak pandai nak kira pusingan haid bolehla baca entry ni.

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat empat fasa dalam kitaran haid.Fasa pertama (Hari 1 - hari 4)Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan.Fasa kedua (Hari 5-13)Ini dipanggil Follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.Fasa ketiga (Hari 14)Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.Fasa keempat (Hari 15-28)Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.
OKAY. DAH FAHAM?
Bilakah Waktu Subur?Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya.Bilakah waktu tepat ianya berlaku?Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler). Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari).Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)
DAH PANDAI KIRA? Seterusnya..
Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu.Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriatOleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Ngeh ngeh ngehSelain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (kahkahkahkah!) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari.