Cik Faz balik ke Bandar Penawar dengan ditemani oleh kakak-kakaknya yang baik hati. Jadi sebagai tetamu, kami dengan berbesar hatinya telah membawa mereka berjalan-jalan di sekitar Kota Tinggi.
Tempat pertama ialah ke Tanjung Balau. Jom, layan sekejap panorama keindahan Tanjung Balau.
Sesampai sahaja di Tanjung Balau, kami disambut dengan bendera merah. Tanda amaran, bahaya jika mendekati pantai. Angin bertiup kencang dan ombak besar. Gerun rasa dihati.
Ombak besar dipantai mengenangkan saya pada peristiwa negeri Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Saya merenung seketika laut yang terbentang luas. Betapa besar keagunganMu ya Allah. Tidak terbayar nikmat yang diberi. Kecik menjadi kawan besar menjadi lawan.
Hasrat hati hendak ke pantai dengan lebih dekat. Tetapi disebabkan angin yang terlalu kuat, pasir-pasir halus terbang mengenai mata. Hati sedikit terkilan sebab tidak dapat menikmati saat indah itu. Lantas kami segera beransur ke daratan semula. Singgah sebentar dipondok rehat, sambil melihat panorama lautan membiru dari jauh. Kagum dengan ciptaan Allah. Memang itu tujuan utama saya. Melihat kebesaran Allah
Cik Aimy dan Cik Syikin :)
Sebelum balik, sempat singgah sebentar menikmati kesejukan ais-krim. Memberi sedikit rezeki kepada penjual yang saya tengok lama menanti pelanggan. Mungkin kedatangan kami menggembirakan hatinya. Walaupun tidak banyak tetapi mampu memberi rezeki untuknya pada hari itu. Terima kasih Cik Aimy yang sudi belanja kami makan ais-krim . Moga Allah memberkati kita.
No comments:
Post a Comment