Mesti setiap daripada kita pernah melalui pengalaman belajar sejarah. Apakah perasaan anda pada waktu itu? Seronok atau bosan? Rata-ratanya apabila diajukan persoalan ini mereka menyatakan bahawa sejarah terlalu banyak fakta. Banyak perkara dan peristiwa perlu dihafal dan ingat. Sungguh membosankan. Namun tidak kurang juga yang sangat meminati mata pelajaran ini, antaranya termasuklah saya.
Guru sejarah
Menjadi guru sejarah sememangnya menjadi cabaran terbesar, terutamanya apabila berhadapan dengan generasi-generasi hiburan hari ini. Guru perlu merangka pelbagai kaedah menarik untuk menjadikan subjek tersebut tidak membosankan. Antara kaedah yang sering saya aplikasikan di dalam kelas adalah melalui aktiviti pembentangan.
Pelajar sebagai guru
Kaedah pembentangan di dalam kelas oleh pelajar bersifat " student center". Guru bertindak sebagai pembimbing manakala segala aktiviti di dalam kelas dikendalikan oleh pelajar sendiri. Kaedah pembentangan menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif. Namun begitu, saya akui kaedah ini agar sukar untuk dilaksanakan pada kelas yang kurang cemerlang. Aktiviti pembentangan menjana kecerdasan pelbagai pelajar yang merangkumi verbal linguistik, kinestetik, visual ruang dan sebagainya. Pelajar akan diberi peranan sebagai guru. Mereka akan mengendalikan sesi soal jawab, dan aktiviti berkumpulan. Lazimnya, guru akan menggulung pembentangan yang dilaksanakan pelajar serta menjawap beberapa persoalan yang dilontarkan oleh pelajar yang gagal diberikan oleh kumpulan pembentang.
Kaedah pembentangan berkesan dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar. Dalam masa yang sama turut menggalakkan penglibatan guru dalam aktiviti pembentangan. Pelajar yang tidak terlibat, akan diberikan kepada beberapa kumpulan. Selesai sesi pembentanga, aktiviti LDK akan dilaksanakan, Beberapa aktiviti seperti "kotak muzik, puzzle dan kuiz mungkin dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dengan lebih aktif. Sedikit cenderahati akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berusaha pada masa akan datang. Pendekatan yang diguna pakai oleh guru pada hari ini perlu lebih kreatif dan pelbagai. Jom katakan " SAYA SUKA SEJARAH "
No comments:
Post a Comment