Monday, April 15, 2013
Cara memasak rumpai laut
Alhamdulillah syukur, masih diberi peluang untuk terus bernafas, menghirup udara yang segar. Kali ini saya nak post tentang cara-cara penyediaan rumpai laut. Saya yakin pasti ramai yang tidak tahu bagaimana hendak memasaknya.
Langkah-langkah
1. Basuh rumpai laut sebanyak 2/3 kali basuhan seperti membasuh beras
2. Rendam rumpai laut selama semalaman.
3. Selepas rendam, basuh semula rumpai laut tersebut bersama-sama dengan asam keping
* Rumpai laut berbau hanyir, jadi ia perlu dibasuh sebersih-bersihnya.
4. Masukkan rumpai laut ke dalam bekas, dan boleh dimasak. Cara memasak rumpai laut adalah seperti memasak agar-agar. Kita perlu bijak menganggarkan sukatan air. Jangan meletakkan kuantiti air yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan rumpai laut tidak akan menjadi keras apabila selesai dimasak. Tips mudah yang selalu saya gunakan, kuantiti air mesti sama dengan kuantiti rumpai laut.
5. Rumpai laut boleh dimasak bersama dengan daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir yang terdapat pada rumpai laut
6. Masukkan sedikit garam dan gula (mengikut selera masing-masing)
7. Campurkan sedikit perisa untuk menyedapkan lagi rumpai laut anda. Contohnya pati sunquick.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment