Alhamdulillah,tinggal satu je lagi kertas peperiksaan. 5hb ni bermulalah cuti semester saya. Semalam abang saya call bagitau emak saya dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam. Risau di hati ni hanya Allah yang tahu. Malam pun tak lena tidur dek mengenangkan kondisi si emak. Tak sabar nak habiskan exam dan terus ke sana. Mudah-mudahan emak sentiasa dilindungi dan cepat sembuh. Doakan semuanya berjalan lancar. Kematian itu pasti. Sekiranya hidup itu lebih baik untuk emak, semoga dipanjangkan usia untuk mak terus beribadah kepadaNya. Namun seandainya kematian itu baik lebih baik untuk mak, aku sebagai hamba redha di atas ketentuannya.
3 comments:
kuatkan semangat..bersabarlah...doa pd yg esa..moga2 smua slmt...insyallah...
time kasih =)
InsyaAllah xda papa....
Post a Comment