Musim peperiksaan tiba lagi. Saat yang paling tidak disenangi oleh semua orang, terutamanya para pelajar. Baik di sekolah mahupun di Univesiti. Esok merupakan hari kedua saya menduduki peperiksaan akhir semester. Sekiranya ditanya tentang persiapan... bagi tempoh sebulan lagi pun belum tentu kita benar-benar bersedia. Walaubagaimanapun saya cuba yang terbaik. Insyallah, segala ilmu yang saya perolehi sepanjang semester ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu saya menjawap peperiksaan nanti.
Pelbagai perasaan timbul ketika ini, adakalanya rasa risau, cemas...kadangkala rasa cool, rilex dan adakala rasa teruja dan tak sabar mahu menghabiskan peperiksaan. Lagi cepat lagi bagus, tak perlu memeningkan kepala. Teringat pula kata-kata teman saya di dalam blognya, kita sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan di dunia, peperiksaan untuk menempuh alam barkzah dan di Padang Mahsyar nanti bagaimana? Setakat mana persiapan kita? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi soalan-soalan yang akan dikemukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir nanti? Sama-sama kita muhasabah diri kita.
Kepada mereka yang bakal mengundi dalam pilihanraya Hulu Selangor pada 25 April nanti, selamat mengundi dan laksanakanlah tanggungjawab sebagai warganegara. Buat lah keputusan yang bijak kerana keputusan anda bakal mempengaruhi masa depan negara. Mengundi juga merupakan salah satu peperiksaan dalam hidup. Kita yang akan menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Bezanya kita tidak perlu berhadapan dengan soalan yang mencabar minda. Namun, ingat..keputusan yang kita buat nanti bakal dipersoalkan di akhirat kelak, sekiranya pilihan yang dibuat adalah salah. Sekadar lantang bercakap dibelakang,dan sinis mengkritik tetapi tidak usaha untuk memperbetulkan keadaan tiada gunanya. Saya masih belajar dan tidak pernah berhenti untuk belajar. Jadi, molek kiranya kita sama-sama belajar daripada pengalaman yang lalu agar nasi tak jadi bubur. Bak kata pepatah melayu " Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Selamat mengundi dan selamat menduduki peperiksaan.
No comments:
Post a Comment