( Burhan Sodiq, Engkau memang cantik)
Untuk perkongsian bersama…
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan, tapi…daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan pada orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamerkan kepada sesiapa pun kecuali pada mahramnya. Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapa pun, di manapun dia berada. Tidak ada perbendaharaan kata “ cemburu buta dalam kamus kehidupannya. Dia sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tidak pernah menuntut apa-apa yang tiada ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawaduk adalah pakaian yang sentiasa dia pakai sepanjang masa.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyanyangi sesiapa pun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangkannya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati selalu berusaha dia cipatakan dalam alur kehidupan berumah tangga. Sentiasa menyokong dakwah suami dan menderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhah terlebih hal-hal yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya air mata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang meresap tajam daripada tiap nada bicara yang keluar daripada bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah Al-Quran dan banyaknya hadis dihafal, tetapi daripada teguhnya dan konsistensinya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum mengetahui dan memahami. Al-Quran dan Sunnah dijadikan sebagai penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat serta murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhwat sejati nescaya akan membuat iri hati dan cemburu para bidadari, menjadi dambaaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka yang memiliki roh dakwah dan johadiyah, serta para hamba Allah yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…
bersama-samalah kita berusaha menjadi akhwat yang sejati...
No comments:
Post a Comment