Sunday, April 18, 2010

Selipar oh selipar...


Perbualan dengan teman saya sebentar tadi mengingatkan saya kepada suatu peristiwa yang mungkin tidak dapat saya lupakan sepanjang saya bergelar seorang mahasiswi. Selepas menikmati makan malam, saya dan teman duduk sebentar di ruang tamu. Tiba-tiba si teman pun bertanya satu soalan kepada saya, "eh, erm...ko rasa apa peristiwa yang tak boleh engkau lupakan sepanjang ko duduk dekat sini?" Saya pun tertanya-tanya, kenapa la dia tanya soalan ni kepada saya? Saya pun mula mengerahkan otak untuk bekerja buat seketika...berfikir dan terus berfikir...persoalan teman saya itu membawa saya mengimbas kembali peristiwa dua tahun lepas, ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke Tanjung Malim.

2 tahun yang lalu

Pada ketika ini, kami enam sahabat bersama-sama ke pekan untuk membeli barang keperluan. Perasaan teruja dan gembira masih bersarang dalam diri masing-masing. Tak sabar nak memulakan kuliah, maklumlah pertama kali bergelar mahasiswi...bangga la kononnya. Selesai membeli semua barang keperluan, kami bersiap sedia untuk pulang ke Kolej. Hujan rahmat turun ketika itu mengiringi kepulangan kami...masing2 sibuk berteduh di bawah stesen bas Tanjung Malim sementara menanti ketibaan bas triton untuk pulang ke kolej.

tunggu punya tunggu...bas tak muncul-muncul,batang hidung bas pun tak kelihatan. Kami menanti dengan penuh sabar dan setia. Nak pulang menaiki kereta sapu kami tak berani...jadi terpaksa la menanti bas kolej. Betul la orang kata " penantian itu satu penyiksaan" Orang semakin lama semakin ramai...gusar di hati mula terbit. Saya bermonolog sendiri "dapat ke aku naik bas dengan keadaan hujan dan orang yang ramai ni? nampaknya kena berebut la kalau macam ni " saya menggeleng sendirian...

Akhirnya bas yang dinanti-nantikan pun tiba.Hanya Allah yang tahu bagaimana keadaan ketika itu. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke bas, dah macam semut kerumun gula...saya yang kecik dan comel ni ditolak dari belakang dan tersempit diantara ramai-ramai manusia. Saya cukup kesal dengan sikap pemandu bas yang sangat tidak perihatin dengan keselamatan kami. Seorang teman saya hampir-hampir digilis kakinya dengan tayar bas. Alhamdulillah, mujurlah tayar bas hanya bergeser dengan beg galasnya sahaja, tetapi..kesemua barang yang dibeli sebentar tadi jatuh bertaburan di atas tanah. Cuba anda bayangkan macam mana keadaan tu?




tempat menunggu bas pelajar UPSI
(kat sini la peristiwa tu berlaku)


Masa tu, baru saya tau macam mana manusia ni...macam-macam ragam dan karenah. Masing-masing mementingkan diri. Dalam keadaan kelam kabut dan sesak pada ketika itu, tanpa saya sedari, selipar saya telah dipijak orang dari belakang dan tertanggal daripada kaki. Saya tidak boleh melakukan apa-apa pada ketika itu, hanya mampu memandang ke bawah mecari-cari selipar yang hilang tu. Saya makin tersepit dan orang berasak-asak dari semua penjuru. Lucu bila memikirkan saya hanya memakai sebelah selipar sahaja pada masa tu. Kelibat selipar yang saya sayangi langsung tidak kelihatan.

Saya nekad pulang ke kolej dengan berkaki ayam. Pada masa tu, saya dah tak kisah dan peduli dengan kata-kata orang. Ada yang memandang dengan penuh persoalan, ada yang memandang sinis dan ada jugak yang tersenyum-simpul melihat keadaan saya yang hanya berkaki ayam. Namun, usaha saya berbaloi, saya berjaya juga menaiki bas walaupun dalam keadaan bersesak-sesak.

Tapi saya tak jadi pulang menaiki bas tersebut, saya akur dengan kehendak keadaan...saya turun daripada bas dan memberi laluan kepada yang lain. Mungkin ada hikmahnya, saya ingat hari itu saya memang akan pulang dengan kaki ayam, tapi Alhamdulillah memang sudah rezeki buat saya, selipar yang hilang tu berjaya ditemuai semula di bawah bas. Hanya Allah yang mampu balas jasa orang yang ambil selipar saya tu, hehe...macam cerita Cinderella plak. Mudah-mudahan lelaki yang tolong saya itu akan mendapat ganjaran daripada Allah.

Bila memikirkan peristiwa itu saya akan tersenyum sendirian. Selipar yang banyak meninggalkan kenangan buat saya itu pun, sudah putus setelah setahun lebih saya menggunakan khidmatnya. Walaupun tidak boleh digunakan lagi tapi memori saya dengan selipar tersebut tersemat dibenak fikiran. Selipar oh selipar...mana kan ku cari ganti ? Bila saya cerita kembali peristiwa tersebut kepada rakan-rakan, mereka ketawa dan menganggap ianya perkara yang sangat melucukan. Itulah antara beberapa corat-coret kehidupan saya sepanjang berada di Tanjung Malim ni..






No comments: