Wednesday, March 31, 2010

Dia amanah Allah

Dia ialah amanah dan anugerah dari Allah...Amanah besar buat si ibu dan bapa. Mari kita sama-sama merenung sejenak dan berfikir, sejauhmanakah kita benar-benar menghargai nikmat yang dikurniakan Allah ini. Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai zuriat, berbanggalah anda...kerana anda memiliki aset yang sangat bernilai. Kenapa saya cakap begitu? Mesti kita pernah dengar tentang pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin orang yang saya maksudkan itu diri kita sendiri, adik-beradik kita, keluarga terdekat, saudara mara, atau jiran tetangga kita. Jadi, anda yang diberikan zuriat ini perlu sangat bersyukur dan jangan pernah mengeluh kerana memiliki anak yang ramai. Setiap anak itu sudah tercatat dan ditentukan rezeki buat mereka.




Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kehadiran anak merupakan saat-saat yang sangat dinanti-nantikan. Si ibu dan si ayah mesti tengah berfikir-fikir nama yang sesuai untuk diberikan kepada anak nanti. Masa ini lah, masing-masing sibuk bertanyakan kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan seperjuangan nama-nama yang menarik. Sedangkan usia kandungan si ibu baru sahaja mencecah 2 bulan...begitu cepat perancangan yang dibuat oleh ibu dan bapa sebelum menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Alhamdulillah sekiranya yang berlaku adalah sebegitu...

Bagi yang belum berkahwin dan bakal mendirikan masjid, anggaplah anak itu sebagai hadiah pemberian Allah yang perlu kita jaga. Kita seronok terima hadiah, lagi-lagi bila tiba hari lahir atau sempena ulang tahun perkahwinan tapi kenapa tidak kita seronok bila Allah hadiahkan kita anak sebagai penyeri rumah tangga? Sama-samalah kita berfikir...

Namun, kita sedar tugas dan tanggungjawab yang dimainkan oleh ibu dan bapa sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Peranan dan beban yang dipikul oleh ibu bapa hari ini sangat berat kalau nak dibandingkan dengan ibu bapa zaman dulu-dulu. Mereka terpaksa berhadapan dengan ledakan teknologi, permasalahan sosial yang semakin kronik dan macam-macam dugaan lagi.

Teringat saya artikel yang ditulis oleh Pn. Noraslina Jusuh dalam Solusi isu ke-17 yang bertajuk ”perjuangan yang belum selesai ”. Dia menceritkan tentang detik awal bergelar seorang ibu, dengan kekurangan pengalaman dan ilmu, dia menempuhi saat tersebut bersama suami yang disayangi. Masa itu Allah memberikan mereka ujian yang sangat besar yakni anak yang baru berusia 2 hari menghadapi masalah pernafasan dan semakin menghampiri ajal. Tapi, Allah masih sayang kepada mereka, bayi tersebut berjaya diselamatkan dan sekarang sudah berusia 10 tahun. Dia menyatakan peristiwa tersebut sukar untuk dilupakan dan tersemat kukuh di dalam benak fikiran mereka suami isteri. Subhanallah....Maha Suci Allah


Tapi...cuba kita tengok keadaan yang berlaku hari ni..sedih sangat...Kenapa ada manusia yang sanggup bersifat seperti binatang dan tiada perikemanusiaan dekat muka bumi ni? Tiap-tiap hari, ada sahaja berita pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Yang sedihnya kebanyakkan bayi haram yang lahir itu adalah daripada mereka yang bergelar melayu dan beragama Islam. Tak malu ke kita dengan bangsa lain? Melakukan pembuangan anak yang baru dilahirkan apatah lagi jika sampai menyebabkan kematian adalah perbuatan yang zalim dan terkutuk. Malahan ia termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar yang mengakibatkan pelakunya mendapat seksaan yang pedih di akhirat kelak.

Isu sumbang mahram semakin meningkat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Gejala tersebut juga tidak terkecuali di negara kita. Sumbang mahram adalah perhubungan jenis secara haram di antara mereka yang mempunyai pertalian darah dan tidak sah nikah (mahram), contohnya antara ayah dengan anak, abang dengan adik dan datuk dengan cucu. Anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dipertanggungjawabkan untuk dipelihara, dijaga dan disayangi, bukan untuk diabaikan kerana merekalah generasi yang akan menyambung keturunan.


Kalau kita teliti, perbuatan membuang anak ini adalah berpunca daripada gejala sosial iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Oleh itu, cara untuk mengatasi masalah ini salah satunya adalah dengan kembali kepada ajaran agama Islam. Jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama Allah, insya-Allah, semua gejala ini akan dapat diatasi. Peranan ibu bapa amat besar dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa juga mestilah mengawasi dan mematai semua perkara yang dilakukan oleh anak-anak termasuklah pergaulan mereka. Setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh anak demi mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
* mau anak yg ramai..meriah keluarga :)

Friday, March 26, 2010

Gog and Magog


Kemunculan Gog dan Magog atau juga dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj merupakan antara 10 petanda besar akan tibanya hari akhir zaman. Hari yang akan menjadi perhitungan bagi seluruh umat manusia di muka bumi ini, sama ada berjaya ke syurga atau ke neraka. Pada ketika ini pintu taubat sudah tertutup....bak kata org "tiada maaf bagimu"... Alhamdulillah, buku yang bertajuk "Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung " memang sangat menarik untuk dijadikan bahan pembacaan. Pengarang buku ni menghuraikan tentang kisah Yakjuj dan Makjuj dengan membuat perbandingan tiga kitab utama iaitu Al-Quran, Injil dan Inskripsi Yahudi. Kebanyakkan huraian yg dikemukan oleh pengarang diselitkan dengan bukti-bukti yang dapat dilihat dalam 3 kitab utama ini.



Sebelum tu,tau ke kita pe itu Yakjuj dan Makjuj ? Adakah mereka ini spesis manusia ? raksaksa? binatang ? atau sebaliknya ?....tuk pengetahuan semua, Yakjuj dan Makjuj ini merupakan keturunan manusia yang juga boleh dikategorikan sebagai orang babarian. Magog ini dikatakan berasal daripada keturunan Yafits, Yafet @ Japeth Bin Nuh di mana mereka ini pernah melakukan peluasan kuasa di kawasan Timur Tengah pada sekitar abad ke 8 hingga 4 sm. Mereka merupakan sebuah bangsa yang sangat kejam dalam sejarah peradaban manusia. Mereka juga dikatakan sudah wujud sejak zaman Zulkarnain lagi. Sebelum tembok Zulkarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan membuat serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhamad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.


karakter Yakjuj dan Makjuj


  • suka membuat kerosakan di muka bumi

  • suka merompak

  • merosakkan tanaman dan keturunan

  • mempunyai wajah yang lebar

  • bermata sepet

  • berambut merah,perang

  • mukanya seperti perisai yang dipukul

Turunnya surah Al-kahfi mempunyai perkaitan dengan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Iskandar Zulkarnain. Penurunan surah ini adalah bagi menjawab persoalan yang dikemukan oleh pendeta-pendeta Yahudi yakni " sekiranya Muhamad mampu menjawab soalan ini, Muhamad benar-benar nabi yang diutus...tetapi jika dia tidak mampu menjawabnya maka dia hanya mengaku diri sebagai nabi. Antara soalan yang dikemukan oleh pendeta Yahudi tersebut ialah :

1. tentang kisah pemuda yang disebut dalam surah al-kahfi,apa yg terjadi kepada mereka,kerana peristiwa yang berlaku ini amat menakjubkan.

2. tentang seorang pemuda yg berjaya menakluk timur dan barat yg juga dikenali sebagai Iskandar Zulkarnain

3. tentang roh,apakah itu roh?

Sebab tu la surah Al-Kahfi diturunkan untuk membantu Nabi menjawab persoalan yg dikemukan tu. Mana mungkin manusia biasa yang tidak tahu membaca dan menulis apatah lagi tidak hidup di zaman selepas peristiwa yang berlaku itu menjawap soalan yang dikemukan. Namun tiada yg mustahil semua tu bagi Allah.

terdapat pelbagai pendapat tentang siapakah lelaki yang telah menakluki timur dan barat ini...de yang berpendapat, Zulkarnain tu hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim yang mana pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair. Ada jugak yg mendakwa Zulkarnain tu adalah raja Parsi yang bernama Cyrus the Great dan de jugak yang kata Zulkarnain ialah Alexander the Great dari Macedonia. Teori terbaru yang muncul plak menyatakan Zulkarnain itu ialah Akhenaton , Raja Mesin pencetus monoteisme. walaubagaimanapun berdasarkan teks Al-Quran dapat difahami bahawa Zulkarnain itu merupakan seorang raja pembebas barat dan timur, dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan yang membawa kepada kejayaannya menakluki kedua-dua bahagian ini.

Sumber Islam menyebut pada akhir zaman nanti, gerombolan barbar Yakjuj dan Makjuj ni akan keluar dari seluruh tempat-tempat tinggi dan dataran-dataran tinggi. Mereka ni akan bermaharajalela dengan membuat pelbagai kerosakan. Pada masa tu tiada siapa pun yang dapat melawan mereka ni. Allah memerintahkan mereka yang beriman supaya menghindarkan diri daripada Gog n Magog ni dan pergi ke tempat yang aman. Berkat doa seorang hamba Allah iaitu Isa Al-Masih, seluruh pasukan Yakjuj dan Makjuj terkena serangan wabak virus atau bakteria pada batang-batang lehernya sehingga seorang demi seorang mati.

Menurut pengarang buku Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung, dia menimbulkan satu persoalan kepada pembaca, adakah sejarah akan berulang? proses keluarnya Yakjuj dan Makjuj ini mungkin sama dengan peristiwa yang pernah berlaku dahulu yakni keluarnya bangsa Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan. Bangsa Mongol ini dikaitkan dengan salah satu bangsa Yakjuj dan Makjuj...mereka sinonim dengan gelaran bangsa babarian. Mereka telah menyerang China dengan menghancurkan tembok besar China. Kemudian mara ke Afghanistan, Pakistan, India...dan menguasai beberapa buah negara lain merangkumi Eropah. Sumber Islam menyebut mereka ini bukan Islam dan adalah komoniti kafir.

Diharap perkongsian ini walaupun sedikit dan masih banyak kelemahan namun mampu untuk memberi sedikit peringatan dan panduan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari-hari mendatang. Tanda-tanda kecil jelas kelihatan pada hari ini, tanda-tanda besar? wallahualam...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Wednesday, March 24, 2010

Nyet2...


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...


Malam semalam adik sy call bagitau kucing saya baru je mati...wawawa, sedih sgt. Lepas ni tak de lagi kawan saya dekat rumah, mesti sunyi je. Saya bela kucing tu sejak dia kecik lagi, sekitar tahun 2005 sampai la sekarang. Adik cakap dia mati dalam tandas sebab muntah darah. Saya tau kucing saya tu bukan kucing yang aktif, dia dah lame sakit...dia tak boleh main sangat,sebab nanti dia akan kepenatan. Walaupun kucing tu kucing betina tapi dia tak boleh beranak...kesian dekat Nyet2...


kehadiran Nyet2 memeriahkan suasana keluarga kami, teman mak dan arwah abah. Orang selalu tanya kenapa nama dia Nyet2? name dia agak lucu kan? nama tu mak yang bagi sebab masa kecik suara dia halus je dan berbunyi "nyet..nyet.." sebab tu la kami panggil dia nyet2. Dia comel sangat..ditambah plak dengan mata yang warna biru. Nyet2 tak rapat dengan orang yang dia tak kenal, kalau ada tetamu atau saudara mara datang mesti dia akan nyorok bawah katil.


Saya ni dah macam mak dia, kalau dia nak makan...sakit...nak tido saya yang kena uruskan. Dia tau bile saya sedih dan marah. Adik saya selalu cakap sy gile sebab cakap dengan kucing.Tapi saya tak kisah orang nak cakap ape ,walaupun dia binatang tapi saya tau dia faham pe yang saya cakap. Memang tak dinafikan binatang peliharaan tu boleh jadi terapi tuk kite, lagi2 bile time tengah marah atau tetekan. Saya akui benda tu, kadang bile nak marah...saya pegi dekat dia,main2 dengan dia...panas dekat hati pun kurang sebab tgk muke Nyet.



Arwah abah bukanlah seorang yang suka pada kucing, tapi bile dengan Nyet2 abah terus berubah. Mase saya tak de dekat rumah...abah yang jaga kucing tu. Abang2 dengan adik yang tak pernah suke kucing pun jadi pencinta binatang yang sejati.. tu la kehebatan Nyet2, boleh buat orang sume sayang pada dia.

haiwan yg bernama kucing ni sangat unik dan istimewa. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan kucing byk mendatangkan manfaat kepada manusia. Sy pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa kucing berfungsi sebagai mod terapi khususnya untuk warga emas dan orang "OKU". Menurut kajian ni, kebanyakkan kanak-kanak yang membesar bersama haiwan peliharaan khususnya kucing akan lebih berjaya dalam kehidupan dan pergaulannya apabila dewasa nanti.

kajian di USA mendapati 94% daripada ketua eksekutif di sana memiliki binatang peliharaan semasa kecik dan kanak-kanak yang mempunyai binatang peliharaan di rumah, dia lebih memahami orang lain, de sifat perihatin yang tinggi, penyayang dan lebih bertanggungjawab. kenyataan ini berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dan mungkin ada benarnya.

Selain itu, tindakan membelai kucing juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2 % lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan. Malahan risiko untuk mengidap penyakit jantung pun rendah. Binatang peliharaan membantu tuannya mendapatkan kesihatan psikologi yang baik antaranya menjauhkan gejala kemurungan, keseorangan dan kecemasan.

Jadi saya rase, pemergian Nyet2 satu kehilangan yang besar buat keluarga kami. Walaupun orang cakap "patah tumbuh hilang berganti" tapi...yang baru tak kan sama dengan yang lama. Kenangan bersama Nyet2 tersemat di dalam sanubari.




Wednesday, March 17, 2010

Pemergian Abah

Al-Fatihah buat abah yang telah kembali kerahmatullah pada tanggal 16hb Disember 2009, jam 12.20 pagi di Hosp. Tunku Jaafar, Seremban dan pada usia 64 tahun. Kami adik beradik tabah dengan pemergian abah dan redha atas segalannya.

Beberapa hari sebelum bermulanya cuti semester, abah di masukkan ke Hosp. Kuala Kubu Bharu akibat tekanan darah tinggi. Keadaan bertambah teruk sebaik sahaja abah dibenarkan pulang ke rumah. Abah mula muntah darah, tidak lalu makan,mengalami sesak nafas dan sukar untuk membuang air kecil.

ketika di Hosp.Kuala Kubu Bharu

Allah Maha Besar...perancangan untuk bekerja semasa cuti semester lalu terpaksa dibatalkan. Pada mulanya agak terkilan jugak sebab Along tak izinkan,tp siapa tahu disebalik semua ni ada hikmahnya. Allah memberi peluang ; untuk saya merasai kasih sayang seorang abah buat kali terakhir sebelum abah pergi meninggalkan saya. Saya bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk menjaga abah sewaktu abah sakit. Begini lah rutin harian saya apabila cuti semester bermula,saya akan menjaga mak dan abah yang uzur bersama Abang Ham di kampung. Rasenya tak mampu nak membalas kembali segala pengorbanan yang mereka dah berikan kepada saya sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sewaktu di Hosp. Seri Jempol

2 minggu di Batang Kali, abah memujuk kami supaya dia dibawa pulang ke kampung. Mungkin nalurinya kuat mengatakan dia tak kan hidup lama. Kata abah ”biarlah ini kali terakhir aku balik kampung. Aku tak mau pergi ke mana2 lagi”....sayu kami adik beradik mendengarnya. Seminggu di Negeri Sembilan, keadaan abah bertambah kritikal, Angah bawak abah ke Hosp Seri Jempol untuk mendapatkan rawatan. Abah disahkan positif mengidap sakit buah pinggang. Kedua-dua buah pinggangnya tidak boleh berfungsi dengan baik. Kami pasrah dan redha dengan ketentuanNya...
Melihat keadaan abah yg bertambah tenat, doc menyarankan kami supaya abah dihantar ke Hosp Seremban untuk mendapatkan rawatan susulan. Sepanjang abah di hospital kami adik beradik bergilir-gilir menjaga abah. Hari Selasa, sebelum pemergiaan abah keadaaannya menunjukkan perkembangan yang positif dan doktor menyatakan abah mungkin boleh pulang dalam masa 2,3 hari lagi. Abah lah orang pertama yang seronok mendengarnya...macam2 dia nak buat lepas keluar hospital ni...dia kata nk buat gigi palsu, nak duduk dekat kampung, nak makan buah betik...saya lucu melihat telatah abah waktu tu. Saya terharu bila abah cakap abah paling sayang saya, sebab selalu jaga dia...selalu pegang tangan dia...rindu raseny saya bila dikenang kembali saat2 itu.

Saat indah bersama arwah abah dan mak...
Tapi...Allah lebih sayangkan abah...abah pergi meninggalkan kami...semoga dosa2 abah diampunkan, dipelihara daripada seksaan kubur dan azab api neraka. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi...amin, Al-Fatihah.

Saturday, March 13, 2010

Watak-watak syaitan sepanjang masa

(nidzamkadir.blogspot.com)

Ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh :


1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar.
Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana yang diceriatkan dalam hadis bahawa syaitan agar menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan agar menimbulkan soalan tentang siapakah yang menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).


2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan.
Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali. Apabila berwudhuk maka putuslah tali kedua. Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.


3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat”.- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. :الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya”. (Riwayat Bukhari).- Membaca ayat Kursi.- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.

4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim).Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.


5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih. Seorang lelaki menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala telah dipukul. Nabi s.a.w. menasihatkannya dengan sabdanya :لاَ تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِى مَنَامِكَ“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim).


6. Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan.
Sabda Nabi s.a.w. :وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَهُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ“Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia semampunya”. (Riwayat Muslim).Sebenarnya syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak di tutup. Sabda Nabi s.a.w. :إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيْهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ“Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah tangannya atas mulutnya kerana syaitan akan masuk”. (Riwayat Muslim).


7. Syaitan juga bertenggek atas batang hidung setiap manusia. Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana diriwayatkan sabda Nabi s.a.w. :إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيَاشِيْمِهِ“Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka bersihkanlah hidungnya tiga kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya”.

8. Syaitan mewaswaskan manusia.
Asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was was dalam hatinya. Pun begitu penyakit was was perlu diubati kerana ia berpunca daripada syaitan.


9. Was was yang paling utama ialah ketika solat.
Seorang sahabat mengadu masalah ini ketika solat kepada Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. :ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَب فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا“Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali”. (Riwayat Muslim).Biasa juga syaitan akan mengkhayalkan seseorang yang bersolat. Misalnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat di mana kunci itu berada. Oleh itu dia akan terfikir macam mana kunci itu berada di situ. Akhirnya dia tidak khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. :إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَلَبَّسَ عَلَيْهِ حَتَّى لاَ يَدْرِي كَمْ صَلَّى ، فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ“Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewaswaskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk”. (Riwayat Muslim).


10. Lupa juga berpunca daripada syaitan.
Firman Allah menceritakan kalam sahabat Nabi Musa a.s. :وَمَا أَنْسَانِيْهُ إِلاَّ الشَّيْطَانُ“Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan”. (Surah al-Kahfi : 63).Begitu juga ingatan Nabi Yusuf kepada teman penjaranya agar menyebut kisahnya kepada raja namun dia terlupa. Firman Allah :وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ“Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang disangkanya akan keluar dari penjara agar menyebutnya kepada rajanya lalu syaitan telah melupakannya”. (Surah Yusuf : 42).Akhirnya tujuan utama ialah agar lupa kepada Allah. Firman Allah :اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللهِ“Syaitan menguasai atas mereka lalu syaitan melupakan mereka daripada mengingati Allah”. (Surah al-Mujadalah : 19).


11. Syaitan juga akan berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. Sabda Nabi s.a.w. :إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّوْنَ فِى جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ وَلَكِنْ فِى التَّحْرِيْشِ بَيْنَهُمْ“Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia beriman menyembahnya di tanah Arab tetapi masih mampu mewujudkan persengketaan sesama mereka”. (Riwayat Muslim).Oleh kerana itu, setiap muslim dilarang membuat apa-apa tindakan yang boleh menyalakan api permusuhan seperti mengacukan senjata kepada muslim yang lain. Sabda Nabi s.a.w. :لاَ يُشِيْرَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَى أَخِيْهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ أَنْ يَنْزِغَ فِى يَدِهِ فَيَقَع فِى حَفْرَةٍ مِنَ النَّارِ“Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. Kemungkinan dia tidak menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang neraka”. (Riwayat Bukhari).

12. Akkhir sekali, syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini hanya sekadar beberapa peranan syaitan sahaja. Lebih umum apa yang digambarkan dalam satu hadis :إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيْسُ بَثَّ جُنُوْدَهُ فِى اْلأَرْضِ فَيَقُوْلُ : مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ. فَيَقُوْلُ لَهُ الْقَائِلُ : لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى طَلَّقَ امْرَأَتَهُ...لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى زَنَى... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى شَرِبَ الْخَمْرَ.... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى قَتَلَ...“Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya di bumi lalu bertitah : “Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim, aku akan pakaikan kepadanya mahkota”. Selepas itu ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia menceraikan isterinya”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia berzina”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia minum arak”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia membunuh”…(Riwayat Ahmad).

Wednesday, March 10, 2010

Pergaulan lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum warahmatullah....

Pergaulan Lelaki & Perempuan

Oleh: Dr Yusuf al-Qardawi, jilid 5 & 6, Fatwa Masa Kini

Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram. Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik. Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu menjadikan kita seperti masyarakat barat.

Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:-
1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan.
Firman Allah: Maksudnya: " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…" (Surah An-Nuur:30,31)
2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak, iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Maksudnya: "…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…" (Surah An-Nuur: 31) Perkara ini adalah berdasarkan kepada tafsiran yang dibuat oleh beberapa orang sahabat mengenai maksud `apa yang lahir daripadanya' ialah muka dan dua tapak tangan. Di antara hikmat berpakaian sedemikian ialah seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; Maksudnya:"…cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu…". (Al-Ahzaab: 59) Iaitu bahawa dengan pakaian yang menutup aurat inilah kita dapat membezakan di antara wanita merdeka yang memelihara kehormatannya dengan wanita yang jalang. Wanita yang berpakaian sedemikian akan terselamat daripada gangguan, kerana pakaiannya yang begitu di samping akhlaknya yang baik menyebabkan orang yang melihat akan menghormatinya.

3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki:
a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang menggoda atau memberahikan. Firman Allah; Maksudnya: " Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzaab: 32)
b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib sebagaiman firman Allah: Maksudnya: "… dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…" (An-Nuur:31) Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t: Maksudnya:"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…" (Al-Qasas:25)
c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maa'ilaat (menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan jahiliah moden.


4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya seperti wangi-wangian dan sebarang `make-up' (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum lelaki.
5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;"…kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan." Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan kayu api duduk hampir dengan api yang sedang marak menyala. Lebih-lebih lagi jika bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat si suami. Ini jelas dalam suatu hadis: Maksudnya:"Jauhilah kamu daripada masuk kepada wanita." Sahabat pun bertanya:"Wahai Rasulullah! Bagaimana jika yang masuk itu adalah mertua? Lalu dijawab oleh Rasulullah: " Mertua adalah maut!" Makna maut disini ialah sebab kebinasaan kerana kadang–kadang mertua duduk dan berbual lama. Ini adalah suatu bahaya yang cukup besar.
6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting, perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak.








Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Wanita solehah impian pemuda beriman

Anda percaya tak pada kenyataan ” Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik” ? Saya selalu terfikir mengenai kenyataan ini...mungkin ada benar dan ada tidaknya. Saya pernah lihat pasangan yang isterinya rajin ke masjid dan selalu melakukan ibadah sedangkan suaminya lebih selesa melepak di kedai kopi berbual hingga maghrib kemudian sambung ke isyak. Yang menyedihkan lagi, anak-anak terbiar sahaja di rumah tanpa pengawasan ibu bapa.Walaubagaimanapun realiti yang berlaku ini mungkin hanya dialami oleh sebahagian masyarakat. Apa2 pun saya masih percaya bahawa wanita yang baik itu tercipta untuk lelaki yang baik.

Lelaki dan wanita saling perlu memerlukan
Cerita ”ketika cinta bertasbih” banyak meninggalkan kesan dihati saya khususnya dalam memilih cinta yang terbaik. Saya kagum dengan pendirian Azzam dalam mempertahankan maruahnya sebagai seorang lelaki. Agaknya apa akan anda rasa bila seorang wanita yang cantik dan seksi meluahkan perasan rindu kepada anda dan ingin menghadiahkan sebuah ciuman walaupun sekadar di telefon? Masih terngiang2 di benak fikiran saya perkataan ”itu musibah” yang diungkapkan oleh Azzam. Sebagai peringatan untuk kita bersama, marilah kita mencari cinta yang membawa kita mencintai Allah. Azzam sedar tindakan Eliana itu lebih kepada mengikut hawa nafsu dan tanpa pertimbangan akal yang akhirnya boleh membawa mereka ke arah kemaksiatan. ” Syaitan itu akan selalu menunggani manusia untuk menuju kemaksiatan". Malahan apa yang penting marilah kita bersama-sama menjauhi perkara yang boleh mendatangkan fitnah.











Tuesday, March 9, 2010

Ketika Cinta bertasbih

Kau mencintaiku ...
seperti bunga mencintai titah Tuhannya,
tidak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
tidak pernah lelah meneduhkan gelisahnya lah,
Kau mencintaiku...
seperti matahati mencintai titah Tuhannya,
tidak pernah lelah membahangngi cerah cahaya
tidak pernah lelah menghangatkan jiwa.

Bait kata-kata indah ini merupakan antara madah yang dapat kita perhatikan dalam filem "ketika cinta bertasbih" arahan Chaerul Umam. Alhamdulillah, dengan izin dariNya, Dia telah membukakan pintu hati saya untuk menonton filem ni... Erm, dengar tajuk filem pun dah menarik. Kepada sesiapa yang belum menonton filem ni saya sarankan korang berbuat demikian, tak rugi sebab banyak pengajaran dan iktibar boleh kite kutip daripada cerita ini. Saya terjumpa cerita ni pun secara kebetulan dalam you tube.

Sinopsi Ketika Cinta Bertasbih
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Abdullah Khaeirul Azzam yang dilakonkan oleh Kholidi Asdil Alam. Azzam merupakan antara mahasiswa Indonesia yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Mesir. Selepas bapanya meninggal dunia, Azzam menggalas tugas berat dengan memikul amanah sebagai ketua keluarga. Menyedari kehidupan yang serba kekurangan Azzam telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual tempe dan bakso di Cairo bersama rakan-rakannya yang lain. Peluang melanjutkan pelajaran di tempat asing telah menemukan Azzam dengan anak duta Indonesia yang dikenali sebagai Eliana. Eliana sempurna di mata seorang lelaki...cantik,bijak,mahir berkomunikasi dan menarik. Tetapi kelebihan yang ada pada Eliana ini belum berjaya membuka hati Azzam untuk menerimanya sebagai pasangan hidupnya. Azzam menyedari kehidupan dan latarbelakang yang berbeza tidak memungkinkan mereka untuk bersama.

Perkenalan Azzam dengan Pak Ali telah menjelmakan nama Anna Altofunnisa dalam lembaran hidupnya. Anna memenuhi kriteria wanita yang diimpikan oleh Azzam. Dia seorang wanita yang solehah, baik tingkah laku serta akhlaknya, mempunyai pendidikan yang tinggi dan berasal daripada keturunan yang baik. Tetapi Anna terlebih dahulu telah dijodohkan dengan Furqan yang juga sahabat baik Azzam. Namun, cinta Allah mengatasi segala-galanya. Setelah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, Azzam berjaya menemui semula cinta yang dicarinya. Saya tidak menjelaskan cerita ini secara terperinci, tapi sesiapa yang berminat ingin mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut boleh la menontonnya.


Anna Atofunnisa

Abdullah Kheirul Azzam



Jalan cerita "ketika cinta bertasbih" sangat berbekas di hati saya. Ia boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam membantu kita memilih pasangan yang terbaik tuk diri kita nanti. Kenapa la ye pengarah filem atau drama di Malaysia ni tak mampu menghasilkan cerita berunsurkan islamik sebegini? Saya bukan bais kepada mereka, tetapi kalau nak dibandingkan karya mereka dengan hasil tempatan ni saya boleh cakap karya mereka lebih berkualiti. Contohnya macam cerita laskar pelangi...tapi kenyataan saya ni bukan bermaksud karya tempatan tidak ada langsung yang berkualiti. Tapi kalau kite tengok hari ini kebanyakkan drama atau filem Malaysia lebih berunsurkan seram. Memang tak dinafikan orang kita suka dengan benda-benda macam itu dan antara sedar atau tidak ia sebenarnya melambangkan mentaliti masyarakat itu sendiri. Saya tidak menolak kewujudan dunia mistik apatah lagi kewujudan jin yang kita selalu sebut sebagai hantu. Jangan kita terlalu mementingkan keuntungan sehingga lupa tanggungjawab kite kepada masyarakat

Monday, March 8, 2010

Lempeng pisang dan agar2 kelapa

Resepi ni sy belum cube lagi,tengok macam sedap...jadi hari ni sy nk kongsi resepi ni dgn korang.Tak syok kalau kongsi ilmu sorang2...sape2 yang suke memasak,mesti dia teruja pny nk cuba. Resepi ni bg sy, agak mudah dan bahan2ny pun senang nk didapati di kedai runcit. Sy dapat resepi ni dalam surat khabar, tak ingat plak tarikh dia bile. Dah lame salin dalam buku tapi tak berkesempatan untuk mencubenya di rumah. Pape pun tuk yang berminat boleh la salin... nanti dah try boleh kongsi dengan sy.




agar-agar kelapa


bahan-bahan :

20 gram agar-agar
3 biji kelapa muda
1 setengah cawan gula pasir
(ikut kesesuaian rasa)
1 setengah cawan air
1 tin susu sejat
sedikit pewarna hijau

cara-cara
1. kisar 2 biji isi kelapa bersama air kelapa muda yang telah dikeluarkan terlebih dahulu.
2. isi kelapa yang selebihnya dipotong nipis-nipis
3. masak air kelapa yang dikisar tadi bersama agar2 sehingga larut
4. masukkan susu sejat dan biarkan ia mendidih seketika.
5. kemudian, masukkan gula,air dan isi kelapa yang telah dipotong nipis dalam larutan
6. masukkan pewarna hijau dan kacau hingga sebati
7. Bila sudah masak, padamkan api dan tuangkan ke dalam acuan ikut kesukaan dan biarkan sehingga keras



Align Center

Lempeng pisang


bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
setengah cawan mentega(dicairkan)
setengah sudu teh gula
1 biji telur dipukul
1 cawan susu segar
setengah sudu teh esen vanilla

cara-cara :
1. campurkan semua adunan kecuali pisang ke dalam mangkuk pengadun
2. tuangkan susu sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati
3. pastikan adunan benar-benar kempang
4. hiriskan buah pisang nipis2
5. panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak di atasnya
6. tuangkan adunan atas kuali leper tersebut
7. aturkan hirisan pisang di atas lempeng tersebut. kemudian terbalikkan lempeng dan angkat apabila sudah masak

walaupun hanya sekadar lempeng pisang dan agar2, tp yg menariknya resepi ni bg saya...bahan2 yg digunakan bukan macam resepi lempeng biase yang kte selalu buat tu . Bgtu jugak dengan agar2 tu...Jarang orng buat agar2 kelapa muda ,selalunya kite tgk agar2 biase yang warna merah, xpun agar2 milo,dan puding jagung. tu sebab sy salin resepi ni tuk simpana peribadi sy...sebab lain dari yg lain. selamat mencuba.

Sunday, March 7, 2010

Daerah Jempol

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, kerana masih diberi kesempatan dan ruang untuk sy terus bernafas d muka bumiNya ini. Dengan izinNya jugak sy dapat terus kongsi mcm2 cerita dengan korang. Permulaan yg baik buat sy pada hari ni. Blok kediaman sy,iaitu Blok A,Kolej Za'ba,UPSI telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan perarakan sempena sambutan Maulidurasul peringkat kolej. Tahniah kepada ketua blok A(Siti Suhila Abdul Rahman), Mt dan Ajk yg turut serta...walaupun persiapan last2 minit tp hasilny berbaloi-baloi. Ok, kite lupekan pasal hal kejayaan blok A tu skang sy nk kongsi sikit maklumat berkaitan daerah Jempol yang juga merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Sembilan. Daerah Jempol agak kurang dikenali berbanding daerah lain di Negeri Sembilan. Selalu bile sebut je Negeri Sembilan, mesti orang akan ckp Seremban, Senawang..Nilai...daerah Jempol?
tah2 ade yg baru tau kewujudan daerah ni.




Ni la la beberapa kawasan yang ade kat Jempol

Daerah Jempol telah dibentuk pada 1 Januari 1980. Kirenya daerah Jempol ni baru je lagi di Negeri Sembilan. Dulu, daerah Jempol ni termasuk dalam kawasan daerah Kuala Pilah. Sebelum kewujudan daerah ni, kawasan Jempol sekarang dan lain-lain kampung yang ade di sekitarnya memusatkan urusan harian diorang di Bahau. Bahau ni merupakan pekan utama di daerah Jempol. Sekarang dah maju dah...besar la sikit dari Pekan Kuala Pilah. Jempol pun sekarang dah muncul sebagai sebuah daerah utama yang amat tinggi penghasilan ekonominya dan menjangkau keluasan hingga ke bibir sempadan Pahang disebelah utara dan timur lautnya. Malah dibahagian timur meluas ke sempadan Johor. Kalau dari rumah sy nk ke Pahang khususnya nk ke pekan Kemayan de la kot dalam 20 minit cam tu...kalu nk dibandingkan ke Kemayan dengan Seremban,jauh lagi perjalanan ke Seremban. Kalu dulu sebelum jalan baru di bukit putus tu siap,mau makan masa dalam 2 jam tuk sampai ke Seremban...jauh tak jauh perjalanan tu.



ni la pemandangan pekan Bahau waktu malam...agak lengang,tapi siang memang sibuk

Daerah ni mempunyai keluasan 342,500 atau kira-kira 535 batu persegi. Maklumat ni maklumat lame, yg terbaru sy tak pasti berapa keluasannya. Berdasarkan bancian yg dibuat ms thn 1980 jumlah penduduk di Jempol time tu lebih kurang 68,985 orang. Mase ni mule2 Jempol dibentuk,skng mungkin dah bertambah lagi2 dgn kelahiran generasi kedua Felda. Masa mule2 ditubuhkan,daerah Jempol terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Jempol, Ulu Muar, Rompin, dan Bahau. Daerah Jempol ni antara daerah yang paling banyak kawasan rancangan Felda salah satuny adalah kampung sy sendiri yg terletak di Gugusan Lui. Kalau korang berkesempatan ke daerah Jempol, disepanjang perjalanan nanti orang akan tengok banyak pokok getah dgn kelapa sawit...rindu plak rasenya...bau pokok2 yg segar,lagi2 waktu pagi.

Friday, March 5, 2010

Masyarakat Banjar


Salam satu Malaysia...

Alhamdulillah td sy berkesempatan membaca satu artikel berkaitan masyarakat banjar di Malaysia. Agak2 sebelum ni korang penah dengar tak tentang masyarakat banjar? Orang banjar jugak merupakan salah satu rumpun bangsa melayu tapi ia agak kurang dikenali berbanding masyarakat Jawa. Jawa dan Banjar dikatakan mempunyai latarbelakang penghijrahan yg sama dan berasal dari negera kepulauan Indonesia. Saya bangga dilahirkan sebagai orang banjar walaupun tak pandai cakap bahasa banjar..huhu,malu jugak. Kebanyakkan masyarakat banjar ni kita boleh temui di Batu Pahat, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kerian, dan Bagan Dato. Saya difahamkan arwah nenek moyang sy juga berasal dari Seri Gading, Batu Pahat. Tapi, disebabkan oleh beberapa kekangan mereka telah berhijrah ke Parit Buntar, Perak.


Mengikut sejarahnya, masyarakat banjar yang datang ke Malaysia ni berasal dari Kalimantan,Indonesia terutamanya di daerah Banjarmasin. Sesuai lah dengan nama masyarakat tu sendiri. Mereka ni jugak de banyak suku...mcm minangkabau. Antara suku orang banjar ni...seperti suku Tanjung, Kalua dan Alai. Masyarakat banjar ni de ciri-cirinya yg tersendiri, contohnya mereka ni mempunyai fahaman kesukuan yg tinggi, kuat berpegang dengan ajaran agama, mengamalkan hidup yang sederhana dan mempunyai sikap panas baran. Mengenai sikap panas baran tu,sy tak begitu pasti kesahihannya. Sy rase panas baran tu lebih menjurus kepada sikap seseorang individu. Tak sume orang banjar tu macam tu...


Masyarakat banjar dikatakan mempunyai fahaman kesukuan yang tinggi. Mereka hidup dalam kelompok mereka sendiri. Mereka juga dikatakan sebagai masyarakat yang tertutup sebab tidak menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar (selain banjar). Hal ini turut berlaku dalam perkahwinan. Sy rase keadaan tu mungkin berlaku suatu masa dahulu...sebabnya mereka baru je berhijrah ke tempat yang baru (Tanah Melayu). Mcm kite la jugak, kte akan berkawan dengan orang yang kite kenal,lagi2 kte baru je pindah kat tempat tu. Kalu nak memulakan hubungan yang baru tentu ambik masa jugak kan? sekang pun kte tgk ramai je orang banjar yang kawin dengan bangsa lain contohnya jawa. so,pendapat yang mengatakan masyarakat banjar ni masyarakat yang tertutup dah tak relevan dengan konteks hari ni.


Sy mengakui yg orang banjar ni memang berpegang kuat dengan ajaran agama dan mengamalkan hidup yang sederhana. Arwah abah sy cakap dulu masa mule2 duduk dekat Felda, kebanyakkan jemaah yang hadir ke masjid adalah dalam kalangan orang banjar. Bile time sembahyang jumaat mereka ni terpaksa pergi satu rumah ke satu rumah yg berhampiran tuk ajak mereka solat di masjid sebab tak cukup 40 orang jemaah. Sy bukanlah cakap orang bukan banjar tu tak kuat berpegang kepada ajaran agama...saya hanya menceritakan keadaan yang berlaku di tempat sy satu ketika dahulu. Rata-rata mereka ni pegang jawatan yang penting macam tok imam, dan ustaz...arwah tok wan pun mcm tu jugak. Oleh sebab mereka ni cenderung kepada bidang agama,banyak institusi keagamaan macam pondok dan madrasah yang terdapat di kawasan-kawasan yang majoriti didiami oleh orang banjar,contohnya seperti di Kerian,Perak...huhu,di kampung saya..simpang lima,batu 5.


tapi yang sedihnya,walaupun berasal daripada keturunan banjar ramai je generasi muda hari ni yang tak pandai bercakap dialek banjar...takut jugak identiti banjar tu akan hilang suatu hari nanti sebab tak de orang nak mempertahankannya. Alhamdulillah setakat perkataan yang simple2 tu leh la lagi faham tapi kalu dengar orang tua-tua bercakap,ternganga jela mulut ni mendengarnya. Apa2 pun proud to be banjares...


" kulaan nereng nampak terkureheng "

Thursday, March 4, 2010

Masak Lemak Cili Api


huhu...rasa lapar plak bile tgk masak lemak cili api tu...tuk pengetahuan semua, masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang terkenal Negeri Sembilan. Ia juga merupakan simbolik kepada Negeri Sembilan itu sendiri. Kalu dalam loghat Negeri Sembilan, ia disebut "masak lomak cili api". Masakan ni memang terkenal dengan kepedasannya.Kalu tak pedas..tak bes, cam ade je yg tak cukup. Masakan ni simple sahaja resepiny...masa sy mule2 nk belajar masak lemak cili api,ingatkan susah la sangat...rupenya2 petik jari je...campak2,dah siap. hehe...semudah tu ke?

Kalu masak lemak cili api yang menggunakan ikan sebagai laukny,selalunya mak sy tak menggunakan bawang. Setiap orang de cara masak yang tersendiri kan?betul tak? Tetapi ramuan utama yang perlu ada,sudah tentu la cili api,kunyit, serai, dan santan. Jangan lupe ye tuan-tuan dan Puan-Puan. Erm,rindu dengan masakan lemak cili api mak dan arwah abah saya...mungkin sy dah tak dapat rase lagi air tangan mereka disebabkan beberapa kekangan. Walaubagaimanapun, alhamdulillah...sempat jugak sy cedok sikit ilmu masak memasak daripada diorang. Kalu rase nak makan, buat sendiri je tak payah nk g beli kat kedai.
kat bawah ni saya de sediakan resipi masak lemak cili api. Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh la salin resepi ni.

Ketam masak lemak cili api:

Bahan-bahan:
1 kg Ketam - bersihkan and tos kasi kering
1 biji kelapa @1 kotak (200ml) santan segera
- kelapa tu dimesin dan diambil santannya.

Bahan2 kat bawah nie diblender:
10 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili api - kalu nak lagi pedas letak lebih
3 btg serai - dititik
1 helai daun kunyit - dimayang (wangi je bauny nnt)
2 keping asam gelugor/asam keping
Garam dan serbuk perasa secukupnye
Air ikut kepekatan kuah

Cara Memasak:
1. Tumis bahan2 yg dah dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan serai & daun kunyit, pastu kacau2 sekejap.
3. Masukkan santan @santan kotak & tambah air ikut kepekatan yg kite suke.
Jangan lupe kacau sekejap2 kasi sebati (kalu gune santan kotak tak payah dok selalu kacau kuah tu, sbb dia tak kan pecah santan)
4. Lepas dia dah mendidih masukkan ketam diikuti asam, garam & gula secukupnye.
5. Tunggu dia menggelegak lagi, rase sikit kuahnye kalu ade yg tak cukup tambah ikut tekak masing2.
6. Dah siap, hidangkan dgn nasi panas... fuhhh.. terangkat...

* resepi ni bukan resepi original mak sy...mak sy pny resipi lagi simple dari ini.pape pn selamat mencuba.

Wednesday, March 3, 2010

Guru mungkin diwajibkan berkhidmat di pedalaman

Mac 3, 10 9:45am
Guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan."Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani malam semalam.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar."Ini sebagai satu cabaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.Dalam program selama 45 minit itu, Muhyiddin berkata beliau juga komited untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.
Katanya walaupun terdapat sekolah-sekolah yang tidak menpunyai prasarana sukan yang mencukupi seperti padang, ia bukan alasan untuk mengetepikan kepentingan sukan yang juga menjadi faktor penting dalam pembentukan siasah pelajar.Katanya sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama dari semua pihak termasuk dari badan-badan korporat, universiti dan juga masyarakat tempatan."Misalnya kita boleh memeterai perjanjian persefahaman dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya mereka boleh memberi tenaga jurulatih untuk membimbing guru-guru sukan di sekolah.Dalam soal memperkukuhkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris,katanya, seramai 362 orang tenaga pengajar dari United Kingdom, Australia dan Kanada akan dibawa masuk untuk mengajar Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan mulai tahun depan.- Bernama

Tuesday, March 2, 2010

Guru belum bersedia mengajar pendidikan seks di sekolah

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid. "Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar," katanya.NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.

Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: "Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar."Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu."Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya.- Bernama

Monday, March 1, 2010

Wali Songo@ 9 wali

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.41 pagi,tapi mate sy ni belum tunjukkan tanda2 nk tido. Alhamdulillah,hari ni sy berkesempatan utk mempelajari tntg wali songo atau dalam bahasa standartny juga disebut sebagai wali 9. "songo" dalam bahasa jawa membawa maksud nombor sembilan. Sebelum ni sy selalu dengar orang sebut wali songo...tp sy tak tau langsung sape wali songo tu. Mule2 sy ingt wali songo tu name org,tp bile dh belajar...baru sy tau mereka ni rupenya individu2 yg memainkan peranan yg penting dalam menyebarkan dakwah islam di Indonesia khususnya di Kepulauan Jawa. Mereka ni lah yg bertanggungjawab mengekang amalan Hindu-Buddha dalam kalangan masyarakat Jawa ke arah kehidupan yang bersyariat dan berpaksikan kalimah syahadah "tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

wali-wali songo ni terdiri daripada:
1. Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel atau Raden Rahmat
3. Sunan Bonang atau Raden Makhdun IBrahim
4.Sunan Drajat atau Raden Qasim
5.Sunan Kudus atau Jaffar Shadiq
6.Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin
7.Sunan Kalijaga atau Raden Said
8.Sunan Muria atau Raden Umar Said
9.Sunan Gunung Jati atau Syafif Hidayatullah

kebanyakkan nama mereka ni diambil bersempena dengan nama tempat mereka berada. Contohnya Sunan Gresik yang diambil sempena nama Gresik. Rata-rata mereka ni jugak mempunyai pertalian yang erat...erm,mcm Sunan Ampel,dia merupakan bapa kepada Sunan Bonang dan Sunan Drajat. Daripada kesembilan orang wali ni hanya seorang sahaja yang berasal daripada Indonesia iaitu Sunan Gunung Jati, manakala wali yang lain merupakan orang luar. Antaranya Sunan Gresik yg jugak dikenali sebagai Maulana Malik Ibrahim yang berasal dari Maghribi,Afrika Utara...
TEORI ISLAM DARI CHINA
Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa agama Islam tersebar dari China yang telah dibahaskan oleh S.Q Fatimi. Teori beliau ini berlandaskan faktor perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876M. Perpindahan ini berlaku akibat tercetusnya pemberontakan di Canton yang telah mengorbankan kira-kira 100 000 hingga 150 000 orang Islam. Ekoran daripada peristiwa tersebut, dikatakan orang Islam telah meninggalkan China dan beralih ke Asia Tenggara khususnya di Kedah dan Palembang. Selain daripada dua tempat ini, mereka juga tertumpu di kawasan Campa, Brunei, pesisir Pantau Timur Tanah Melayu yang merangkumi Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Antara bukti-bukti yang telah diketengahkan untuk mengukuhkan lagi bukti kedatangan Islam dari China adalah melalui penemuan batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam yang terdapat di Langgar Kedah, bertarikh 903 M
ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB
Walaupun sebahagian besar orientalis barat dan sarjana barat meminggirkan peranan penting yang dimainkan oleh orang Arab dalam proses membawa pengislaman orang Melayu, namun terdapat juga beberapa orang dalam kalangan mereka yang secara jujur mengakui hakikat bahawa “ faktor Arab” dalam proses tersebut. Antaranya ialah seperti John Crawford, William Marsden dan De Hollander. Akan tetapi, dari perspektif tempatan pula berpendapat bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini datangnya terus dari Semenanjung Tanah Arab dan bukannya India seperti yang diwar-warkan oleh orientalis barat.
Sejarawan tempatan mengemukan hujah-hujah mereka dengan mengetengahkan bukti-bukti seperti karya-karya sastera melayu tradisional seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu. Di dalam kedua-dua sumber sastera melayu ini terdapat huraian jelas yang menunjukkan peranan yang dimainkan oleh orang Arab dalam proses pengislaman orang Melayu. Contohnya dalam Hikayat Raja-raja Pasai yang menceritakan tentang kisah pengasas kerajaan Pasai iaitu Merah Silu yang dikatakan telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W, diislamkan dan dikenali sebagai Sultan Malikul Salleh. Contoh lain yang dapat dilihat adalah dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang peristiwa seorang pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdullah Al-Yamani yang dikatakan datang terus dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau ini berperanan dalam menukar agama Sultan Kedah kepada agama Islam dan baginda kemudiannya dikenali sebagai Sultan Muzaffar Syah. Justeru, adalah menjadi kemungkinan bahawa pertapakkan Islam di Tanah Melayu diperolehi terus secara langsung melalui pedagang-pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu.

TEORI KEDATANGAN ISLAM

TEORI ISLAM DARI INDIA
Sebahagian besar kajian tentang proses yang membawa pengislaman orang melayu dipelopori oleh sarjana dan orientalis barat. Ekoran daripada itu, hasil kajian yang diperolehi daripada orientalis barat ini kebanyakannya ditulis mengikut tafsiran sendiri dengan menginterprestasikannya mengikut budaya mereka sehingga menimbulkan konflik dengan perspektif tempatan. Rata-rata mereka membuat kesimpulan bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini datangnya dari benua kecil India. Secara khususnya mereka menyatakan bahawa benua kecil India itu adalah merujuk kepada India Selatan. Malahan mereka turut menafikan kedatangan Islam ke Alam Melayu berhubung terus dengan Semenanjung Tanah Arab.
Salah seorang daripada orentalis barat yang berpegang kepada teori ini ialah Pijnappel yang juga merupakan seorang……walaupun beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa Islam yang disebar ke Alam Melayu ini dibawa oleh orang Arab, namun beliau berpendapat bahawa mereka ini tidak datang terus dari Semenanjung Tanah Arab. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa mereka datang ke sini dengan melalui Gujerat dan Malabar.Teori kedatangan Islam ke Nusantara melalui India dikukuhkan lagi melalui penemuan batu nisan yang bertarikh 1428M( 831H ) yang telah ditemui di Pasai. Didapati batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan gaya batu nisan yang ditemui pada Makam Maulana Malik Ibrahim di Grisik. Oleh yang demikian, mereka telah membuat kesimpulan bahawa Islam yang terdapat di Tanah Melayu khususnya dan Nusantara amnya dibawa dari India melalui bukti penemuan batu nisan yang ditemui itu yang dikatakan mempunyai persamaan dengan batu nisan yang terdapat di Gujerat dan Cambay.
Selain daripada penemuan batu nisan tersebut, mereka juga mengemukakan hujah mengenai kepentingan pelabuhan-pelabuhan di Gujerat yang merupakan bandar pelabuhan yang menjadi pusat pembuatan kapal-kapal. Menjelang abad ke-15, pedagang-pedagang ini sudah menjalinkan hubungan dagang dengan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu. Menurut mereka lagi, pedagang-pedagang inilah sebenarnya yang memainkan peranan yang besar dalam membawa Islam ke Tanah Melayu. Bahkan menurut mereka lagi, Alam Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan India sejak zaman Pra-Islam lagi.

[1]
[2]

Tips bercinta dengan Allah

Alhamdulillah, pertama sekali sy nk ucapkan banyak2 time kasih dekat bes pren sy..Azwan Syah sebab bagi pinjam sebuah buku yg sangat menarik. Buku tu bertajuk psikologi Cinta, karya Dato Dr Fazilah Kamsah yg berkolabrasi dgn Saudari Syaidatun Nazirah. Berbaloi baca buku ni dan banyak tips serta panduan yang diberikan perihal cinta. Buku ni, telah mengupas perihal cinta daripada perspektif yang meluas yakni cinta kepada Allah, Rasul, Ibu Bapa, dan hubungan yang berlainan jantina. Banyak kalu nk diceritakan....tuk kali ni sy nak kongsi beberapa tips yang terdapat di dalam buku ni iaitu tips bercinta dengan Allah.

Tips bercinta dengan Allah
1. Sentiasa mengutamakan urusan Allah dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu

2. Sentiasa mengingati dan memikirkan tentang Allah pada bila-bila masa sahaja

3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah

4. Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik daripada Allah

5. Berusaha untuk memperoleh kusyuk dalam solat

6. Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran

7. Berbuat kebaikan dalam kesempatan yang ada

8. Hindari perbuatan jahat dan buruk.

9. Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana( akan binasa), tetapi cinta kepada Allah bersifat Baqa(kekal buat selama-lamanya)

Oleh tu, diharap...tips yg dah sy berikan ni dapat dijadikan panduan dan amalan buat kita bersama. Kite selalu ingat Allah bile time susah,tp Allah sentiasa bersama kita,walau susah mahupun senang. Marilah kita mencari cinta yg boleh membawa kita mencinta Allah.amin...