Monday, March 1, 2010

TEORI KEDATANGAN ISLAM

TEORI ISLAM DARI INDIA
Sebahagian besar kajian tentang proses yang membawa pengislaman orang melayu dipelopori oleh sarjana dan orientalis barat. Ekoran daripada itu, hasil kajian yang diperolehi daripada orientalis barat ini kebanyakannya ditulis mengikut tafsiran sendiri dengan menginterprestasikannya mengikut budaya mereka sehingga menimbulkan konflik dengan perspektif tempatan. Rata-rata mereka membuat kesimpulan bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini datangnya dari benua kecil India. Secara khususnya mereka menyatakan bahawa benua kecil India itu adalah merujuk kepada India Selatan. Malahan mereka turut menafikan kedatangan Islam ke Alam Melayu berhubung terus dengan Semenanjung Tanah Arab.
Salah seorang daripada orentalis barat yang berpegang kepada teori ini ialah Pijnappel yang juga merupakan seorang……walaupun beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa Islam yang disebar ke Alam Melayu ini dibawa oleh orang Arab, namun beliau berpendapat bahawa mereka ini tidak datang terus dari Semenanjung Tanah Arab. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa mereka datang ke sini dengan melalui Gujerat dan Malabar.Teori kedatangan Islam ke Nusantara melalui India dikukuhkan lagi melalui penemuan batu nisan yang bertarikh 1428M( 831H ) yang telah ditemui di Pasai. Didapati batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan gaya batu nisan yang ditemui pada Makam Maulana Malik Ibrahim di Grisik. Oleh yang demikian, mereka telah membuat kesimpulan bahawa Islam yang terdapat di Tanah Melayu khususnya dan Nusantara amnya dibawa dari India melalui bukti penemuan batu nisan yang ditemui itu yang dikatakan mempunyai persamaan dengan batu nisan yang terdapat di Gujerat dan Cambay.
Selain daripada penemuan batu nisan tersebut, mereka juga mengemukakan hujah mengenai kepentingan pelabuhan-pelabuhan di Gujerat yang merupakan bandar pelabuhan yang menjadi pusat pembuatan kapal-kapal. Menjelang abad ke-15, pedagang-pedagang ini sudah menjalinkan hubungan dagang dengan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu. Menurut mereka lagi, pedagang-pedagang inilah sebenarnya yang memainkan peranan yang besar dalam membawa Islam ke Tanah Melayu. Bahkan menurut mereka lagi, Alam Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan India sejak zaman Pra-Islam lagi.

[1]
[2]

No comments: