Wednesday, March 10, 2010

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Wanita solehah impian pemuda beriman

Anda percaya tak pada kenyataan ” Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik” ? Saya selalu terfikir mengenai kenyataan ini...mungkin ada benar dan ada tidaknya. Saya pernah lihat pasangan yang isterinya rajin ke masjid dan selalu melakukan ibadah sedangkan suaminya lebih selesa melepak di kedai kopi berbual hingga maghrib kemudian sambung ke isyak. Yang menyedihkan lagi, anak-anak terbiar sahaja di rumah tanpa pengawasan ibu bapa.Walaubagaimanapun realiti yang berlaku ini mungkin hanya dialami oleh sebahagian masyarakat. Apa2 pun saya masih percaya bahawa wanita yang baik itu tercipta untuk lelaki yang baik.

Lelaki dan wanita saling perlu memerlukan
Cerita ”ketika cinta bertasbih” banyak meninggalkan kesan dihati saya khususnya dalam memilih cinta yang terbaik. Saya kagum dengan pendirian Azzam dalam mempertahankan maruahnya sebagai seorang lelaki. Agaknya apa akan anda rasa bila seorang wanita yang cantik dan seksi meluahkan perasan rindu kepada anda dan ingin menghadiahkan sebuah ciuman walaupun sekadar di telefon? Masih terngiang2 di benak fikiran saya perkataan ”itu musibah” yang diungkapkan oleh Azzam. Sebagai peringatan untuk kita bersama, marilah kita mencari cinta yang membawa kita mencintai Allah. Azzam sedar tindakan Eliana itu lebih kepada mengikut hawa nafsu dan tanpa pertimbangan akal yang akhirnya boleh membawa mereka ke arah kemaksiatan. ” Syaitan itu akan selalu menunggani manusia untuk menuju kemaksiatan". Malahan apa yang penting marilah kita bersama-sama menjauhi perkara yang boleh mendatangkan fitnah.











No comments: