Friday, March 26, 2010

Gog and Magog


Kemunculan Gog dan Magog atau juga dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj merupakan antara 10 petanda besar akan tibanya hari akhir zaman. Hari yang akan menjadi perhitungan bagi seluruh umat manusia di muka bumi ini, sama ada berjaya ke syurga atau ke neraka. Pada ketika ini pintu taubat sudah tertutup....bak kata org "tiada maaf bagimu"... Alhamdulillah, buku yang bertajuk "Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung " memang sangat menarik untuk dijadikan bahan pembacaan. Pengarang buku ni menghuraikan tentang kisah Yakjuj dan Makjuj dengan membuat perbandingan tiga kitab utama iaitu Al-Quran, Injil dan Inskripsi Yahudi. Kebanyakkan huraian yg dikemukan oleh pengarang diselitkan dengan bukti-bukti yang dapat dilihat dalam 3 kitab utama ini.



Sebelum tu,tau ke kita pe itu Yakjuj dan Makjuj ? Adakah mereka ini spesis manusia ? raksaksa? binatang ? atau sebaliknya ?....tuk pengetahuan semua, Yakjuj dan Makjuj ini merupakan keturunan manusia yang juga boleh dikategorikan sebagai orang babarian. Magog ini dikatakan berasal daripada keturunan Yafits, Yafet @ Japeth Bin Nuh di mana mereka ini pernah melakukan peluasan kuasa di kawasan Timur Tengah pada sekitar abad ke 8 hingga 4 sm. Mereka merupakan sebuah bangsa yang sangat kejam dalam sejarah peradaban manusia. Mereka juga dikatakan sudah wujud sejak zaman Zulkarnain lagi. Sebelum tembok Zulkarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan membuat serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhamad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.


karakter Yakjuj dan Makjuj


  • suka membuat kerosakan di muka bumi

  • suka merompak

  • merosakkan tanaman dan keturunan

  • mempunyai wajah yang lebar

  • bermata sepet

  • berambut merah,perang

  • mukanya seperti perisai yang dipukul

Turunnya surah Al-kahfi mempunyai perkaitan dengan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Iskandar Zulkarnain. Penurunan surah ini adalah bagi menjawab persoalan yang dikemukan oleh pendeta-pendeta Yahudi yakni " sekiranya Muhamad mampu menjawab soalan ini, Muhamad benar-benar nabi yang diutus...tetapi jika dia tidak mampu menjawabnya maka dia hanya mengaku diri sebagai nabi. Antara soalan yang dikemukan oleh pendeta Yahudi tersebut ialah :

1. tentang kisah pemuda yang disebut dalam surah al-kahfi,apa yg terjadi kepada mereka,kerana peristiwa yang berlaku ini amat menakjubkan.

2. tentang seorang pemuda yg berjaya menakluk timur dan barat yg juga dikenali sebagai Iskandar Zulkarnain

3. tentang roh,apakah itu roh?

Sebab tu la surah Al-Kahfi diturunkan untuk membantu Nabi menjawab persoalan yg dikemukan tu. Mana mungkin manusia biasa yang tidak tahu membaca dan menulis apatah lagi tidak hidup di zaman selepas peristiwa yang berlaku itu menjawap soalan yang dikemukan. Namun tiada yg mustahil semua tu bagi Allah.

terdapat pelbagai pendapat tentang siapakah lelaki yang telah menakluki timur dan barat ini...de yang berpendapat, Zulkarnain tu hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim yang mana pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair. Ada jugak yg mendakwa Zulkarnain tu adalah raja Parsi yang bernama Cyrus the Great dan de jugak yang kata Zulkarnain ialah Alexander the Great dari Macedonia. Teori terbaru yang muncul plak menyatakan Zulkarnain itu ialah Akhenaton , Raja Mesin pencetus monoteisme. walaubagaimanapun berdasarkan teks Al-Quran dapat difahami bahawa Zulkarnain itu merupakan seorang raja pembebas barat dan timur, dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan yang membawa kepada kejayaannya menakluki kedua-dua bahagian ini.

Sumber Islam menyebut pada akhir zaman nanti, gerombolan barbar Yakjuj dan Makjuj ni akan keluar dari seluruh tempat-tempat tinggi dan dataran-dataran tinggi. Mereka ni akan bermaharajalela dengan membuat pelbagai kerosakan. Pada masa tu tiada siapa pun yang dapat melawan mereka ni. Allah memerintahkan mereka yang beriman supaya menghindarkan diri daripada Gog n Magog ni dan pergi ke tempat yang aman. Berkat doa seorang hamba Allah iaitu Isa Al-Masih, seluruh pasukan Yakjuj dan Makjuj terkena serangan wabak virus atau bakteria pada batang-batang lehernya sehingga seorang demi seorang mati.

Menurut pengarang buku Yakjuj dan Makjuj : bencana di sebalik gunung, dia menimbulkan satu persoalan kepada pembaca, adakah sejarah akan berulang? proses keluarnya Yakjuj dan Makjuj ini mungkin sama dengan peristiwa yang pernah berlaku dahulu yakni keluarnya bangsa Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan. Bangsa Mongol ini dikaitkan dengan salah satu bangsa Yakjuj dan Makjuj...mereka sinonim dengan gelaran bangsa babarian. Mereka telah menyerang China dengan menghancurkan tembok besar China. Kemudian mara ke Afghanistan, Pakistan, India...dan menguasai beberapa buah negara lain merangkumi Eropah. Sumber Islam menyebut mereka ini bukan Islam dan adalah komoniti kafir.

Diharap perkongsian ini walaupun sedikit dan masih banyak kelemahan namun mampu untuk memberi sedikit peringatan dan panduan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari-hari mendatang. Tanda-tanda kecil jelas kelihatan pada hari ini, tanda-tanda besar? wallahualam...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

2 comments:

areshan said...

mula2 tgk perkataan kat YM perkataan nih Gog and Magog bersamaan (Hebrew: גּוֹג וּמָגוֹג‎; Arabic: يَأْجُوج وَمَأْجُوج‎) appear in the Book of Genesis, the Book of Ezekiel, the Book of Revelation, and the Qur'an. They are variously presented as men, supernatural beings (giants or demons), national groups, or lands. Gog and Magog occur widely in mythology and folklore. ni From Wikipedia, the free encyclopedia...
xtau pon maksudnya yakjud dan makjud..

banyak sy dengari cerita daripada kecik smpai bessar.. ada mengatakan binatang besar , ada mengatakan orang gasar yang jahat, dan sy ada terbaca “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,”

semua ada tertulis dalam kitab al-quran.. cuma kita kena mencari maklumatnya dan mengamal denganya.. moga2 kita semua bebas daripada kejahatan makhluk yang akan membinasakan bumi ini.. moga2 allah selamatkan kita dan meletakkan kita dikalangan yang menentang kebatilan.

jadi insan yang boleh membangunkan keluarga islam di muka bumi ini,
wallahuallam...

KASIH SYUHADA said...

memang tak dinafikan,kita hanya mengetahui kisah yakjuj dan makjuj ni secara umum sahaja dan sebenarnya banyak lagi maklumat yang belum kita teroka tentang makhluk ni

saya pun masa mula2 baca tentang gog n magog ni macam tak percaya dia berasal daripada golongan manusia. sebelum ni sy ingt kan dia adalah binatang macam yang awak cakap kan tu.