Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Malam semalam adik sy call bagitau kucing saya baru je mati...wawawa, sedih sgt. Lepas ni tak de lagi kawan saya dekat rumah, mesti sunyi je. Saya bela kucing tu sejak dia kecik lagi, sekitar tahun 2005 sampai la sekarang. Adik cakap dia mati dalam tandas sebab muntah darah. Saya tau kucing saya tu bukan kucing yang aktif, dia dah lame sakit...dia tak boleh main sangat,sebab nanti dia akan kepenatan. Walaupun kucing tu kucing betina tapi dia tak boleh beranak...kesian dekat Nyet2...
kehadiran Nyet2 memeriahkan suasana keluarga kami, teman mak dan arwah abah. Orang selalu tanya kenapa nama dia Nyet2? name dia agak lucu kan? nama tu mak yang bagi sebab masa kecik suara dia halus je dan berbunyi "nyet..nyet.." sebab tu la kami panggil dia nyet2. Dia comel sangat..ditambah plak dengan mata yang warna biru. Nyet2 tak rapat dengan orang yang dia tak kenal, kalau ada tetamu atau saudara mara datang mesti dia akan nyorok bawah katil.
Saya ni dah macam mak dia, kalau dia nak makan...sakit...nak tido saya yang kena uruskan. Dia tau bile saya sedih dan marah. Adik saya selalu cakap sy gile sebab cakap dengan kucing.Tapi saya tak kisah orang nak cakap ape ,walaupun dia binatang tapi saya tau dia faham pe yang saya cakap. Memang tak dinafikan binatang peliharaan tu boleh jadi terapi tuk kite, lagi2 bile time tengah marah atau tetekan. Saya akui benda tu, kadang bile nak marah...saya pegi dekat dia,main2 dengan dia...panas dekat hati pun kurang sebab tgk muke Nyet.
haiwan yg bernama kucing ni sangat unik dan istimewa. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan kucing byk mendatangkan manfaat kepada manusia. Sy pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa kucing berfungsi sebagai mod terapi khususnya untuk warga emas dan orang "OKU". Menurut kajian ni, kebanyakkan kanak-kanak yang membesar bersama haiwan peliharaan khususnya kucing akan lebih berjaya dalam kehidupan dan pergaulannya apabila dewasa nanti.
kajian di USA mendapati 94% daripada ketua eksekutif di sana memiliki binatang peliharaan semasa kecik dan kanak-kanak yang mempunyai binatang peliharaan di rumah, dia lebih memahami orang lain, de sifat perihatin yang tinggi, penyayang dan lebih bertanggungjawab. kenyataan ini berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dan mungkin ada benarnya.
Selain itu, tindakan membelai kucing juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2 % lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan. Malahan risiko untuk mengidap penyakit jantung pun rendah. Binatang peliharaan membantu tuannya mendapatkan kesihatan psikologi yang baik antaranya menjauhkan gejala kemurungan, keseorangan dan kecemasan.
Jadi saya rase, pemergian Nyet2 satu kehilangan yang besar buat keluarga kami. Walaupun orang cakap "patah tumbuh hilang berganti" tapi...yang baru tak kan sama dengan yang lama. Kenangan bersama Nyet2 tersemat di dalam sanubari.
4 comments:
sy terharu selepas membaca cerita pasal nyet2, mgkn dh smpai ms nyet2 pergi dl. dl pnh bela kucing jgk.. tp x lama. kcg acident ngan keta ayah.. uiks.. sedih. pada saya kucing adalah pet yg boeleh memahami kita.. lps pd tuh sy tak bela dah kcg.. mak sy x bg.. sy pon pelihara ikan hiasan dalam kolam.. lagih best leh tgk berenang liuk dalam air.. smpai skng msh ada kat umah adk2 jagakan. ada smpai 2 kolah ikan skng :)
wah..besnya..
sem lepas pn sy de bela ikan laga,tp dah mati sebab tak bagi makan...sy suke binatang,kalau de kesempatan nk bela arnab pulak
jika nak bela ikan.. awk kena bela dalam kola atau dalam kolah besar supaya ikan bebas dan ada cmpr ikan lain. br dia bebas..bela ikan kita boleh mengurangkan stress apabila melihatnya.. awk bela la dalam aquarium .. kalau bela dalam botol akan cepat mati.
erm...btl,blh jadi terapi..kurang tekanan perasaan...insyallah, nnt sy bela dalam akuarium
Post a Comment