Dia ialah amanah dan anugerah dari Allah...Amanah besar buat si ibu dan bapa. Mari kita sama-sama merenung sejenak dan berfikir, sejauhmanakah kita benar-benar menghargai nikmat yang dikurniakan Allah ini. Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai zuriat, berbanggalah anda...kerana anda memiliki aset yang sangat bernilai. Kenapa saya cakap begitu? Mesti kita pernah dengar tentang pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin orang yang saya maksudkan itu diri kita sendiri, adik-beradik kita, keluarga terdekat, saudara mara, atau jiran tetangga kita. Jadi, anda yang diberikan zuriat ini perlu sangat bersyukur dan jangan pernah mengeluh kerana memiliki anak yang ramai. Setiap anak itu sudah tercatat dan ditentukan rezeki buat mereka.
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kehadiran anak merupakan saat-saat yang sangat dinanti-nantikan. Si ibu dan si ayah mesti tengah berfikir-fikir nama yang sesuai untuk diberikan kepada anak nanti. Masa ini lah, masing-masing sibuk bertanyakan kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan seperjuangan nama-nama yang menarik. Sedangkan usia kandungan si ibu baru sahaja mencecah 2 bulan...begitu cepat perancangan yang dibuat oleh ibu dan bapa sebelum menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Alhamdulillah sekiranya yang berlaku adalah sebegitu...
Tapi...cuba kita tengok keadaan yang berlaku hari ni..sedih sangat...Kenapa ada manusia yang sanggup bersifat seperti binatang dan tiada perikemanusiaan dekat muka bumi ni? Tiap-tiap hari, ada sahaja berita pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Yang sedihnya kebanyakkan bayi haram yang lahir itu adalah daripada mereka yang bergelar melayu dan beragama Islam. Tak malu ke kita dengan bangsa lain? Melakukan pembuangan anak yang baru dilahirkan apatah lagi jika sampai menyebabkan kematian adalah perbuatan yang zalim dan terkutuk. Malahan ia termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar yang mengakibatkan pelakunya mendapat seksaan yang pedih di akhirat kelak.
Kalau kita teliti, perbuatan membuang anak ini adalah berpunca daripada gejala sosial iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Oleh itu, cara untuk mengatasi masalah ini salah satunya adalah dengan kembali kepada ajaran agama Islam. Jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama Allah, insya-Allah, semua gejala ini akan dapat diatasi. Peranan ibu bapa amat besar dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa juga mestilah mengawasi dan mematai semua perkara yang dilakukan oleh anak-anak termasuklah pergaulan mereka. Setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh anak demi mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
2 comments:
*bina keluarga berlandaskan agama islam... cuba jadikan rumahtangga yang bahagia. berdoa kepada ilahi.. sebagai sebuah Keluarga Islam tidak boleh memisahkan diri dengan masyarakat sekelilingnya.
Kita mesti berada di tengah masyarakat; mewarnai dan mengubahnya dari keadaan jauh dari Islam menjadi Islamik.
Moga2 kita semua yang mengamalkan agama islam ini dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala..
oleh itu apa yang berlaku sekarang seks bebas dan gelaja pembuangan anak secara luar nikah ini.. tidak mungkin akan berlaku jika institusi kekeluargaan dah mengikut landasan agama.. Nak seribu daya taknak seribu dalih.. wallahuallam
___________________________________
**"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat**
betul apa yang areshan cakapkan... Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak masa depan anak-anak. Daripada institusi yang kecil ni akan membentuk masyarakat.Sebab pendidikan bermula dari rumah bahkan ibu bapa merupakan guru pertama kepada mereka.
kebanyakkan masalah yang berlaku hari ni khususnya yang melibatkan golongan remaja, salah satu daripadanya adalah disebabkan kelonggaran institusi kekeluargaan. Ibu dan bapa bercerai berai dan tempias tindakan mereka kena kepada anak2.
Post a Comment